28 March 2017

2 HARI 1 MALAM di LEXIS SUITES, PENANG :: Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum..
kali ni post aku berkaitan percutian, sebenarnya dah lama tak bercuti dan tido hotel ni. hehe..sibuk dan kurang bajet. tapi kali ni anniversary punya pasal, terpaksa kumpul duit jugak.sekali setahun. apa salahnya kuar skit duit, kasi rewards diri sendiri, isteri dan anak2. Loksai Pilihan kali ni adalah di Penang sebab tarikh anniversary 16 Mac, pastu 18 Mac ada nak pi langkawi, ada kenduri kat sana. Jadi alang-alang ke Penang lah kita,.hehe..

Sebenarnya ternampak org post dalam blog pasal hotel ada private pool ni. Mmg teringin la jugak. sebab nnti smua boleh mandi termasuk wife.xdak la wife tgk aku dengan anak2 ja yang mandi. Maka pilihan hati aku adalah LEXIS SUITES, PENANG. Antara hotel 5 star di Penang. Korang boleh tengok laman web hotel tu. mcm2 kemudahan ada http://www.lexissuitespenang.com . Harga korang boleh perbandingan di trivago. tapi jgn tertipu. sebab selalunya murah tapi excluded tax. bila dah dicampur tax lebih kurang ja harga dia. harga direct hotel RM399 semalam. tu tanpa breakfast. klu check di trivago pun byk harga yang tak dicampur dengan breakfast. Jadi aku sarankan korang try tgk website ni www.traveloka.com  . Banyak promotion adalam tu bukan takat hotel ja, penerbangan pun ada. Untuk hotel Lexis Suites ni aku dapat harga RM 362.86. Murah tu sebabnya ni dah termasuk breakfast. klu harga direct hotel termasuk breakfast dan jadi RM4++ . Ok. bukan tu ja, sebenarnya aku dapat lagi kupon penjimatan daripada traveloka sebanyak RM40. So total harga yang aku perlu bayar untuk menginap di hotel ni adalah RM322.86 (wifi + breakfast). Cuma bila dah 5 Star duit deposit dia pun besar la. RM200. tapi jgn risau nak check out nnti depa bagi balik..haha.

Hotel ni area Bayan Lepas, so dekat la dengan airport Penang. 10 minit ja. Yang best hotel ni tepi laut. mengasyikkan..haha. 
ni pandangan hotel Lexis Suites dari Laut. tapi pantai ni bukanlah pantai peranginan mandi manda. sebab sini kawasan nelayan. angin bayu laut mmg sempoi. tgh2 malam kuat ja angin dia. sejuk kot. boleh lepak tepi kolam sambil minum kopi..
depan bangunan hotel lexis suites.
ni plak pandangan laut daripada hotel Lexis Suites. tgk. ada jeti panjang depan tu..hehe..selalunya orang yang dtg ke sini pergi bergambar dekat jeti tu. tpi aku xdan nak pergi..hehe..niat tu ada. buat kenangan. dan sebelah sini jugak matahari akan terbenam. so sapa yang dok belah ni. boleh nampak la sunset..hehe

ni plak gambar ruang depan. hotel ni terbahagi kepada 3 ruang utama. Selepas bukak ja pintu masuk depan. kita akan masuk ruang pertama. katil,tv,peti asis, tempat letak beg, ketle cawan air apa smua. Kemudian ruang kedua plak. bahagian bilik air, bilik mandi, almari baju, sinki cuci muka, dan Ruang yang ketiga ruang yang paling best..hehe..private pool, meja kopi, bilik sauna.

Bergambar dulu kenang-kenangan.
Ruang kedua, ruang di tengah2 hotel.yang sebelah kiri tu bilik mandi siap ada tab mandi lagi. dan sebelah kiri yang bukak lampu tu almari baju. boleh letak baju2 dalam tu dan siap iron dan board. jenis melekat terus dengan almari. sebelah sinki cuci muka tu bilik air atau jamban..haha..so tenang la klu nak 'lepas hajat' sebab dia tak sekalikan dengan bilik mandi. asing-asing. cuma bilik air ni xdak selak pintu, atau lock. dia just tolak ja.

