31 May 2011

10 Tips Mudah Jimat Karan..(elektrik)


Kerajaan telah mengumumkan kepada rakyat akan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWJ) berkuat kuasa 1 Jun 2011. Jadi Pijut nak kongsi dengan hampa semua tentang langkah atau tip2 nak jimatkan karan...tak susah..cuba ikut pelan2...lama2 biasa la.

Macam mana pun..tiada kenaikan bagi yg menggunakan 300 kw ke bawah atau jumlah bil kurang dari RM 77 hinggit.. Jadi makcik2, pakcik2, paklong2 yang dok kat kampung berdua ja..jgn risau.. Tapi jenih pakcik2 yg dok kampung guna ekon..jaga2...jom kita tgk tip2 nak jimat karan....


Tip Jimat Elektrik 1
Mendidik ahli keluarga agar menutup suis kipas, lampu atau peralatan elektrik yang lain setelah meninggalkan kawasan bilik atau ruang.

Tip Jimat Elektrik 2
Hidupkan suis bagi peralatan yang perlu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 3
Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (Lagi baik kipas tangan). Dan elakkan penggunaan penyaman udara (ekon). Guna bila perlu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 4
Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil atau watt rendah yang banyak.

Tip Jimat Elektrik 5
Pasangkan lampu luar rumah apabila perlu sahaja sebagai contoh menyambut tetamu, menunggu kedatangan tetamu, atau mengadakan majlis tertentu.

Tip Jimat Elektrik 6
Pastikan pintu peti ais ditutup rapat selepas digunakan.

Tip Jimat Elektrik 7
Kurangkan kekerapan membuka pintu peti ais

Tip Jimat elektrik 8
Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak kedalam peti ais

Tip Jimat Elektrik 9
Elakkan penggunaan mesin basuh melebihi had (overload).

Tip Jimat Elektrik 10
Sekiranya meninggalkan rumah, pastikan suis lampu, kipas dan peralatan yang perlu ditutup, ditutupkan dan setkan suhu peti ais anda pada paras yang minima.

Sama2 kita lakukan..Rasanya benda yang disenaraikan ni adalah benda yang mudah untuk dilakukan..jom Jimat2...





4 comments:

  1. salam perkenalan..thanks sudi follow..nad ada wat entry untuk en.pijut..:)TRIMAS ENCIK PIJUT JADI PENGGENAP YANG KE-300..:)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan jugak..sama2..wah..terasa cam special plak ada org wat kan entry..hmm..apa2 pun tq...xpenah tahu pasal blog..dlu kawan yg buatkan..ni baru nak try2 guna..kelam kabut skit..huhuhu..kredit utk nadya (@,@)

    ReplyDelete
  3. hai kamu..
    CN singgah datang dari SB :)

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...