24 July 2013

Najib bg bantuan khas RM500 sempena raya

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya  kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

Sumber : Malaysiakini

p/s : rm500 + KGT

Warga kerja Selangor Nikmati Bonus Sebulan Gaji :: Tahniah :: Alhamdulillah


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

Sumber : Malaysikini


kita tgk kerajaan persekutuan nak bagi berapa byk bonus..hehe..

Ratu cantik Vs Mufti

Assalamualaikum ..

Hari ni aku tgk isu ratu cantik masih lagi menghiasi dada2 akhbar dan media massa yg lain.. 
First nak ckp
1. Ratu cantik ni mmg kurg faham agama.. Dia rasa nak bertanding dgn mendedahkan aurat, dia selamba.. Mgkin  sebelum2 ni xdak sapa larang.

2. Mgkin mufti terasa kurg senang dgn tindakan ratu cantik yg membuat perkara2 maksiat terang2an.. Dan membantah.. 

3. Kompom2 la ratu cantik yg nak bertnding tu melenting... Sebab sebelum ni benda2 maksiat yg serupa dgn tu xdak bantahan dari pihak mufti.. 

Kat sini aku bukan tuduh, tunding jari atau apa2.. Cuma aku nak Islam ditegakkan.. Jgn ada double standard.. Contoh dlm mendidik anak2 kita.. Anak sulung dan anak yg kedua makan makanan ringan atau lebih dikenali dgn cikedis..  Kita tidak pernah membantah.. Mgkin sekadar tegur secara sepintas lalu..' Xelok mkn'. Ttp bila anak bongsu makan cikedis kita bantah kaw2.. Xboleh makan.. Mmg kompom2 dia akan memberontak.. Sedangkan along dgn angah dia blh mkn.. Time dia xblh mkn.. Begitulah perumpaan yg aku rasa sesuai dgn situasi skrg.. 

Selagi Islam tak ditegakkan, tak dipertegaskan.. Ia akan jd bhn jenaka mereka diluar sana yg jahil tntg ilmu dan agama Islam..

Kita akan dipersoal oleh Allah
Kita akan dihisab oleh Allah

23 July 2013

Balik kedah berbuka bersama family

Assalamualaikum..

Alhmdlh.. Sempat aku utk Ramadhan kali ni.. Cuma cuti aku dah licin. Huhu.. Habis terus.. Ni smua termasuk cuti kawin + bulan madu ngn cuti gi umrah.. Habissss.. Hehee.. Kesian kat mak.. Rasanya tahun ni bulan puasa sekali balik ja.. Xpa.. Balik nnti akan aku manfaatkan sehabisnya. Maklumla. Tahun ni puasa mak ada menantu baru.. Hehehe. Mak siap ckp nk balik bgtau dia. Dia nak masak sedap2.. Hehehe

Tp agenda aku.. Aku nak buat murtabak dgn ayah aku.. Tgk la.. Pastu agenda aku dgn wife, kami nak buat air soya home made.. Ehehe.. Bhgian kuih muih mak la.. Mak pakar bab2 kuih ni.. 

Kami kena buat sendiri sebab family kami adik beradik ramai.. Klu setakat beli xckup.. Hehehe.. Klu buat sendiri sampai ke sahur blh makan..Jiran pun dpt tumpang sekaki. Hhehe..


p/s : hari khamis ni balik. Jumaat cuti nuzul quran.. Alhmdlh.. 

Iftar buffet Nasik Arab :: Sahabat Seperjuangan



Assalamualaikum.. 

Alhmdlh.. Semlm masa balik kerja ingat nk singgah bazar beli juadah berbuka.. Dlm perjlnn balik tu dpt kol dri member ajak berbuka sama2.. Apa lagi.. Drpd berbuka sorg2 kat rumah baik berbuka dgn sahabat2.. 

Katanya nak pi Nilai. Berbuka di Restoren nasik Arab.. Ok la tu.. Mmg selera aku.. Sampai2 ja alhmdlh.. Xberapa ramai lg org.. Hehehe.. Wlpn jam dah pkul 7.. Kami berlima pun tunggu la pak arab ni ambik order.. Siap mintk menu lagi.. Last2 selamaba je dia ckp bulan puasa kat situ mmg makan buffet.. Ambik ja apa nak makan.. Bg aku ok jugak la.. Sebab mcm2 blh makan.. 


a
Kebetulan meja kami sebelah ja tempat hidang buffet tu. mmg org terawal la.. Hehehe.. Ambik punya ambik xhinggat berlambak2.. Nasib la bila dah masuk kedai arab ni.. Selera pun arab la.. Haha.. Kena plak bulan Puasa.. Mmg sesuai sgt la..

