17 August 2020

Ronda Penang :: Bukit Bendera 2020 #pkpp


 Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dapat post tentang cuti2 di penang.. Macam biasalah..haritu masa balik raya di kedah..dan habis tempoh beraya di sana..otw nak balik ke Ipoh kitorang sempat plan pergi ke Penang..Penang ni kira kerap la pergi bercuti disana.. tapi masih lagi byk tempat tak pergi lagi.. 

Dan destinasi kali ni, kitorang nak pergi ke Bukit Bendera..last kitorg pergi tahun 2013..masa tu wife tgh pregnant. Fateh dgn Fatehah.. Masa tu awal lagi..masih larat nak jalan2 ni..

So kali ni kitorg dtg bawak anak2.. 7 tahun plak baru nak dtg balik..time ni anak pun dah 5.. excited diorg nak naik bukit bendera..

Bagi aku tak dak la sgt perubahan..cuma parking tak payah risau dah..sebab sebelah tu diorg dah bina bangunan khas utk parking.. harga parking RM5 per entry.. klu boleh sebelum masuk ke dalam Penang Hill tu beli siap2 air mineral atau makanan2 ringan..sebab kat dalam tu mcm mahal skit la..biasa la..tempat pelancongan...

Utk pembelian tiket aku sarankan buat pembelian online..senang..nanti tak payah beratur panjang.. Harga tiket utk dewasa RM12 Kanak2 RM6. Bawah 4 tahun tak kena bayar. Aku dengan wife dan 5 orang anak total RM42 (2orang lagi bawah 4 tahun tak kena bayar). Pastikan sorg ja yang beratur untuk beli tiket dan kumpulkan ic dan mykid anak2.

excited budak kecik ni nak naik train ke bukit bendera..

masa dok tengah beratur tu sempat snap gambar depa ni..tgk la bayang balik cermin tu..tu la ramainya org masa nak naik tu..

Utk korang yang tak suka bergasak2..atau nak cepat..boleh beli tiket Fast Lane Dewasa RM40 Kanak2 RM20.. tak payah beratur panjang masa nak naik train..dan korang akan dpat koc train yang pertama..so dapat la tgk view dgn jelas..duduk depan2 keretapi tu..masa balik pun sama..dpt view jelas.. yang lain sama ja.. beza fast lane ni masa nak naik train ja..bagi aku tak berbaloi..sebab mahal sgt harganya..

keadaan masa tgh beratur menunggu keretapi..

budak ni pun kita angkut jugak..tak tinggai..

keadaan dalam train..diorg staf kat situ akan sumbat org bagi muat2..sapa masuk awal boleh la duduk..klu lambat..berdiri la jawabnya..tapi xlama sgt pun naik atas tu..berdiri pun xpa..tapi priority la pada mereka yang pregnant, org tua, dan wanita dukung anak kecik.. kitorg berdiri sebenarnya..tapi ada pakcik tu satu family, baik sgt..bagi tempat dekat kami anak beranak..

curam dia punya bukit..masa turun laju ja lajak..macam naik basikal turun bukit laju2..

keadaan bila dah sampai di atas.

Masa kami naik tu dah tghari..aku risau anak2 panas..tapi xdak masalah pun sebab kat atas tu dia mcm sejuk skit dan berangin.. dan ada tempat berteduh..dont worry la..

masa ni mmg matahari pacak atas kepala..tgk bayang2 anak2..tapi tak terasa panas sebab di atas bukit ni agak sejuk dan berangin..tapi tak sesejuk cameron atau genting la..sejuk atas bukit..

tgk view dari atas penang hill..

boleh sewa teropong RM1..2 minit sahaja

untuk budak2 disediakan tempat untuk berdiri..

live biola..

antara kawasan yang ada di ats penang hill

bergambar dekat kunci love..anak2 tnya pebenda ni..aku pun jawab entahla..hahaha...

dulu2 punya train..tinggalan sejarah

aiskrim..huhu..mahal sgt harganya..RM6 satu bekas kecik ja..satu scoop sahaja..cekik darah betul..aku sarankan korang tak payah la beli..RM6 boleh beli aiskrim lagi sedap kat luar sana..

salah satu tarikan yg ada kat atas tu.. Alhamdulillah..cuaca baik..risau jugak kalau2 hujan..sebab xbawak payung standby..tp jgn risau..byk tempat utk berteduh sekiranya hujan..

Sekian sahaja cerita di Penang Hill.. next time kita pergi tempat2 lain plak dekat penang ni..byk lagi tempat yang belum pergi..


Ahmad Albab Roti Tempayan Cheese :: Cheras

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..masih dalam PKPP..sebelum berlakunya penyebaran wabak covid-19 kami sempat pi makan anak beranak di Ahmad Albab Roti Tempayan Cheese..sebelum berkuatkuasa PKP la kiranya..masih bebas bergerak.. tp sekrang tak boleh bebas sgt..kena ikut SOP..walaupun masih dalam PKPP..

Serius cakap..roti arab kedai ni mmg terbaik..tambah2 yang ada Cheese.. Harga plak berpatutan..aku tak ingat harga berapa..tapi kitorang makan sekeluarga tak sampai RM40 pun.. ok la tu kan.. tapi roti mcm ni sesuai makan time malam2..sebab tak berat sgt.. lagipun korang boleh pilih nak kuah apa..macam aku pilih kuah kari kambing..paduuuu..sepiring baru RM4.. Sebagai peminat kambing serius aku ckp..kuah kambing dia memang sedap..boleh repeat la kiranya..

bersama Luqman..tak sabar nak makan

posing sebelum makan..

baca doa dulu sebelum makan..tgk kari kambing dia..byk kan..

roti tempayan cheese yang padu..

dia dah siap potong utk kita senang nak makan..

tgk la amin dok tarik cheese dia..panjang...

