Assalamualaikum..
Semalam masa dalam proses nak lelapkan mata..wife bagitau adib dah meninggal..eh..betulka? bukan kata haritu dah sihat skit ka..?? bila tgk yang post tu daripada laman sesawang berita utama dalam Malaysia..sah..itu adalah sahih..aku scroll tgk dalam fb pun ramai yang update tentang kita kehilangan Muhammad Adib yang bertarung nyawa akibat dibelasah oleh orang2 yang berhati 'haiwan'. tidak memikirkan Muhammad Adib hnyalah menjalankan tugas sebagai anggota bomba utk memadamkan kebakaran.. lalu sesampainya di tempat yang berlaku rusuhan tersebut Adib dgn tidak semena-mena di belasah oleh golongan2 pelampau yang mengganas di kuil tersebut..
Sebak hati tgk dia diperlakukan sebegitu..
terus dia tak sedarkan diri dengan keadaan yang begitu teruk..daripada ICU hospital dan beberapa hari selepas itu ditukarkan kepada IJN.. kemudian menunjukkan perkembangan yang positif.. tetapi akhirnya beliau mehembuskan nafas terakhir pada 17/12/2018 pada 9.41malam... Alfatihah buat Muhammad Adib.. Takziah buat keluarga Muhammad Adib..
Dan Muhammad Adib dijangka melangsungkan perkahwinannya pada 22/12/2018 ini.. Semoga Allahyarham Muhammad Adib tenang disana dan ditempatkan di dalam Syurga.. Kamu adalah wira buat rakyat Malaysia..
18 December 2018
16 November 2018
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PDRM PERINGKAT KEBANGSAAN :: TAHUN 2018 (Keputusan Rasmi)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Selesai Majlis Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2018 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 14 dan 15 November 2018.
Majlis Penutup Tilawah Al-Quran PDRM disempurnakan oleh Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Bin Ibrahim di Dewan Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras.
Berikut adalah senarai keputusan rasmi
Bahagian Lelaki / Qari
Tempat Pertama : ASP Mohamad Sahran Bin Dato' Hj Termizi
Kontinjen/Negeri : Perak
Markah : 87.5 %
Tempat Kedua : KPL Mohd Zamzuri Irwan Bin Mat Jusoh
Kontinjen/Negeri : BN 9 PGA
Markah : 85 %
Tempat Ketiga : SJN Hj. Razlee @ Roslee Bin Asmat
Kontinjen/Negeri : Bukit Aman
Markah : 83.5 %
Bahagian Wanita / Qariah
Tempat Pertama : KPL Normarina Binti Ishak
Kontinjen/Negeri : Perlis
Markah : 75.5 %
Tempat Kedua : PN Zainab Binti Tarman
Kontinjen/Negeri : Perak
Markah : 73.25 %
Tempat Ketiga : INSP Nurul Shafinaz Binti Halim
Kontinjen/Negeri : Sarawak
Markah : 72.25 %
Alhamdulillah.. Selesai Majlis Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2018 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 14 dan 15 November 2018.
Majlis Penutup Tilawah Al-Quran PDRM disempurnakan oleh Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Bin Ibrahim di Dewan Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras.
Berikut adalah senarai keputusan rasmi
Bahagian Lelaki / Qari
Tempat Pertama : ASP Mohamad Sahran Bin Dato' Hj Termizi
Kontinjen/Negeri : Perak
Markah : 87.5 %
Tempat Kedua : KPL Mohd Zamzuri Irwan Bin Mat Jusoh
Kontinjen/Negeri : BN 9 PGA
Markah : 85 %
Tempat Ketiga : SJN Hj. Razlee @ Roslee Bin Asmat
Kontinjen/Negeri : Bukit Aman
Markah : 83.5 %
Bahagian Wanita / Qariah
Tempat Pertama : KPL Normarina Binti Ishak
Kontinjen/Negeri : Perlis
Markah : 75.5 %
Tempat Kedua : PN Zainab Binti Tarman
Kontinjen/Negeri : Perak
Markah : 73.25 %
Tempat Ketiga : INSP Nurul Shafinaz Binti Halim
Kontinjen/Negeri : Sarawak
Markah : 72.25 %
01 November 2018
Riadah Petang :: Kediaman Frangipani
Assalamualaikum..