Hotel ni tak kedekut tuala punya. banyak kot tuala dia bagi. rasanya aku tak guna smua pun tuala yang ada sebab banyak..lebih dari 4..hehe.. tab mandi ni aku dah tak pandang sebab ada pool. klu tak dlu gi mana2 hotel mesti berharap ada tab mandi..hehe..
melawat kawasan.anak2 je la yang excited dengan tab mandi ni.. selalunya gi hotel diorang je la yang berkubang..haha
Dan Ruang yang last sekali. Ruang ketiga bilik hotel ni adalah private pool, meja kopi, dan bilik sauna. Pool ni xdalam pun bagi orang dewasa. atas pinggang bawah dada. antara tu ja paras dia. tapi still boleh berenang santai bagai..hehe. tapi bagi anak-anak umpama kolam bertaraf olimpik..haha.. korang boleh beli pelampung dan bola2 kecik tu siap2 sebelum datang. baru meriah skit pool tu..hehe. pool ni bila malam akan ada lampu menyala.jadi dalam kolam tu tak la gelap. malam2 klu lepak sini mmg sempoi, pasal angin dia sejuk. dan pintu ruang ketiga ni juga ada lock. risau malam2 kita tido atau mandi, anak pergi kawasan pool. boleh lock.jgn risau. dan bila bukak pintu automatik aircond switch off. Bilik sauna tu korang kena bukak awal..jgn nak duduk baru nak bukak.haha..sebab dia ambik masa skit. hehe..mcm aku haritu la. konon lepas mandi nak duduk la dalam sauna tu. bila on ja terus duduk dalam tu.5 minit pun mcm xdak apa2 pun.aku ingat rosak dah bilik sauna ni..huhu..baru je nak kol admin. haha..last2 ptg tu kluar gi makan aku on kan je..malas tutup..rosak sgt kan..last2 bilik balik. nah ambik kau..berasap-rasap bilik tu..haha..berfungsi rupanya.

pintu ni pemisah kepada bilik air.pintu ni tak dak lock..tp utk pintu ke kolam ada lock..

tgk la tu.kak dengan fateh mmg pasti akan melompat2 bila jumpa katil empuk mcm ni..haha..yg si kecik tu pun apa lagi..nak mengikut la..tp katil tu agak tinggi..susah amin nak panjat..haha..
besarkan katil.2 lagi.rasanya klu 4 ke 5 orang dewasa pun boleh muat ni. memandangkan di tengah2 tu dia lompong.ada jarak antara katil ni.maka bila malam nak tido.aku ambil kusyen merah empuk tu letak di tengah2.yg bestnya mmg ngam2 masuk.apa lagi..bagi fateh la tido situso xdak la isu jatuh katil..
tv dia ok la..channel xbyk tapi channel yg famous la.dan yg penting ada cartoon..so budak2 ni blh la layan cartoon..nak pesan makanan pun boleh dekat sini..ada menu siap..tp harga jgn tanya la..hehe..
bagi aku puas hati la dengan katil2 ni.satu lagi hotel ni tak berkarpet tau.lantai mozek semata2.aku masa nak book hotel ni tertanya2 dalam hati.mesti sejuk giler lantai pasal bilik ada aircond..tp yang peliknya tak sejuk giler pun..biasa2 ja..aku bangun solat subuh.takut jugak nak pijak lantai..takut sejuk..pijak2 ja..ala..sejuk biasa ja..boleh ja pijak tanpa was2..haha..tapi sapa yang nak guna selipar.ada di sediakan.2 pasang.

