17 May 2018

Salam RAMADHAN 1439H Tahun 2018

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..sekarang kita telah memasuki Bulan yang penuh kemuliaan yakni Bulan Ramadhan.. Kesempatan ni aku nak ucapkan kepada Seluruh Umat Islam dengan Ucapan Selamat Berpuasa dan Beribadah kepada Allah.. jangan sia-siakan Ramadhan yang telah datang ini kerana Ramadhan hanya akan berada selama sebulan sahaja dan akan berlalu pergi..Beruntunglah mereka yang memanfaatkannya dan rugilah mereka yang mensia-siakan Ramadhan..

Tips Bulan Ramadhan..

1. Berbuka
Nasihat aku berbukalah dengan kadar yang minima..lepas tu korang Solat Maghrib..dan sambung makan..jgn terlampau sgt..just nice orang kata..duduk ikut sunnah baru perut tu terkepit sedikit..nnti bila bangun adalah ruang skit..jgn sampai perut padat penuh dengan makanan..sebabnya nnti bila korang Solat Terawih akan memberi kesan..iaitu mengantuk, lesu, malas, dan akhirnya tertewas yakni tertido di rumah.. Sebab aku pun pernah terbabas, dulu masa belajar di kolej dlu..bila dapat berbuka menu sedap2 ja..,haa ambik kau..melantak..last2 lepas solat maghrib baring kat sofa..lepas tu tertido..

2. Khatam Al-Quran
Untuk memudahkan khatam Al-Quran korang boleh target per hari.. Al-Quran 30 Juzuk = Sebulan.
Sehari 1 juzuk.  Satu Juzuk 10 helai Mukasurat (bahagi dengan 5 waktu solat fardhu) hanya memerlukan 2helai (4muka) 5 (solat Fardhu) x 2helai = 10helai = 1juzuk..
So bermakna utk korang dapatkan satu juzuk sehari, selepas ja solat fardhu try ambik masa utk baca sekurang2nya 2helai.. dan nak mudah korang boleh mula dengan juzuk 30 dulu..

3. Sedekah
Yang ni jgn skip..pastikan istiqamah dalam memberi sedekah walaupun jumlahnya skit..untung2 kena malam lailatul qadar..dapat bonus gandaan..1000 bulan..congak la sendiri..klu seringgit pun dah berapa..kalau 50ringgit..

14 May 2018

FIRST time :: Kedai Gunting Rambut

Assalamualaikum..
Semalam teringin nak makan mee goreng mamak..maklum la..sejak wife berpantang ni..makan pun ala kadar ja..masak gitu-gitu ja.. orang kata campak2 ja..haha.. tapi alhamdulillah...anak2 mau makan..sedap la tu kiranya..

Sampai kedai mamak sebelah dia ada kedai gunting rambut.. memandangkan rambut Amin Uqasyah dah berjuntai2 panjang.. aku pun tanya la amin.. "nak potong rambut tak"..dia cakap "nak"..aku balas balik.."tak takut ka?"..sebab anak2 aku semua takut maybe seram nampak orang tu pegang mesin rambut..huhu..Amin cakap tak takut pun..
sebelum...hehe..rilek je kan amin.. tgk rambut amin..panjang..

Ok...kira dia setuju la tu nak potong rambut..bila masuk ja aku tgk semua seat penuh..tukang gunting masing2 sibuk buat kerja..aku lepak la dengan amin sambil pujuk dia.. best gunting rambut..nnti lepas gunting jadi hensem.. bagi aku amin tak menunjukkan tanda2 protes atau tidak setuju.. sampai satu ketika..tukang gunting panggil..next...haha..

elok ja aku nak angkat amin naik atas kerusi tu..dia boleh tukar fikiran..peluk erat aku dalam keadaan ketakutan.."taknak..amin taknak...jom balik..".. ha sudah..jenuh aku pujuk dia tetap tak mau.. last2 keluar macam tu ja..kebetulan sebelah tu ada kedai runcit..aku umpan la belikan dia lolipop..tapi mesti janji potong rambut...dia agguk tanda setuju  .. yes..umpan menjadi..

masuk balik dalam kedai gunting..kena tunggu sekali lagi sebab seat penuh..
kali kedua pun still ok..hehe..