selalunya petang2 bagi anak2 main kat aras rumah ja..dengan anak2 jiran..malas nak bagi main kat bawah..bahaya..lagipun diorg kecik lagi.. klu nak turun bawah..jom..pi skali dengan abi..hehe..
dah boleh harap anak2 ambil gambar.. dulu masa diorg baru belajar nak guna smartphone ambil gambar..gegar la..muka xnampak la..senget la..haha..sekrang ni dah ok..
layan sunset tepi surau..
seronok bila dapat main kat sekeliling kolam ni..
ni kolam tadahan hujan..air hujan dari atas bukit tak turun terus..tapi ditakung dulu disini..mengikut paras yang ditetapkan..klu air betul2 penuh mmg xnampak ruang bawah surau tu..nampak seolah2 surau terapung..
si kecik ni diam kemain bila orang bawak berjalan..
umi tak ikut..dok rumah..amin pun tak ikut..sebab tidor..
view surau Al-`Alimin
nampak kan tiang2 yg menyokong surau ni..klu lepas hujan lebat mmg air naik sampai ke lantai yang berwarna biru tu..
28 October 2018
IKan Bakar Air Asam MENCEPU
Assalamualaikum..
Semalam saja jln2 cari makan di bandar tasik permaisuri.. Ikan Bakar Air Asam Mencepu..
Mulanya haritu kitorg tertgk dlm majalah 3.. mengenai buah mencepu.. buah di ala2 tomato kecik gitu..masam2 manis.. ada ada pengusaha kedai ikan bakar beli buah tu utk dijadikan air asam utk ikan bakar mereka..kena2 plak kedai dia dekat Bandar Sri Permaisuri..mmg dekat la.. tu yg mencari tu..haha
Kami ambik ikan tilapia merah dgn keli..
Ambik ulam2 skit.. nasik nak sedap xdak kuah baru feel..
Isi ikan ni mmg lembut..segar.. jatuh hati..lepas ni blh la pi try lagi sekali
Ikan keli bakar..
Bahagian bakar bakar
Ikan baru nak dibakar..
Ni gerai dia..Cik Melur di foodcourt bandar sri permaisuri..order dekat cik yg bertudung tu..dan dia akan bg no..dh siap nnti dia akan announced guna speaker..
dan jangan risau..makanan disini semua ada tag harga..so korang boleh decide nak makan apa dengan bajet anda.. kan senang letak harga..ni tak..sesetengah kedai jenis2 berlauk ni..bila time kira..kadang2 tu cincai ja..tokei kira harga lain..pembantu kira harga lain..
klu dah ada tag harga senang..ikan harga berapa..sotong harga berapa.. udang harga berapa..so bila sampai bil tak la terkejut sgt..
Bagi aku.sgt berpuashati..cuma klu blh..lebihkan air asam mencepu tu..sedap kot..haha
Misi mencari AISKRIM :: TESCO Cheras
Assalamualaikum..
Misi mencari aiskrim ni sebenarnya sebab semalam masa pi muzium diraja tu ada org jual aiskrim dkt motor..aku pun ckp kat anak2 balik nnti baru beli..sebab kang beli awal nnti habis comot..so bila keluar ja tgk2 dh xdak orang jual aiskrim tu..nak tunaikan jnji terpaksa la pi cari.. akhirnya sampai la di tesco cheras ni..
Nasib ada org juai aiskrim..
