Assalamualaikum..
Alhmdlh.. Selesai sudah makan nasik bungkus..hehe.. Xbalik rumah istri minggu ni.. Huhu.. Kebetulan td di fb ada kawan aku tag satu video.. Fathul bari sedang bernasyid di PAU13.. Aku xnak alert apa2 pun pasal PAU tu.. Tp pasal nasyid tu ja.. Lagu tu sbnrnya mengingatkan aku dgn hari2 yang gemilang pd awal permulaan zaman belajar ku.. Sapa yg lahir sekitar tahun 1987 yg bersekolah agama pasti tahu tntg lagu ni.. Klu bernasyid pasti lagu ini menjadi pilihan..
Saat itu, aku baru mula mengenal erti hidup.. Sekolah ku hanya tinggalan2 bangunan yg usang, kerusi meja xlah berapa selesa, ttpi masih blh digunakan lagi, disitu pelajar lelaki dan perempuan tidak bercampur, asramaku hanya bangunan kayu, guru2 ku smuanya berilmu,
dan disitulah aku mengenal bahasa syurga, yakni bahasa arab, aku mula mengenal Al-Quran, menghafal Al-Quran, belajar tntang solat, wlpun ketika itu aku sudah di tingkatan 1.. Ttp tiada istilah terlambat...
Disitu aku mula menjadi manusia, aku tidak lagi membuatkan emak dan ayahku marah kpd ku,aku semakin matang.. aku mula memikir tntg islam..Sekolah aku tidaklah sehebat sekolah asrama penuh yg lain, ttp apabila nama sekolah aku disebut, pasti ada saja yg mengenalinya.. Sekolah aku byk harta wakaf, tiap musim buah kami hnya menunggu lori buah sampai.. Sekolah aku sekolah agama rakyat, swasta, yurannya agak mahal, ttp bila disekat perkapita ramai yg terjejas.. Tp smngt aku xpernah terjejas,
Dari tingkatan 1-5 aku belajar subjek sains, tidak pernah sekali aku belajar di dalam makmal sains, sekolah kami tidak ada makmal sains, tp aku mampu meraih A1 dlm subjek sains..
Aku tidak pernah bercita2 untuk bertukang di dalam bilik kemahiran hidup.. Kerana tak pernah ada pun bilik utk bertukang itu..Semunya hnya dalam banyangan, ttp aku mampu utk menyiapkan projek kemahiran hidup..
Kami tidak pernah diajar utk menjadi pengganas.. Ttp kami diajar utk menjaga agama.. Aku pernah dipandang hina, dipandang sebelah mata oleh org disekeliling aku ,termasuk sepupu sepapat aku.. Katanya bila aku bersekolah di situ aku tidak mempunyai masa depan..
Aku tidak pernah mengeluh, wlpun ada sesekali aku terasa hati, adat la seorg yg mempunyai hati dan perasaan.. Tp smngt aku xprnah luntur.. Ketika itu aku dah blh membahagiakan emak dan ayah aku.. Dah boleh mendoakan mereka.. Terima kasih kerana mereka beri sokongan semasa aku belajar..
Bila tiba waktu kptsn peperiksaan diumumkan.. Pasti ramai yg bertanya pada emak aku.. Tp aku xpasti apa jawapan emak.. Xpe la.. Kptsn tu xmenjaminkan apa2 pun pd aku.. Bg aku kebahagian abadi adalah di akhirat sana..
Dan disini aku jugak belajar erti pengorbanan.. Seawal tgktn satu aku dah mula berdikari.. Masa aku bersama emak dan ayah semakin terhad.. Aku merasainya sehinggakan bila pulang sekali sekala ke rumah.. Aku akan menghabiskan dan memanfaatkannya bersama mereka..
Ye.. Lagu ini benar2 menyentuh perasaan aku. Tambah2 pula aku pernah menceburi dalam nasyid ketika belajar dahulu.. :-)
SEMOGA ISLAM KEMBALI GEMILANG....
MADRASAH TAUFIKIAH AL-KHAIRIAH AL-HALIMIAH (Pondok Pak Ya) - Kedah
Assalam, lama betul bunda tak singgah kesini...dan orang sini juga dah lama tak keteratak bunda...apa kabar?
ReplyDelete