tp bila time dipanggil.. amin dah peluk2 aku..tak nak..tak nak..huhu..last2 aku duduk sekali dengan dia atas kerusi tu..baru la dia mau..senang kerja.. sambil2 pujuk dengan video upin ipin..
amin ni mudah skit..tukang gunting kata tunduk..dia tunduk..tgk depan..dia tgk depan..mudah la..
mudah tukang gunting tu..
tutup mata dia bila guna mesin rambut.. hehe..berdengung ja bunyi kat telinga..
amacam..ada mcm k-pop tak?? ingat nak biar mcm ni ja..hipster skit..haha..

tada..akhirnya rambut amin dah pendek..baru la nampak hensem lebih skit..hahaha..
tada..rambut dah siap..baru leh beli mee goreng mamak.. favorite amin..

harap2 lepas ni tak takut dah nak pi gunting rambut di kedai.. selama 2 tahun 5 bulan ni..Ni la first time aku bawak amin pergi kedai gunting rambut..sebelum ni mmg aku yang akan potong.. yang bestnya rambut amin jenis yang lambat tumbuh.. kat rumah mesin dengan gunting dah tumpul.. jadi malas nak potong rambut anak..huhu..pastu tak duduk diam satu hal..tapi yang peliknya kat kedai tahu plak dia duduk diam..heehhe...

Next nak bawak fateh uwais plak pi kedai gunting rambut..tu pun sorang lagi, takut dengan kedai gunting rambut.

10 May 2018

SAH..!! TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7

Assalamualaikum..
Berlangsung majlis angkat sumpah bagi jawatan perdana menteri malaysia di Istana Negara pada Jam 9 30malam td.. dan Tun Dr Mahathir melafazkan dengan tenang.. secara sahnya Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang baru bg PRU 14 kali ni.. 
Syabas dan Tahniah.. ayuh bina semula negara..





10 MEI 2018 :: Kerajaan Baru Malaysia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagi ni bangun dengan sinar harapan baru.. Kerajaan malaysia yg baru akan dibentuk..setelah mendapat mandat daripada rakyat yg telah berani membuat perubahan..

Semalam lepas balik dr bertugas di pusat pengiraan undi utk part undi awal kawasan Maktab PDRM KL..kira2 penat jugak..haha..tapi xdak la byk mana..385 pengundi ja..tapi ambil masa 3jam jugak nak setel smua..

Balik tu dgn sabar menanti keputusan PRU 14..penuh debaran.. dan dgn sejarahnya Pakatan Harapan mendahului byk kerusi parlimen wlpn keputusan belum rasmi..dan selalunya sekitar jam 12 malam dah dpt keputusan dah.. SPR dah umum..tpi kali ni agak lewat.. tepat jam 4.46pagi baru setel spr umum keseluruhan kerusi dun dan parlimen.. 4.46 pagi kot.. sejarah dlm negara..huhu..





Ramai yg merungut.. tambah2 mereka yg bertugas di dalam PRU14 kali ni..mana taknya..diorg keluar bertugas seawal 4 ke 5 pagi pada 9hb 5 2018.. dan hampir pukul 5pagi pada 10hb 5 2018 baru selesai.. 24 jam bertugas non stop..tanpa rehat.. paling terkesan adalah anggota Polis yg bertugas bg menjaga keamanan..wlpn dlm keadaan mengantuk.. mereka ttp bertugas..




Dan pada hari ni..Pakatan Harapan dapat menawan Malaysia.. xsilap aku BN hanya dpt beberapa buah negeri shja..Perlis, Pahang, Sarawak. Bagi Pas pula dapat mengekalkan kelantan dan menambah negeri Terengganu utk kali ini..dan dalam sejarah negara, Johor yakni kubu kuat Umno BN telah jatuh ke tangan pakatan harapan..disertai negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan,.betul2 tsunami PRU pada kali ni..Bagi negeri Perak & Sabah masih belum diputuskan lagi kerana kerusi pakatan harapan dan BN sama banyak..

Pakatan Harapan bersetuju melantik Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri..tetapi masih belum dpt memasuki Istana negara bagi mengadap Yang Di Pertuan Agong bg mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. mengikut sumber katanya Dr Mahathir akan mengangkat sumpah pada hari ni jugak..sebelum jam 5 petang..
(update : Tun Dr. Mahathir akan mengadap Yang Di Pertuan Agong pukul 9.30mlm)

Semoga dengan kerajaan baru yg akan dibentuk ini menjadi lebih baik drpd yg sebelum ini.. Masa ni lah Pakatan Harapan nak membuktikan pada rakyat yg memberi mandat dengan menunaikan janji2 yg terdapat di dalam manifesto mereka.. dan mengurus tadbir Malaysia dengan sebaik yg mungkin..