Tgk tu..dia punya excited nak order..kat situ pulak..byk beno aiskrimnya..jenuh nak memilih
Kakak pilih aiskrim vanilla.. tgk la muka ada senyium..dpt aiskrim
Yang ni aiskrim coklat apa entah..dlm dia ada aiskrim vanilla..luar dia salut choclate..pastu choc tu mengeras dia jadi rangup..sedap la jugak
Muka senyum puas hati dpt aiskrim..tp yg belakang tu masih xpuas hati..aiskrim dia belum dpt..jenuh dok order td.hahaha
akhirnya dapat jugak Aiskrim dia.. antara yang paling sedap daripada yang abg dan kakak dia punya..biasa la..semua dia lebih..
Aiskrim amin paling sedap..ditaburi dgn serbuk milo..ada plak dalam tu serbuk letup2..bila bekali ngap ja rasa meletup2 dalam mulut
Kena standby tisu bagai..biasala klu budak2 makan aiskrim..habis comot..mulut..tgn..baju..seluar..
Sambil2 dok jaga tu sambil2 ngap aiskrim depa..haha.. biasala tu..anak beranak
Tunggu mak tok depa beli barang.. bwk depa tempat game sat..saja seronok2..
Berangan..mcm la sampai kaki tu nk tekan pedal minyak..haha..
Dan last..terjumpa plak hero amin..buat gaya selalu la..haha
MUZIUM NEGARA :: ISTANA LAMA
,
Assalamualaikum.
Alhamdulillah..semalam sempat singgah Istana lama yang dijadikan muzium DiRaja..
Bayangkan..sebelum ni asyik lalu sebelah ja.. kena2 plak depan muzium Diraja tu selalu jem.. tgk sambil ckp bila la nak pergi situ.. so semalam.. mak mertua dtg rumah..wife ajak pergi jln..tp xtau nak pergi mana.. search punya search wife ckp pergi muzium diraja je la..
Billboard besar haa...dekat pintu masuk..mujur dtg awal.. klu tak bersesak2 dgn budak2 rombongan sekolah ... Berbuah2 bas dtg..
Bayaran masuk dia xdak la mahal mana pun..maybe bayaran tu digunakan utk kos penyelenggaraan..
Bukan keuntungan pun.. Dewasa Rm5 Kanak2 RM3 (bwh 5 tahun free) Warga Emas RM3.
So total semalam just RM13 utk kami bertujuh..pasal 4 org anak2 aku free..haha
Drpd gate nak ke Istana kena berjalan lebih kurang 300 meter.. klu bwk org yg xberapa larat nak jalan ada disediakan wheelchair.
Dalam istana tu tak dibenarkan utk mengambil photo..samada dari smartphone atau dari kamera..
Utk dewan ni saja yg boleh bergambar.. dalam ni serba kuning ja semua..raja kan..sinonim la dengan warna kuning..
Bergambar di luar istana
Bahagian sisi istana..baru aku tau keadaan dlm Istana mcm mana..xpernah masuk kot..haha..ok la..cantik.. Istana yang kami masuk ni dia ada dua wing.. kiri dan kanan..utk belah kiri lebih kepada Pentadbiran dan sebagainya.. belah kanan plak utk privasi.. korang blh la dtg tgk..mcm mana keadaan dlm istana.. tempat santapan diraja..tempat raja beradu..dobi..bilik permaisuri..bilik solek..
Istana Lama yg ditukar menjadi Muzium Diraja.
First time masuk Istana..haha..selalu dok tgk dlm tv ja..haha..
24 October 2018
Kejohanan Sukan Petanque Piala KPN Tahun 2018 :: Cheras
Minggu lepas tempat kerja aku jadi tuan rumah bagi kejohanan Sukan Petanque Piala KPN Tahun 2018.. walaupun sebenarnya main di arena petanque pudu ulu, cheras..
jarak lebih kurang 8-10km daripada pejabat ke pudu ulu..kena la berangkut peralatan2 yang sepatutnya..haha.. biasala..jadi tuan rumah.. 4 hari kot tak silap..