Alhmdlh.. Habis.. Sekali ngn desert2 skali.. Syukur.. Harga pun murah.. Sekepala dia cas Rm20 utk pelajar dan Rm25 utk org awam.. Sebabnya restoren ni dkt dgn INTI COLLEGE Nilai.. Jd ramai la studentnya.. Yg bestnya.. Kami borak2 ngn arab tu..dia setuju bg kami price student tanpa kad pelajar.. Maklum la.. Kami smua muda2 lagi.. Tambah2 member aku 2org tu baru balik dari Mu'tah Jordan.. Mmg berborak arab la.. Hehehe.. Arab ni klu kita ckp bhsa depa.. Senang nak bodek skit.. Hahahaha.. 

Kami solat Maghrib berjemaah di Masjid UIA Nilai.. Hehe.. Penghujung waktu.. Kemudian time org ramai pusu2 nak ke Masjid utk Solat Isya dan terawih kami kelam kabut nak balik... Hehe.. 

Alhmdlh.. Pederaih ikut highway. Sampai ke Masjid KUIS, Bangi..dan sempat utk Solat Isya' berjemaah.. Hehehe.... Jgn main2.. Solat maghrib kat N9 pastu solat isya' kat Selangor.. Hahaha.. Sempadan la katakan.. Dan terawih sekali di KUIS.. Ckup 8rakaat dah balik.. Xdan dgr tazkirah.. Sebab 2org lagi kawan nk balik klang.. Kami sempat moreh di kedai mamak ja.. Hehehe :-)  rupanya ramai jugak org moreh kat kedai mamak ni.. Kat Masjid org dah mula susut.. Hehehe.. Semoga aku terus dan Istiqamah dalam Ibadahku..












21 July 2013

Mengerjakan Umrah bersama Sahabat... Part 4

sambungan dari part 3....

Alhamdulillah..rajin jugak nak update blog ni..cerita umrah ni panjang..hehe..tp nak best kena pergi sana..tp tak pe la..aku nk jugak kongsi ngn kawan2..ada diantara kawan2 yg xdak kemampuan nak pergi lagi..kat sini blh la aku kongsi2 skit..buat merubat kerinduan nak ke sana.. :)

berbalik kepada cerita aku sebelum ni..masih lagi di kota madinah..hehe.. best jugak.. sana makan arab murah la jugak..xmahal mana..biasa ja..tp klu masakan melayu/indonesia mmg mahal..bg depa(arab) mknan kita ni western bg depa la..hehehe..

sampai di sini jgn risau nak hubungi keluarga..sebab ada dijual simcard madinah/mekah..beli ja satu..xmahal pun..tp jgn beli kat airport..mmg mahal la.. beli ja kat bawah2 hotel ..ada ja jual..dan lepas beli simkad..kad yg besar tu jgn buang..kad kecik buh dalam phone ,kad besar simpan sebab dekat kad tu ada no siri utk topup nanti..no di kad tu tulisan arab tau..sapa tak paham mmg kena bawak kad tu time nak topup..tp klu reti bahsa arab..just beli kad topup ja..balik kita boh sendiri..hehe

aku dapat rasakan yg dekat madinah ni tenang sgt..dari segi nak beribadah dalam masjid.. sebabnya
i love masjid Nabawi

satu kat masjid Nabawi tak blh campur lelaki perempuan, maksudnya dalam masjid xbercampur lelaki perempuan..ada pemisah..cuma dekat halaman masjid ja blh campur..berbeza dgn masjidil haram, blh campur lelaki perempuan,xdak pemisah, sebab situ ada ibadah tawaf dan saie..
laman masjid nabawi
kedua dalam tu xpadat bila time biasa2, maksudnya lepas waktu solat dah xramai sgt..blh baring2, mengaji, solat2 sunat, ada aircond dalam masjid tu..hehe..cuma kat raudhah ja padat n ramai org,di masjid nabawi jugak ada org bagi kuliah...kat laman blh makan2, santai2, main roller blade..hehe.. berbeza dgn masjidil haram sebab sana mmg padat anytime..hatta sebelum subuh pun ramai..bak kata xdak masa yg xramai..hehe.. sebab sana mmg org akan buat tawaf xikut masa,.blh buat bila2.. di dalam masjid haram xsemua tempat ada aircond..klu nak xramai org..sebelum subuh gi dok kat atas bumbung..mmg xramai..blh mngaji, baring2, xperlu tolak2, xperlu padat2 dgn org ramai...air zam2 pun ada kat atas bumbung..hhehe..klu masjid nabawi dia akan tutup slepas pukul 12 lebih..dan akan bukak balik sebelum solat subuh..