Update : kerajaan negeri terkini


08 May 2018

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia :: PRU 14 Tahun 2018

Assalamualaikum..
Buat rakyat malaysia..esok bertarikh 9hb Mei 2018 adalah masa yg ditunggu2 utk tempoh 5 tahun..satu tempoh yg memeritkan rakyat marhein..harap2 kerajaan baru yg akan dibentuk nnti mampu utk mejaga agama Islam, menjaga kebajikan rakyat..

Alhamdulillah.. aku dh selamat mengundi..Undi Pos..sebab terlibat dgn petugas SPR sebagai kerani pengundian / pengiraan undi..jadi mmg kena undi pos la..dan aku plak terlibat dgn undi awal...jd pada hari mengundi 9hb esok..aku tak terlibat..aku cuma kira kertas undi ja..bermula jam 4ptg..

Kepada kawan2 yg pulang ke kampung utk menunaikan kewajipan dalam memilih pemimpin.. buatlah pilihan dengan betul..  selamat mengundi..


03 May 2018

OLIVIE Plus 30x :: Kuning @ Jaundice Baby

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
kelahiran anak yang ke-4 ni berbeza dengan yang sebelum2 ni..
Aku dan juga wife mmg kumpulan darah 'o'.. so kebarangkalian untuk anak kena kuning adalah sangat2 tinggi.. 
Kelahiran yang pertama kami adalah anak kembar..lelaki dan perempuan (Fateh & Fatehah). dan kedua-dua kena kuning..malah..si adik (fateh) kuning dia naik mendadak tinggi sampai terpaksa masuk dalam wad.. duduk bawah lampu biru..apa ntah nama dia..tp mmg baby akan dibukakan baju.tinggal pampers ja..pastu tutup mata dengan penutup mata.. kakak alhamdulillah..ada kuning tapi tak teruk sangat sampai masuk wad.. 

Dan kelahiran yang seterusnya anak yang ke 3..pun sama jugak..kena kuning jugak..naik tinggi..pastu susah nak turun..jenuh ulang alik pergi klinik..kesian baby asyik kena cucuk ambik darah.. macam2 petua try buat..ikhtiar..lama jugak la..dan akhirnya turun jugak kuning..

Dan kelahiran kali ini..anak yang ke 4..lepas lahir..sehari dok wad..terus boleh balik..klu anak2 yang sebelum ni bila dah balik rumah..mula naik kuning.. tapi baby yang baru ni..steady ja..pastu hari yang ke 4 bawak ke klinik check up..ambik darah..bacaan kuning paras line ja..mcm ada tak ada ja.. tapi bagi aku tgk mcm xdak..sebab klu anak2 yang dulu..ketara sgt nampak kat muka..
ok..doktor xpuas hati dia sruh datang lepas 3 hari..tgk mcm mana.. sebab dia kata baby baru lagi..bila dtg balik ke klinik..ambik darah..yes..mmg xda kuning..Alhamdulillah.. klu tak dlu hari2 kena dtg klinik ambik darah..utk bacaan kuning.. Alhamdulillah..baby aku kali ni terhindar dari kuning..

kat sini aku boleh simpulkan

Kelahiran pertama (anak kembar) anak 1 & 2
- wife amalkan salindah

Kelahiran Kedua anak ke 3
- wife amalkan shaklee

Kelahiran Ketiga anak ke 4
- wife amalkan makanan sunnah..alhamdulillah terhindar dari kuning

Pertama MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun
aku belikan Olivie 30plus.. harga dalam seratus lebih tapi kesan dia sangat baik..aku pun makan sama jugak..utk kolestrol..

 
cuma rasa dia agak lain mcm skit..mula2 wife aku tak blh nak telan..tapi mmg aku guna kuasa veto utk paksa wife telan jugak..haha.. akhirnya xdak masalah dah..skrg sruh mkn sambil senyum ja..



Kedua JUS DELIMA
Jus delima ni tak dak campuran tau..mmg direct perah..tak campur apa2.. kadang2 dekat pasar malam pun ada juga orang jual perahan jus delima..ok..boleh ja beli..cuma yang brand ni dia organik..high kualiti..agak mahal skit..


Ketiga SARI CUKA TEEN



yang ni plak..cuka teen..berbeza dengan cuka kurma dan cuka epal.. klu korang ada gastrik sekalipun ttp boleh ambik cuka teen ni.. klu cuka kurma dgn cuka epal..jgn cari pasal org yg ada gastrik tu..bagus utk dalaman.. korang boleh tgk khasiat dia dalam website olivehouse.. 