yang ni plak bilik sauna. feel beb bila sejuk2 lepas mandi duduk dalam bilik wap ni..rasa mcm direbus..haha..blh pecah lemak..
suis bilik sauna ada sebelah dalam.tepi suis lampu toilet. tapi aku tak reti nak setting temp dia. apa yang disetkan tu.tu je la..huhu
ruangan private pool..klu nak berbikini xdak masalah sebab xdak orang nampak.. sebelah hotel ni pun xdak hotel2 atau bangunan2 tinggi..rumah kampung kat bawah ja.setakat tingkat 25 xdak sapa nampak..hehe
orang yang paling excited..asyik bertanya ja..bila nak mandi kolam..nak mandi kolam..sebenarnya kitorang sampai hotel lambat.pkul 4..jadi ingat lepas check in nak kluar makan pekena nasik kandaq dlu..kakak dgn fateh tak sabar2 nak mandi kolam dah. kot mana pun kena kluaq makan jugak..satgi mandi kolam blh lajak lama skit..pastu terus tido..tak payah nak gi kluaq makan dah.padahal time tu aku mmg lapaq gila..haha
tudia..fateh tu berani tak berani ja nak dok dalam kolam..sat ok sat tak ok..tp dalam hati nak mandi..amin ngn kakak okey ja..sambil main bola2 kecik dalam kolam tu.

memang tak pakai baju dah..haha..senang..

habis mandi kolam..nak bilas badan..masuk dalam bilik mandi..diorang sambung mandi dalam tab pulak..layankan ja..hehe..

bila malam.kolam mula dihiasi lampu2 di tepi kolam (dalam kolam)..

keadaan kolam ketika malam..time ni anak2 tido boleh la romantis skit kan..haha..tu pun kalau anak tido la..haha..
habis mandi kolam layan tgk cartoon plak..
susah 3 beradik ni nak dok camni skali..haha..baik ja...tak berperang pun..

orang paling excited..hehe..amin uqasyah..yeahhhh...

tadi dah book skali ngn breakfast kan..so tak payah sibuk2 nak kluaq cari makan.trun tingkat bawah ja..menu tak byk mana pun..tapi berbaloi la..puas hati..kami ni mkn tak byk mana pun.. sebab kalut dengan anak sama..sat nak yang tu..sat nak yang ni..berebut sudu. berebut air.. mcm2 la kerenah..last2 abi ngn ummi dia mkn setakat dan ja..nak pulun makan pun xdan..

klu di rumah..bukan main susah nak bangun pagi..selalu lewat ja bangun..tp bila di hotel..dengaq plak abi kata jom mandi kolam..cargasss bangun..haha..termasuk si kecik tu..tu semua berbincang nak mandi kolam la tu..
tapi pastikan bila anak2 di kolam diawasi oleh kita..jgn ralit..


abi jadi pemerhati ja..tgk anak2 mandi..haha..

amin pun excited mandi kolam..syok la tu..

lepas mandi kolam mesti sambung dalam tab mandi plak..hhmm..

alhamdulillah..hadiah anniversary buat isteri tercinta..tempiasnya dapat kat anak2 jugak..style aku.. anniversary ka birthday pasangan ka..pastikan anak2 bersama kita..jgn kita nak berdua2..tp anak tinggal kat orang.. klu ada anak 5 sekalipun..anniversary aku akan bwk jugak..isnyaAllah.. klu depa dah besaq bilik asing-asing la..haha..

*masa nak balik terjumpa satu lagi hotel yang cantik..permandangan dia menghala ke jambatan pulau pinang..maybe next project..


06 March 2017

Daftar Uber Driver Di Langkawi :: UBER LANGKAWI

Assalamualaikum..
BERITA BAIK!! untuk anda yang berada di Langkawi..kerana UBER akan beroperasi di sana tak lama lagi. Dan pihak UBER dalam proses mencari pemandu uber. Jangan risau, anda akan dibimbing sehingga cekap dalam menggunakan aplikasi UBER. Setakat ini kawasan yang UBER sudah beroperasi adalah seperti berikut :
1) KL
2) JB
3) Melaka
4) Kota Kinabalu
5) Kuching
6) Seremban
7) Kuantan
8) Ipoh
9) Penang
10) Langkawi (coming soon)

Jadilah orang terawal yang mendaftar sebagai pemandu UBER. Tidak memerlukan modal untuk memulakan UBER DRIVER.