Juara di sandang oleh Kontinjen Perak.. setelah berentap di perlawanan akhir bersama pasukan Kontinjen Pulau Pinang.
Syabas dan Tahniah Pada pasukan Kontinjen Perak.
jarak lebih kurang 8-10km daripada pejabat ke pudu ulu..kena la berangkut peralatan2 yang sepatutnya..haha.. biasala..jadi tuan rumah.. 4 hari kot tak silap..
dihadiri oleh Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur
Juara di sandang oleh Kontinjen Perak.. setelah berentap di perlawanan akhir bersama pasukan Kontinjen Pulau Pinang.
Kontinjen Perak (Juara)
Kontinjen Penang (ke 2)
Kontinjen Briged Tengah (ke 3)
Kontinjen Bukit Aman (ke 4)
23 September 2018
Eye' Steak Pantai Dalam :: makan malam
Assalamualaikum...
Sekarang dh musim hujan..malam ja hujan..malam ja hujan.. so semalam bercadang nak makan kat luar..malas nak masak..barang basah pun xtopup lagi..aku bg wife buat pilihan..nak mcm style mcm mana..mamak ka..western ka..kfc ka..pizza ka.. thai ka.. dh rumah pun masih blom ada jawapan..aku singgh isi minyak dlu..dh selesai..nak jalan ja terus dpt jawapan dr wife..eye's steak pantai dalam..rasa mcm familiar ja..rupanya aku dh save dlm waze aku..set favorite lagi.. dlm favorite waze aku bersepah kedai2 makan yg viral..yg sedap2..yg harganya berbaloi utk family..
Apa lagi..berwestern la kami malam tu.. tempat tu agak crowded skit..sebab ada pasar malam hari sabtu.. alhamdulilah sekali pusing ja terus dapat parking..rezeki..
Bila dh bawak anak ni macam biasala..tak berapa nak tenang skit..tambah2 bila air sampai awal..hahaha.. menu pun menarik disitu dengan harga yg berpatutan.. ramai org..masa pergi tu ngam2 ada satu tempat kosong.. masa nak balik tu pun dh ada org berdiri tunggu meja kosong.. korang boleh la dtg klu nak try..
Sekarang dh musim hujan..malam ja hujan..malam ja hujan.. so semalam bercadang nak makan kat luar..malas nak masak..barang basah pun xtopup lagi..aku bg wife buat pilihan..nak mcm style mcm mana..mamak ka..western ka..kfc ka..pizza ka.. thai ka.. dh rumah pun masih blom ada jawapan..aku singgh isi minyak dlu..dh selesai..nak jalan ja terus dpt jawapan dr wife..eye's steak pantai dalam..rasa mcm familiar ja..rupanya aku dh save dlm waze aku..set favorite lagi.. dlm favorite waze aku bersepah kedai2 makan yg viral..yg sedap2..yg harganya berbaloi utk family..
Apa lagi..berwestern la kami malam tu.. tempat tu agak crowded skit..sebab ada pasar malam hari sabtu.. alhamdulilah sekali pusing ja terus dapat parking..rezeki..
Bila dh bawak anak ni macam biasala..tak berapa nak tenang skit..tambah2 bila air sampai awal..hahaha.. menu pun menarik disitu dengan harga yg berpatutan.. ramai org..masa pergi tu ngam2 ada satu tempat kosong.. masa nak balik tu pun dh ada org berdiri tunggu meja kosong.. korang boleh la dtg klu nak try..
yang ni appetizer dlu..haha..cheezy wedges dgn fries..laju la makannya sebab lapar..haha
mcm biasa..kena jaga budak kecik ni dlu...air liur meleleh2 dah..sabaq sat..lagi sebulan ja lagi dah boleh makan..
aku tak tau apa yg wife order.. ada mix mcm2..termasuk la spagheti..
aku punya siap bersalad lain..yg ni la bila kalut2 dengan anak2..sambil order..huhu.. aku tak berapa minat spagheti.. kesian spagheti tak habis malam tu..
sebelum balik jalan2 KL dulu..wife nak tgk suasana jalan bukit bintang mcm mana..haha..mmg heaven la..penuh dgn warga asing..kelab malam..kami just ronda2 ja.. tup2 tersangkut dalam jem..itu biasa..nasib la ada waze bagi shorcut..
