01 June 2011

Sedikit Koleksi Dari Nikon D90 aku...part 2..


Gmabar bersahaja seorang anak menakan sewaktu di pagi raya Aidil Adha...
Gambar Rania cuba baju raya, budak ni mak Pijut mengasuh dia dari kecik sampai la besar ni..Baju Raya yg dia pakai tu plak ayah Pijut yang buatkan...
Majlis pernikahan satu2nya di Singapore yg Pijut hadiri..lebih kurang sama ja dgn budaya di Malaysia...sambil tu makan angin la..


Hari Persandingan sahabatku dari Singapore, Ridwan & Azhani...Mereka yg di Singapore ni lain skit..klu masa nak nikah tu..cincin dia kena ada tanda harga..xblh hilang..klu kita mmg xjumpa dah tanda harga tu..bagi depa tanda harga tu sgt penting..kebetulan plak masa diorang ni nak nikah..kawan2 Pijut dari Malaysia dtg la ramai2..masa mengemas barangkali, diorg gi cabut tanda harga..maklum la..xtau..gelabah la pengantin..habis satu rumah mencarinya..tgk2 jumpa dlm tong sampah..memg lucu la time tu..

Sedikit Koleksi Dari Nikon D90 aku...part 1..


ini adalah first gambar Pijut dengan menggunakan Nikon D90..Sebenarnya xdak model so bear sebagai ganti...trima kasih kepada My Sifoo..Cikgu Adhadi
Lokasi : Putra Height

Yang ni plak member Pijut, masyitah..dia memberi kepercayaan utk pijut ambik gambar Wedding dia..tq masyitah...Lokasi : Ipoh Perak
ini plak kelas pengcahayaan. lupa nama model..sori... terima kasih kepada tenaga pengajar Bro Ijam dan Abg Fendi ... Lokasi : NIOSH, Bangi...


ZOOM IN... Kuda dari Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan Cheras..
COMEL.. Ammar ketika rehlah di Melaka...anak kepada pasangan Hj Abdul Hadi dan Kak Najwa...

31 May 2011

10 Tips Mudah Jimat Karan..(elektrik)


Kerajaan telah mengumumkan kepada rakyat akan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWJ) berkuat kuasa 1 Jun 2011. Jadi Pijut nak kongsi dengan hampa semua tentang langkah atau tip2 nak jimatkan karan...tak susah..cuba ikut pelan2...lama2 biasa la.

Macam mana pun..tiada kenaikan bagi yg menggunakan 300 kw ke bawah atau jumlah bil kurang dari RM 77 hinggit.. Jadi makcik2, pakcik2, paklong2 yang dok kat kampung berdua ja..jgn risau.. Tapi jenih pakcik2 yg dok kampung guna ekon..jaga2...jom kita tgk tip2 nak jimat karan....


Tip Jimat Elektrik 1
Mendidik ahli keluarga agar menutup suis kipas, lampu atau peralatan elektrik yang lain setelah meninggalkan kawasan bilik atau ruang.

Tip Jimat Elektrik 2
Hidupkan suis bagi peralatan yang perlu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 3
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (Lagi baik kipas tangan). Dan elakkan penggunaan penyaman udara (ekon). Guna bila perlu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 4
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil atau watt rendah yang banyak.

Tip Jimat Elektrik 5
Pasangkan lampu luar rumah apabila perlu sahaja sebagai contoh menyambut tetamu, menunggu kedatangan tetamu, atau mengadakan majlis tertentu.

Tip Jimat Elektrik 6
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat selepas digunakan.

Tip Jimat Elektrik 7
Kurangkan kekerapan membuka pintu peti ais

Tip Jimat elektrik 8
Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak kedalam peti ais

Tip Jimat Elektrik 9
Elakkan penggunaan mesin basuh melebihi had (overload).

Tip Jimat Elektrik 10
Sekiranya meninggalkan rumah, pastikan suis lampu, kipas dan peralatan yang perlu ditutup, ditutupkan dan setkan suhu peti ais anda pada paras yang minima.

Sama2 kita lakukan..Rasanya benda yang disenaraikan ni adalah benda yang mudah untuk dilakukan..jom Jimat2...





Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...