Makanan-makanan yang aku bagi utk wife makan ni semua ada disebutkan di dalam Al-Quran.. Alhamdulillah..sangat berkhasiat.. hidupkan pemakanan sunnah dalam keluarga korang..
Semoga kita mendapat manfaat dan diberikan kesihatan yang baik.





02 May 2018

Kelahiran ANAK ke 4 :: Pijut's Family :: Satu Pengalaman

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..
Subhanallah..
Allahuakbar..

19 April 2018 isteri aku selamat melahirkan anak kami yang ke-4.. bertambah lagi.. bersyukur sgt.. Semuanya dipermudahkan..begitulah aturanNya..sgt2 teratur..

Anak yg ke-4 ni lahir di HUKM sama mcm Amin Uqasyah (anak yg ke3).. sebab aku rasa sgt selesa di HUKM dan staffnya mesra.. suami blh masuk duduk sebelah tau..blh tlg bagi semangat masa nak melahirkan anak nanti..

Wife dah melepasi tarikh due yang doktor bg sebenarnya..dan mereka tetapkan hari jumaat 20 April, nak induce klu tak bersalin jugak..sama situasi mcm yang sebelum ni..anak yg ketiga..tp alhamdulillah..awal sehari sebelum nak kena induce baby dah keluar.. yg sebelum ni pun xkena induce jugak..sebab ngam2 admit masuk wad trus baby keluar..

Pengalaman anak ke-4 ni rasanya kami lebih tenang skit..sebab dah ada sedikit ilmu dari pengalaman yang sebelum2 ni...19 hb pagi tu mmg wife tak rasa sakit..pagi tu mmg kebetulan mak aku dari  kedah dtg KL..aku gi ambik di TBS terus balik rumah..sampai rumah lepas solat subuh wife cakap ada turun darah skit.. klu dulu mmg cuak dah..terus kelam kabut gi hospital..hehe..tapi kali ni aku tenang ja..suruh dia cuci darah,mandi apa smua..solat subuh.. selesai siap2 dah wangi (sebab ada kes doktor ngn nurse tegur sebab ada org tu darah/ketumban keluar terus pergi hospital tanpa mandi gosok gigi apa semua) kitorang pergi sarapan dekat kedai2 berhampiran hospital dulu..hehe

Pekena roti canai, nasik lemak, milo panas bagai..pastu pelan2 pergi hospital..sampai hspital dlm pkul 8.30 pagi gitu..
masa ni wife daftar masuk sendiri..aku pun pergi cari parking.. sebab parking hukm ni berbayar..ada kawasan diluar pagar sebelah stadium cheras korang blh parking free.. mmg ramai parking situ..klu lambat mmg penuh la jawabnya.. wheel chair tu maybe nurse situ bagi kot sebab wife dah ada contraction..

kira2 pukul 9 pagi baru tolak masuk labour room.. masa tu aku pun masuk sekali la..depa mmg bagi suami masuk..tp sebelum tu kena lepak kat depan dlu.ruang sofa..diorg tgh nak setup wife aku..pasang wayar apa smua la..persiapan nak bersalin..katanya dah 4cm.. aku rasa mcm lambat lagi..sebab pengalaman sebelum2 ni klu 4cm tu akan ambik masa 3 ke 4 jam lagi..
si suami kena daftar dlu...pakai tag camni..baru la dpt acces keluar masuk wad bersalin..hmm

lepas dah setel..aku dibenarkan masuk..lepak dengan wife dalam labour room sambil bersembang, berselawat, doa apa smua..sambil tu borak2 jugak dengan nurse yg bertugas dlm labour room tu..haha..
dalam wad bersalin..time ni korang blh bagi isteri makan kurma ka, air selusuh ka, air suam ka..sebab masa ni tenaga nak pakai byk..terutama masa nak keluarkan baby..

hampir 3 jam aku dalam tu..keluar masuk keluar masuk jugak sebenarnya..jawab call apa smua la.. pkul 12  lebih gitu, contraction dtg lebih kerap dan wife ckp dah rasa nak teran..apa lagi..masuk la bidan diorg..nurse otai la gamaknya kot..baju pun warna lain dari nurse2 yang ada..mgkin senior kot.. cuma kali ni diorg tak semeriah mcm anak ke 3 dlu..anak ke 3 dlu diorg punya sorak sruh teran mcm sorak bola kot..kecoh weii... tapi kali ni mcm tenang skit..tak bising sgt.. klu korang kat luar bilik pun xsedar org kat dalam dah nak bersalin.. klu dlu..selang 2 bilik pun blh dengar suara diorg (nurse)..bagi kecoh skit supaya semngt nak teran..haha..mcm2 style..