ramai org di pintu masuk utama
mengaji
kelas kafa
dengar kuliah sheikh dari indonesia

tu la serba sedikit..satu lagi..kasut kena boh dalam plastik ata beg kasut elok2...simpan kat dalam lubang yg disediakan..klu penuh bawak kasut tu sampai kat tempat nak solat..hehe..
dok boh ayaq zam2 dalam botol nak bawak balik hotel..hehe

satu malam tu aku dgn ust Ridwan nak berqiamulail kat masjid nabawi..tgk2 tutup pintu nak masuk kedalam masjid..blh dok kat laman masjid ja..hmmm..mula2 kitorang tido la sekitar masjid tu..dekat tiang..last2 xtahan lapar..dgn cuaca yg panas..hmm.. apalagi..tawaf kitorg kat sekitar masjid Nabawi cari kedai makan..menghampakan..mula2 cari kfc..makanan habis..huhu
dok lena baik punya..hehe
 
kfc di Madinah..tak campur lelaki prmpuan
nak cari port baik nak lena..hehe..ni adalah kawasan masjid..

ramai yg tido di luar..pintu kunci..

..pastu cari kedai makan arab..tutup, pastu kol delivery pun makanan habis..nak order makanan lain xtau....yg bestnya delivery xtau bahasa english..arab ja...huhu..last2 pergi kedai 24jam..kedai runcit beli roti ngn air tin..last2 xjadi tido kat masjid ngn qiamulail..balik hotel makan n tertido..huhu..
hotel kitorg dgn masjid nabawi dekat ja..klu azan tu sempat la nak pegi lagi..tp klu dah qamat tu alamatnya solat dekat laman je la..hehe..sebab nak masuk dalam agak jauh skit..luas masjid tu..hehe..
jalan2 sekitar Masjid nabawi
yg kubah hijau tu, bawah dia adalah Maqam Nabi dan line yg nampak tu adalah line imam..xblh solat melebihi line tu klu berjemaah..

dan di madinah kami byk pergi ziarah2 sekitar Madinah.. nak tau kemana ja kami ziarah di Madinah..kena tgk part 5..hehe..kang panjg plak entry ni..:-)

20 July 2013

Mengerjakan Umrah bersama Sahabat... Part 3

sambungan dri part 2..
hotel2 dan sekitar di madinah sememangnya tiada kuasa elektrik.. kecuali masjid Nabawi kerana dia menggunakan kuasa lektrik berbeza dgn bandar madinah.. Hampir semua hotel sibuk sebab pihak hotel menggunakan generator masing2..hotel yg hebat seperti hilton madinah pun tak dak letrik jugak..guna generator...bila guna generator terbatas la penggunaan kuasa nya..mgkin lift yg byk hnya blh guna 1 sahaja.. lampu dalam bilik hnya ada lampu kecemasan ja.. sbnrnya dah hampir 4 hari bekalan lektrik xdak.. dan ada saebuah hotel tu guna terlampau lebih generator dia..habis terbakar..huhu..penuh bomba datang padamkan kebakaran pagi tu.. kecoh..


sory..video ni gegar2..huhu..

Pagi hari pertama kami di madinah...terlena dan sgt2 letih sehingga solat subuh hnya di hotel..xsempat nak pi masjid wlpn dekat..tp semalam sampai pkul 2 3 pagi..jadi tak tau kedudukan hotel dgn masjid..hehe..pagi tu ust Zul dtg kebilik kami ajak keluar sarapan.. sebenarnya hari kami sampai tu hari jumaat.. makanan yg pertama di madinah adalah 'kaki kambing' atau lebih dikenali 'paya'..memg sedap..terbaik lah..mkn dgn roti..hehe..mkn punya makan terlewat nak pi masjid solat jumaat..

ni lah paya tu..tapak kaki kambing..hehe..cicah ngn roti..perghh...sedapp
potong dgn air seven up..buang lemak2..
ni dia ust Zul..kepala yg ajaq kami makan paya..hehe..masa ni sblm jumaat..
aku tgh beli syawarma..hehe..ala2 kebab..tp sedap lagi..