17 September 2018
TUGU NEGARA :: 16 September 2018 :: Hari Malaysia
Assalamualaikum..
Ye..hari ni cuti umum sempena hari Malaysia 16 Sept yg jatuh pada hari ahad.. so cuti tu akan carry forward pada hari Isnin.. sepanjang hari hujan ja.. dan dalam pkul 3 ke 4 ptg camtu tgk ada cahaya matahari.. terus ajak anak2 pergi jalan2 tgk askar..diorg tak tau yg aku nak bwk gi tugu negara ja pun..hehe..sebab klu aku ckp tugu negara diorg tak faham pun.. dah sampai sana baru la explain...
Teruja tgk patung askar keraih camtu.. ok la tempat ni..xbosan sangat bagi diorg..blh gelak2 tawa..lari2 bagai.. sebab sini xdak tarikan apa pun..cuma tugu negara tu je pun.. pastu ada skit air pancut dekat kolam dan view dr atas bukit camtu.. nice la..
Nak cerita pasal tugu negara pun rasanya xperlu..korang google ja..haha..
Bagi anak2 ni mereka masih belum mengerti..kita blh bgtau..mereka akan mendengar..dan akan lekat dalam memori.. tp utk umur mereka..masih belum mengerti.. nanti dh besar depa sendiri akan faham.. hakikat sebuah pengorbanan..
yang ni macam biasa..nak berjalan ja..tak merengek pun..kalau dok rumah..asyik nak berdukung ja.. bila berjalan..susu pun xmintak..
hepi dapat kluar berjalan
depan pintu masuk Tugu Negara..
selalu kena paksa dengan aku.. posing..abi nak ambik gambar..dan saat tu la payah bebeno nak ambik gambar dia..
Geng Perak Yob & Yong
juga geng Perak Yob & Yong
dan Luqman dan Amin Geng Wilayah..Orang KL..
posing bawah kubah di perkarangan Tugu Negara
ya..tudia yang kat belakang kitorang tu..Tugu Negara..ada beberapa askar kelihatan gembira dengan kemenangan dan juga satu patung tu memegang bendera Malaysia..
dan beberapa orang terbaring kat bawah tu aku xpasti..rasanya nampak mcm musuh yang terbaring kekalahan.. atau wira2 negara yang gugur korban dalam peperangan.... konpius skit..
amin tanya..abi..boleh baring tak..abi cakap baring la..haha..nak tiru yang dibelakang tu la gamaknya..haha
view dari pandangan hadapan tugu negara.. maknanya depan aku ni ada pandangan dari atas bukit..nampak la beberapa bangunan yang agak tinggi tu..tapi cuaca mcm berjerebu skit..kabur2 ja nampak..
yang ni posing ala2 masa baru berkahwin..sekarang bila nak bergambar mcm ni..sibuk ja anak2 nak menyelit jugak masuk frame..hehe..
dah penat berjalan.. gini la gayanya bila nak balik..huhu..nasib la abi ni kuat..
ada bunga la dekat laluan pejalan kaki ni.. so beautiful..
macam biasa la..untuk kesini aku dah tau jalan..tapi ttp guna waze..sebab jalan kat KL ni tak menentu..tiba2 ja jem la..jln tutup la.. ada roadblock la..
So waze adalah peneman buat masa skrg ni bila berjalan..sebab waze boleh spot mcm2 benda..membantu bagi aku sepnjang guna waze ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)