Assalamualaikum...
Baru2 ni hanset aku rosak teruk..motherboard rosak..nak beli pun mcm tak berbaloi sebab hanset tu dah terkebelakang..sebab pengeluaran nset sekarang cepat..setahun 2 3 jenis nset keluar yang baru bagi satu2 produk.. tak terkejar..ada ja teknologi baru yg diperkenal..nset tu aku beli tahun 2013.. dah 4 tahun lebih..berapa kali rosak dah pun..setiap kali rosak aku repair sendiri..beli sparepart.. last2 rosak motherboard terus nak beli hanset baru..haha.. sebenarnya aku nak beli nset Xiaomi, peranti yang tinggi spec harga berbaloi.. last2 cina kedai tu promote Huawei..terus teberkenan..haha.. maka terbelilah Huawei Nova 2i..
Aku malas nak cerita apa kelebihan dan kekurangan nset ni..sebab skrg dah ramai yang buat review pasal nset ni.. kita siap baca ja..pastu nilai.. antara yang aku suka baca mengenai gadjet2 ni adalah website amanz.my ..
So kita tgk apa yang pihak amanz.my review nset Huawei Nova 2i ni..
HUAWEI NOVA 2i
Tahun 2017, kita telah menyaksikan beberapa pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar dengan skrin nirbingkai (bezeless). Walaupun ia nampak cantik, tetapi harga kebanyakkan peranti dengan skrin seumpamanya adalah sedikit mahal.
Kini, pihak Huawei melawan norma berkenaan, dan telah pun melancarkan sebuah telefon pintar baru dinamakan Nova 2i – dan menawarkan rekaan skrin hampir nirbingkai, serta menyertakan dwi-kamera di hadapan dan belakang.
Huawei Nova 2i merupakan peranti yang turut dikenali dengan nama Maimang 6 di China. Menurut Huawei, mereka akan memposisikan siri Nova pada harga sekitar RM1000-RM2000, sementara melangkaui RM2000 adalah siri P dan Mate, selain dibawah RM1000 adalah siri-Y.
Skrin Nirbingkai Pada Harga Lebih Mampu
Nova 2i membawakan binaan yang kukuh dan selesa ditangan. Kami telah berpeluang untuk mencubanya untuk sementara, dan agak berpuas-hati dengan binaan yang ditawarkan oleh peranti berkenaan. Pada bahagian belakang, ia menyertakan dwi-kamera dengan kedudukan menegak dibahagian tengah dalam menawarkan rekaan simetri, sementara pada bahagian hadapan, ia menyertakan dwi-kamera diatas, dan sebuah lampu LED Flash untuk memudahkan rakaman pada keadaan persekitaran gelap.
Walaupun ia menawarkan rekaan bingkai yang sedikit nipis berbanding beberapa peranti lain, pihak Huawei masih tidak melepaskan peluang untuk menyertakan paparan logo pada bahagian peranti tersebut. Perkara ini mungkin tidak menjadi masalah untuk ramai pengguna.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin paparan 5.93-inci. Walaupun menghampiri 6-inci, namun disebabkan oleh penggunaan bingkai yang sedikit nipis pada tepi, ia menawarkan pengalaman memegangnya yang lebih baik dan selesa sedikit berbanding dengan penawaran peranti dengan skrin lebih kurang sama pada peranti-peranti lain. Huawei menggunakan panel IPS padanya, selain melengkapkan ia dengan skrin 2160×1080 pixel, sekaligus menawarkan ketumpatan piksel pada kadar 407PPI.
Huawei Nova 2i turut menggunakan butang maya atas-skrin, sekaligus memudahkan anda untuk mengawal kedudukan butang navigasi dengan mudah melalui halaman tetapan.
Untuk cip pemprosesan, ia menggunakan Kirin 659 dengan penawaran lapan teras – gabungan Cortex A-53 2.36GHz dan Cortex-A53 1.7Ghz. Peranti ini menggunakan memori sebanyak 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 256GB. Menjana Nova 2i adalah bateri berkapasiti 3340mAh, serta ruangan pengecasan berasaskan mikro-USB. Huawei mengatakan mereka mengambil langkah menggunakan sambungan mikro-USB kerana masih banyak aksesori diluar sana menggunakan mikro-USB dan penawaran USB-C masih pada peringkat permulaan lagi buat masa ini. Huawei juga mengekalkan bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah telefon pintar ini. Pada bahagian belakang peranti ini pula adalah sebuah pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian bawah dwi-kameranya.
4 Kamera Pada Satu Peranti
Selain rekana skrin nirbingkai, satu lagi titik jualan fokus oleh Huawei pada telefon pintar ini adalah penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang dan juga hadapan.
Pada bahagian hadapan, Nova 2i menggunakan kamera dengan gabungan13-megapixel dan 2-megapixel, f/2.0. Lensa kedua digunakan untuk menawarkan kesan bokeh ketika merakam gambar selfie – menjadikan selfie anda lebih cantik berbanding peranti lain. Disamping itu, Huawei turut menyertakan beberapa topeng maya yang boleh anda tambah pada gambar rakaman anda – lebih kurang seperti yang terdapat di Instagram dan Snapchat. Untuk memudahkan rakaman selfie pada persekitaran gelap, Huawei turut menyertakan lampu LED pada bahagian hadapan yang terletak pada bahagian kiri peranti. Kesan lain seperti penawaran mencantikkan wajah dan sebagainya turut disertakan pada kamera hadapan Nova 2i ini.
Pada bahagian belakang pula, Nova 2i menggunakan gabungan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel. Seperti pada bahagian hadapan, ia turut memfokuskan kepada penggunaan rakaman bokeh melalui lensa kedua. Pengguna turut boleh membuat pengubahan dimana gambar perlu dipudarkan dan difokuskan selepas sesuatu gambar dirakamkan. Ketika rakaman dalam keadaan bokeh, ia hanya menawarkan ia dilakukan pada resolusi 8-megapixel sahaja.
Kami berpeluang untuk mencuba kameranya untuk tempoh terhad, dan mendapati ia agak menawarkan prestasi rakaman yang agak baik untuk harga yang dibayar. Mungkin kami akan melakukan ujian lanjut ketika membuat ulasan penuh Huawei Nova 2i ini.
Penutup
Secara keseluruhan, pada harga RM1299, Huawei Nova 2i ini boleh dikatakan salah satu peranti yang agak berbaloi – apatah lagi jikalau dilihat berbanding pesaing lain seperti Asus Zenfone 4 Selfie atau Vivo V7+, dan sebagainya. Ia juga agak menarik untuk melihat Huawei Malaysia mampu menawarkan ia pada harga lebih rendah berbanding dengan pasaran China sendiri.
sumber: amanz.my