Assalamualaikum,
Alhamdulillah, esok 9/7/2021 Hari Jumaat, hari aku cucuk vaksin dos yang pertama..Setelah menunggu hampir 5 bulan..lama kot..huhu..akhirnya.
aku daftar daripada bulan februari dalam MySejahtera. Tak dinafikan, ramai yang berlumba2 nak dapatkan vaksin ni, ada yang rela dan ada yang terpaksa. Dan ada yang sanggup nak bayar, tak nak tunggu 'que' dah. Sebab vaksin dalam Malaysia ni masih lagi diberi dan dikawal di bawah kementerian. Masih belum dibuka kepada pihak swasta utk penjualan vaksin. Mungkin tujuannya utk mudah mengawal dan menguruskan tentang vaksin,siapa yg dah terima, siapa yg belum, siapa yg sepatutnya, dan pelbagai lagi.
Cuma mgkin ambik masa sikit utk vaksin diberi kepada semua rakyat Malaysia sebabnya bekalan vaksin dibolot oleh Negara2 Maju ketika vaksin mula dikeluarkan.
Pada awalnya rakyat agak bimbang dengan vaksin ni.tetapi setelah diberi penerangan dan penjelasan, dan mereka faham akan vaksin ni. ramai yang nak mendapatkan vaksin tersebut. Bukannya tak mahu seperti yang digembar gembur kan di media sosial. Mereka mahu vaksin, cuma masih belum dapat. Dah daftar, skrg masa menunggu giliran.
Semoga semuanya dipermudahkan.
Dan semoga keadaan pulih daripada wabak Covid-19.. Ramai yang nak balik kampung halaman..aku dah tak balik kampung hampir setahun dah oiiiiii..huhu..anak-anak rindu nak ke sekolah. Mau taknya, untuk anak2 yang sekolah rendah ni, mereka kena belajar secara bersemuka, belajar online ni kurang berkesan.bagi aku la.. Mak & Ayah kena jadi cikgu di rumah. Tu kalau mak ayah tak kerja..kena yang mak ayah mereka bekerja..mmg agak sulit la.
Tahun ni pun Haji masih belum dibenarkan oleh Negara2 luar.
Kes masih belum menunjukkan utk turun. Ahli Politik dok gila jawatan dan kuasa, menteri2 plak tak menjadi contoh yang baik kepada rakyat, langgar SOP..hmmmm..pening wei..
Peniaga2 kecil semakin terhimpit. Tokey2 besar mendapat layanan, katanya penyumbang kepada ekonomi..hmmmm
Berdoalah Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..
No comments:
Post a Comment