wlpun sejam awal pegi..sbnrnya itu adalah waktu yg lewat..org kat masjid dah melimpah2 dah.. Ust Zul ajak masuk jugak..katanya dia nak ajar cara nak masuk masjid nabawi..dgn bwk kasut sampai kedalam.. sampai dekat rak..ingat no.. last2 kitorang sempat solat di tgh2 masjid..tmpat org lalu lalang pd hari kebiasaan..tp hari jumaat mmg xdak laluan dah..hehe..mmg sempit sebab padat sgt..huhu..
sembang2 di kawasan lepak org2 arab..sbnrnya kwsn ni panas giler..54darjah celcius..dan kami lepak sekejap..beli makanan mkn kat hotel..hehe..sejuk skit ..:-)
ceramah@kuliah selepas solat jumaat..tp bahasa Urdu
bergmbar bersama-masa ni melawat kawasan sekitar masjid Nabawi..ye la..nanti nak kena bwk jemaah kena terang serba sedikit..tak la tergagp2
tu dia..pak sheikh2..

Setelah penat melawat kawasan..hehe..dah cam sikit2 ..penat..dahaga..air zam-zamlah pembasah tekak kami..
sedap ooo....sejuk...air zam2 sejuk
Alhmdlh.. kami di madinah tiada masalah..wlpun ada seorg jemaah yg hilang hampir 24 jam jugak la..alhmdlh  nasib baik jumpa..hehehe.. kami sempat pi ziarah tempat2 bersejarah dalam islam.. sempat masuk raudhah..sempat menziarah makam nabi.. dan peristiwa yg paling best adalah selipar aku dan ust wan hilang..hehe..wlpun kami letak selipar 3 pasang sekali..tp kami berdua hilang, dan ust syahir xhilang..kluar ja masjid..lalu kawasan yg agak panas..membuatkan kaki rasa nak terbakar..panas sgt..huhu..melompat2.. sampai pagar luar masjid ada org jual selipar..beli terus..hehe
laman masjid Nabawi

dan  bg sesiapa yg nak mengerjakan umrah..waktu nak beli barang beli dekat madinah siap2..nnti xkelam kabut dah..sampai mekah blh rilek ja..xpyh pening pasal barang2..tp jubah adalah murah di mekah..


08 July 2013

Minggu yang agak sibuk :-)


Alhmdlh..


Esok Mesyuarat Agong Surau.. Hehe.. Byk benda nak kena siapkan.. Alhmdlh.. Part aku la yg agak terkebelakang sekali.. Sebab aku kena masuk kan semua dlm buku mesyuarat.. Huhu.. Hari ni smua staf dah siapkan.. Tggal kewangan ja xhabis audit lagi.. Tp aku ttp on.. Printing.. Sebab esok nak kena binding dah.. Huhu..harap2 sempat la.. Habis meja aku bersepah.. Xsempat kemas.. Asal nak kemas ja ada ja kerja.. Xpenah nak sempat.. :-) meja aku nampak mcm pekerja yg sibuk tak? Hahaha..


Ustaz Don dah ada Junior ?? #ucapan Ustaz Don sempena ketibaan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Jom kita dengar apa kata dan nasihat ust Don dan Isterinya.. :-)

06 July 2013

Poligami tanpa izin isteri?...

Berita gembira bg lelaki berita xberapa nk gembira bg prmpuan.. Biasala.. Bila ckp psl poligami ni rata2 prmpuan akn berubah air muka, mrh, mrajuk dan mcm2 lg.. Tp org yg betul2 strong je blh terima.. Sebab tu gnjaran yg Allah bg sgt tinggi buat mereka..



Sbg lelaki.. Aku risau jgak.. Tp bila kasih syg yg wife tunjukkan mmbuatkn kita menghargai mereka.. Tp bukn bererti kawin satu lagi xmghargai isteri.. Hehe..

Adil adlh satu perktaan yg singkat dan mudah disebut.. Tp dr sudut perlaksanaannya amatlah berat.. Apakh aku seorg yg adil pd isteri aku.. Hmm.. 

Satu lg.. Lelaki ni bila duit dh byk.. Dia akan rasa dia blh nak apa saja dan rasa wanita ni mudah dibeli.. Maaf aku ktakan.. Mgkin jga sebab wanita kalah dgn wang ringgit dan ayat2 manis.. Mereka sendri meletakkan keadaan tersebut.. Dlu masa bljar di kolej.. Sesiapa yg pkai kereta akan mudah didekati ramai prmpuan tp yg jln kaki, naik motor cabuk jgn hrp la.. Tp xsmua wanita mcm tu.. Hehe.. Segelintir.. 

