10 July 2021

First Dose Vaksin Covid-19 :: Pfizer

cnbc.com

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah..setelah menanti hampir  5 bulan untuk mendapatkan vaksin. Akhirnya semalam aku dah dapat dos pertama vaksin covid-19. Dan rezeki jugak..tak disangka2 wife pun dapat temujanji utk dos pertama vaksin. Cumanya aku dapat petang, wife dapat pagi. tempat pun berbeza..apa pun kitorang dah selamat mendapatkan suntikan vaksin covid-19 dos yang pertama.

lepas solat jumat terus gerak..lambat skit..sebab aku bertugas baca khutbah jumaat masa tu.. so 2.30 baru sampai utk beratur..sepatutnya pkul 2 dah sampai..baru ngam..

bila sampai lewat..mmg Ramai gila orang.. tapi Alhamdulillah..banyak jugak check point utk sampai ke part cucuk vaksin tu.. semuanya dalam keadaan pantas..ramai petugas..terima kasih mereka yang bersama2 bertugas membantu bagi melancarkan org ramai utk mendapatkan vaksin.. 


masa lepas setel cucuk vaksin asalnya mmg aku nak balik rumah dah..nasib la ada kawan ingatkan suruh bergambar dlu..kenangan katanya..betul jugak tu..wife aku pun dah pesan tadi sebelum dtg cucuk..katanya nak sekalikan gambar aku dengan dia.. ye lahh..

pastikan korang yg nak pergi cucuk vaksin bawak pen.. sebab ada nak isi borang..walaupun ada disediakan tapi yerla..berkongsi guna pun bahaya jugak..

dalam dok beratuq tengah panas dan la bergambar dlu..haha

cerita wife plak..Mula2 wife balik dari cucuk vaksin pagi semalam, katanya rasa sedikit pening2 gitu ditambah dengan rasa lenguh di bahu sebelah yg kena cucuk tu.. bagi aku tu biasa la. tindak balas vaksin tersebut terhadap sistem pertahanan (antibodi) dalam badan kita. Pastu tghri sikit katanya mcm membengkak gitu..pagi ni plak dia rasa mcm berat nak angkat tangan..

Macam aku plak..terasa la sedikit lenguh tu..tapi tak la lenguh sgt.. berbanding dlu masa aku dalam hutan (kem wataniah) kena cucuk ubat selepas leher aku terkena ulat bulu lagi la..gatal tahap gaban punya..sampai pasukan medic cucuk ubat kat lengan..klu tak mmg aku xblh tido la mlm tu. haa..yang tu mmg lenguh gila.sampai nak angkat/pegang senjata pun xblh..nasib mlm tu masa nak tido aku lilit senjata kat badan..klu tak mmg kena curi la senjata tu..dan mendapat la denda yang tahap gaban punya...

apa2 pun kesan yg sedikit tu tak perlu risau, berbanding klu ada semput atau sesak nafas mmg ke gi hospital yg berdekatan utk tindakan selanjutnya.

Semoga semua warga Malaysia mendapat vaksin dan perlindungan drpd wabak covid-19. Dan semoga Malaysia dan seluruh dunia bebas dari wabak penyakit covid-19 ni..

Allahumma Ameen...

complete dos pertama

next dose 3 minggu selepas ni.. Aku dgn wife cucuk vaksin dose pertama 9/7/2021 so next temujanji cucuk vaksin adalah pada 30/7/2021.

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...