12 September 2017

Sultan Kedah MANGKAT

Assalamualaikum..
Hari ini telah perginya Sultan yang banyak berjasa kepada rakyat jelatanya.. Sepanjang aku membesar di Kedah byk perkara2 yang dilakukan oleh Beliau semasa pemerintahanNya..

Aku dapat berita pun semalam masa tengah meeting di pejabat..tengah dok kalut meeting member sebelah boleh pas nset dia bagi aku tengok..mula2 terkejut jugak..tapi risau jugak takut2 benda tak sahih..lepas beberapa minit tgk ramai yang post dan dari sumber yang boleh dipercayai..barula aku percaya..

Masa sekolah menengah dulu baru la aku kenal sultan kedah..tu pun sebab nama sekolah aku ada nama Al-Halimiah..bila ditanya2 baru la aku tau sebab apa diletakkan nama Al-Halimiah.. dan pada tu jugak beliau la penyelamat sekolah-sekolah agama rakyat di kedah ketika di ambang kejatuhan akibat perbuatan zalim Perdana Menteri ketika itu yang menyekat perkapita sekolah agama rakyat. Ketika ini dia sudah menjadi bekas perdana menteri yang penuh isu sekarang ni..rasakan kembali apa yang pernah dia lakukan semasa era kuku besinya.. Terima Kasih Almarhum Sultan Abdul Halim kerana menjadi penyelamat..walaupun sudah byk sekolah agama rakyat terkubur begitu sahaja..

Almarhum Sultan Abdul Halim turut melakar sejarah dengan menjadi satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Semoga Beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh.



No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...