Fateh minta order air teh ais buih..kaw punya..dan tak terlalu manis..

luqman pun nak try tempayan cheese

peace..tapi kenapa tak putus2 ni..

ishh..payah benar la..guna tgn je la tarik...

haaaa..putus pun..

so klu nak pergi..korang boleh search Ahmad Albab Roti Tempayan Cheese Cheras..
macam biasa la..tanya Pakcik Waze..

10 August 2020

Selamat Hari Raya AidilAdha 1441H :: #teamrayakedah

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, raya haji tahun ni dapat la aku balik kampung. Sebab raya2 ni mcm biasa la kerja kena bergilir dengan yang lain..sebab bertugas baca khutbah raya. So giliran balik beraya di kampung tahun ni adalah kedah.. 

Setakat ni dalam tempoh 7 tahun perkahwinan tak dak masalah cuti raya ni..kitorg suami isteri buat giliran..raya puasa dgn raya haji..klu ada hal pada hari raya tu boleh tukar giliran..xdak hal.. dan kampung pun senang nak akses..masing2 tepi highway ja..sehala..dari kl nak ke utara..

berhenti di behrang..pekena nasi kedai mamak..haritu kami puasa sunat arafah..bertolak pun dah petang..so sampai behrang ngam2 waktu nak berbuka..so beli la nasi mamak lauk kambing..

Tahun ni Raya Haji agak suram skit, first sebab covid..so yang boleh pergi masjid utk solat raya hanyalah kaum lelaki. Wanita dgn anak2 tak boleh pi.. lepas tu plak tiada jemaah haji dari Malaysia utk tahun ni asbab covid-19 (tetapi ada 9 org wakil Malaysia yg berada/bekerja/belajar di Saudi mendapat tawaran mengerjakan haji). pagi tu pulak dekat Kedah hujan lebat..mmg tak kemana la raya tahun ni. Kemudian ramai yang buat kenduri korban/aqiqah pada hari kedua kerana raya pertama jatuh pada hari Jumaat (waktu sgt pendek bertembung dengan solat Jumaat)..

awai depa ni bangun pagi raya...

Luqman hensem

hehehe..time berbaik mmg mcm ni..

cucu tokwan..

cucu tokwan

raya tak pi mana kita pakai t shirst saja dok di rumah....

ada ketupat nasi makan dengan rendang ayam dan kuah kacang..

laksam pun mak buat jugak..

hari raya jatuh pada hari jumaat..jd kena pi solat jumaat.. norma baharu..kena sentiasa pakai mask dan bawak sejadah masing2.

tengahari pekena plak coktail ni..mmg A la..hehe

Ayah aku buat kenduri aqiqah utk cucu dia. So hari kedua tu kitorang buat makan2 la..tapi anak beranak je la..covid kan..tak leh ramai..tak pasal2 kena kompaun RM1000 sorang.. pastu ada la panggil jiran2 skit..

pakat dok hiris daging..kepala lembu ni ada jugak daging2 berbaki..kena slow2 hiris.. cumanya otak kitorang tak ambik..sebab xmakan..lidah dgn perut jgn tanya la..habis awai lagi..

tudia nasi briyani..

sup daging..

kena ni ka..apa nak kata...

anak beranak dok pakat makan..

Dan hari raya kedua tu cadangnya nak balik kampung emak aku di air hitam kedah, sekali viral dlm media sosial kawasan jitra ada sebaran covid dari cluster sivagangga..pakcik india yang baru balik dari negara dia (india)..kemudian diminta utk kuarantin di rumah..ttp sibuk kesana kesini sehingga menyebabkan satu kluster baru yang wujud di kedah, perlis, pulau pinang dan ada yang dah sampai Shah Alam. Tapi Alhamdulillah kitorg tak jadi balik, mak ckp xnak la balik sana..kang tak pasal2 dapat covid.. org muda tak pe la...org berumur agak sgt berisiko..Alhamdulillah kami tak balik..lepas dari tu kami dapat tau..byk org yang balik ke kawasan jitra dan sekitarnya terpaksa mendapat kan rawatan di hospital/klinik utk ujian swab covid-19..

sebelum balik kita buat cendoi dulu..

beli xcukup..buat sendiri dapat byk skit..baru ummmpphhh

Oleh kerana raya ni pakat balik.. malam terakhir sebelum kami balik ke ipoh..sempat buat makan2..ODEN

nahh..2 talam..jenuh la nak perabih..tapi jenis2 ni tak leh makan selalu..sesekali tu buleh la..klu makan kat kedai berapa dah ni..so kita homemade ja..sedap dan puaih hati..

tu dia..cendawan...

next nanti balik kedah kita rancang benda lain plak.. tp tu la..klu pakat semua balik baru la meriah.. bila dah masing2 ada suami/isteri/anak2/mertua mcm2 la komitmen..nak bg jumpa sekali tu time raya mcm ni la baru buleh..


Harap2 la kes covid di malaysia dapat dikurangkan. Bagi aku tiada istilah kuarantin di rumah..semua tu mengarut ja..ada yang kluar rumah.penting diri sendiri..kesian kepada orang2 yang patuh dan ikut sop..berbulan2.. byk perniagaan terjejas. harap2 tiada lagi PKP dilaksanakan kecuali PKPD bagi kawasan yang terjejas covid.

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...