Pada doktor dgn nurse dok kalut nak keluarkan baby..aku mcm biasa la..bagi support kat wife..sruh dia ambik nafas dengan betul..sambil betulkan posisi kepala masa meneran.. akhirnya tepat 12.25 tghri wife selamat melahirkan anak lelaki kami dengan seberat 3.53kg.. alhamdulillah..sempat jugak aku perati baby yang keluar dari rahim..keadaan dia mcm kebiruan sikit..bersih ja..ada darah sikit di muka.. diorg bersihkan..pastu kepit tali pusat baby..sambil berselawat maka dipotonglah tali pusat tu.. maka terpisahlah dan berakhirlah bayi tersebut dari alam rahim.. masa tu dah nampak kemerahan pada kulit baby.. alhamdulillah.. baby kali ni putih skit..gen umi dia la..haha..klu aku gelap skit (tall, dark, handsome).. dan nurse minta wife buat pengesahan baby dengan bertanya pada si ibu tentang jantina anak.. lelaki ka perempuan.. kang tak pasal jadi citer sinetron plak.. haha..
selepas keluar dari rahim ibu, baby akan diletakkan di dalam baby warmer..utk bagi rasa kehangatan dgn suhu yang ditetapkan..tak silap aku 37 degres..

Setelah itu aku diminta utk tunggu diluar..menunggu proses keluarkan uri dan jahit sekiranya ada koyakan dan sbginya.. masa tu korang ada peluang utk memaklumkan pada ahli keluarga tntang kelahiran anak.. lepas beberapa minit nurse akan panggil balik utk diazankan baby tadi..
Alhamdulillah..rasa bersyukur sgt..sebab baby selamat bersalin.. dan wife dalam keadaan yang baik.. lepas ni balik aku kena cukur rambut..sebab aku dah bernazar..klu semuanya berjalan lancar, aku akan botakkan kepala..Sebenarnya nazar ni mmg ada dlm Islam..cumanya korang jgn nazar pelik2 plak tau..
lelaki dah 3 orang tau..mmg lasak2 la jawabnya..aku pun kena kuat la..haha

lepas tu lepak dalam bilik labour room td balik..diorang akan bagi masa utk wife makan snek bagi memberi tenaga..dan menyusukan anak..
tgh makan utk kembalikan tenaga..

alhamdulillah..dah boleh bagi susu badan...

Setel ja smua.. baby xdak masalah..ok..siap dokumen kelahiran..maka keluarlah dari labour room dan terus dihantar masuk ke dalam wad..
Alhamdullilah.. sehari ja di hospital..wife dibenarkan balik.. kuning baby pun xdak..rasanya inilah waktu berada di wad yang paling singkat..sebelum ni 2 ke 3 hari jugak la..hehe..


yang seronoknya wad di hukm ni..diorg bagi budak2 masuk..tapi ibubapa kena kawal anak la..jgn bising, berlari sini sana, menjerit..kena jaga kelakuan anak..sebab ada kes pesakit tu naik darah sebab budak2 dtg melawat bising..mujur la anak2 aku xsuka buat bising tempat yg mcm ni..tgk plak nurse berbaju putih..hehe..

masa ni petang lepas bersalin.. bersalin pkul 12.25tghri..setle apa smua..pkul 3 aku balik rumah..siap2 mandikan anak apa smua..lepas asar pergi balik hukm melawat isteri dan baby baru..bawak anak2 dgn mak utk tgk cucu..seronok la diorg dapat tgk baby..siap ckp bila nak bawak baby balik rumah..haha..nampak betul x sabar nak main dengn adik baru diorg.. sesetengah hospital mmg budak2 tak dibenarkan masuk.. terpaksa tunggu di luar..

mak sambil dukung cucu baru.. cucu yang ke-5.. dan sempat jaga wife aku seminggu dekat rumah.. lepas mak balik aku la yg buat smua benda utk keperluan seorg yang berpantang..mandikan anak, sediakan tungku, masak utk anak2 dengan wife skali..basuh baju, kemas rumah..biasa la tu..haha..

So Sapa kata hospital kerajaan tak bagus..di HUKM ni aku bagi rate 4star..klu parking free dan byk ruang kompom aku bg 5 star.. hehe.. terima kasih juga kepada nurse dan doktor yang terlibat sepanjang urusan kelahiran anak ke 4 kami..


Nama yang diberi Muhammad Luqman El Hakim Bin Muhammad Firdaus


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...