Dan ramai lelaki yg berduit yg aku knal dan berkawan mereka adlh berpoligami dan berniat poligami..  Wang ringgit juga adalah kriteria yg akan mhkamah selidiki.. Klu ia mampu its ok.. 

Bg aku cara ni lebih ok lg.. Dr byk berlaku maksiat.. Mgkin isteri pertama di selatan dan ada isteri baru di utara.. Wlpn senyap2.. Tp keadaan mereka adalah sah dan halal.. Cuba bygkan keadaan mereka xsah.. Kita xtau.. Hmm.. 
Benda ni pnjg lebar.. 

Tp ni lah knyataan yg dikeluarkan oleh Pengarah JAKIM.. Dato' Othman Mustapa..

Mgkin ada yg senang dan ada yg tidak dgn berita ni.. 

P/s : sepupu aku ada sorg kawin dua.. Tp senyap2.. Dah ada anak pun.. Ni adalh rahsia kami.. Huhu.. Klu bgtau teruk jadinya.. Lebih baik diam..aku xsubahat ok.. Cuma dia ada cerita kt aku.. Dgrkan je la.. :-)

03 July 2013

Ayaq buah gelaih besaq

Tu dia.. Ni entry pasal minum.. Hahaha.. Critanya td mmg aku dahaga gila.. So aku ajak la syahir yg dok tgh khusyuk main game, ajak pi minum.. Last2 pi kedai dekat hujung simpang rumah aku tu.. Order ayaq buah gelaih besaq.. Hambikk kau.. Tak hingat punya minum.. Aku ayaq buah apple, syahir ayaq buah tembikai.. Haha. Pastu pekena megi goreng sepinggan.. Mkn malam.. Hahaha.. Tau kat wife aku kena perli la besok.. :-)


02 July 2013

Cerita hujan :-)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari ni hujan turun lebat membasahi bumi.. Apalagi.. Berdoa la.. Diantara waktu mustajabnya doa.. Ketika hujan lebat.. :-) 

Aku balik kerja dari cheras.. Sampai kat perhentian bas kajang ujan lebat.. Kesian tgk awek yg nek motor tu.. Basah.. Tringat masa aku naik motor dlu.. Hehehe.. Kdg2 best apa kena ujan.. Basah2.. Sejuk2.. Balik lapa.. Pastu mandi.. Makan.. Hehehe

Tgk dekat padang UKM ada game bolasepak.. Rancak ja main tgh ujan.. Last2 ada kilat dgn guruh yg kuat terus ref tiup wisel. Smua pakat berenti main.. Heehe.. Bahaya tu.. Takut kena panah dek petir ja..

Bila smpai kat sekolah.. Dkt dgn rumah aku.. Mcm biasa la.. Jem.. Mak ayah nak ambik anak2.. Masing2 dgn payung.. Betapa sygnya anal mereka.. Tkut kena ujan.. Aku dlu sendri la balik ujan2.. Tp time sek men la.. Sek ren mak ada jugak ambik.. Hehehe.. Syok tgk telatah budak2.. Ada yg main hujan.. Ada yg pegang payung tp still basah.. Ni sahih budak nakal ni.. Haha.. Sambil menggigil Sambil dok mkn nugget.. Haha.. 

Sampai ja gerai nasi ayam kukus apa lagi.. Berenti sat.. Tapau.. Senang ja.. Hon.. Pastu tunjuk jari 1.. Hehe.. Mudah.. Drive tru kan ujan2 ni.. Klu xujan sapa nak layan haaa..sedap oo mkn time ujan2 ni.. Panas2 plak tu.. Sampai lupa nak ajak isteri makan.. Hehe.. Marah dia xajak dia makan.. Kantoi sebab dia telepon time tu tgh makan.. Hahaha..


Baby baru Sahabat Baik - Najdi & Fazlinie

Alhamdulillah..semalam dpt berita gembira..sahabat baik aku dgn pasangannya dah dpt baby girl..Alhamdulillah..tahniah..semoga anak ni menjadi seorg pejuang agama..aku yakin dgn sahabat aku dlm mendidik anak2..hehe..dua2 kos dakwah..dan skrg adalah Ustaz & Ustazah mengajar di sekolah.. Semoga kalian dirahmati Allah..insyaAllah ada masa nnti aku turun kedah..ziarah.. :-) xpi tgn kosong k..bawak hadiah.. :-) nama baby ni aku x dpt lagi..tp mengikut maklumat awal nama baby girl ni bermula dgn huruf n..hehe.. tahniah sekali lagi..


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...