Antara syarat-syarat untuk menjadi pemandu uber adalah seperti berikut:-

1. Kereta Tahun 2008 dan ke atas
2. Mempunyai 4 pintu
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan)
5. Nama ada dalam Insuran cover note. Sama ada pemandu atau second driver.

Dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran:-

1. IC
2. Lesen Memandu (depan dan belakang)
3. Cover Note Insurans

Ramai yang dah berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan menjadi pemandu UBER.

Hubungi saya untuk info lebih lanjut mengenai pendafataran UBER DRIVER LANGKAWI.
+60132998423 / En. Firdaus

03 March 2017

Adengan Lipas dalam Kereta ~ Banteras

Assalamualaikum..
Masalah lipas dalam kereta ni bukan benda baru..haha..korang bygkan tengah2 bwk kereta lipas sedap je merayap atas dashboard..gerap je tgk..nak pkul bg mati xblh..tgh drive..nasib baik la lipas kecik2..berani la aku..klu lipas besar yg standard tu mmg fobia la aku nk drive..haha..

Lepas ni kecik2 ja..selalunya diorg akan kluar time cuaca lembap..mcm waktu tgh malam..pagi2 buta..mmg akan nampak.. Sebenarnya mcm2 cara gak aku try buat..pernah tu try cara yg viral dlm fb tu..yg letak planta tu..xjadi pun..
So aku berhajat nak buat 'nano mist'.. Yg asap.satu kereta tu..tp kos skit la kena klua.. Tp xdan pergi lagi..membe pej bg satu cecair spray mcm serai wangi tu..tp bau lemon..jgn risau..bau xmelekat dlm kereta..pa lagi..aku sembur non stop sampai basah carpet alas kaki..haha.. Xsampai 5 minit anak2 lipas..mak2 lipas dah mula berselerak lari..haha..yesss...mujarab.. Aku spray malam..pastu tinggal..esok pagi tgk smua dah mati..byk kot..alhmdlh..masalah setle.. Masalahnya spray tu xdak kat aku..aku pinjam ja..lepas spray bg dia balik..xpa..nanti aku cuba dptkan details benda spray tu..haha..murah ja..dalam 28ringgir mcm tu..botol besar mcm handwash tu.. Jgn risau..klu ada cicak sekalipun dia akan kena kesannya..

01 March 2017

Katarak Mata - HUKM


Assalamualaikum..
Terjawab sudah pasal mata sebelah kiri aku ni..rasanya aku dah dapat rasa lebih kurang setahun lebih dah.. bila satu hari tu aku bangun pagi rasa mcm ada taik mata terhalang di mata..genyeh punya genyeh tak hilang..rasa xpuas ja dalam mata..kemudian terasa silau..tp biasa ja..tapi bila tahun 2017 ni aku rasa makin teruk..sehingga satu hari tu aku drive..mata sebelah kanan masuk habuk..jd bila aku tutup mata kanan utk gosok2..nah..mata kiri mmg kabur, kelabu, xnampak..terkejut aku..terus slow kan kereta..risau gak..berhenti tepi..try tutup sebelah kanan mata.sah mata kiri xnampak.kabur.. dalam hati dok pikir ni mesti aku dah rabun.huhu..

Maka bermulalah aku risik2 kedai spek untuk buat spek mata. tp bila aku pergi scan dekat mesin optometri tu mmg mesin tak boleh detect.buat sekali lagi pun still sama ja keputusan dia..orang tu meniaga..mmg nak kasi kita beli jugak spek..so buat manual.. yg test satu kanta tukar satu kanta. sampai la dia bubuh kanta paling besar power..masih xnampak.kemudian dia bubuh kanta silau.aku rasa okey la skit..so dia adjust kanta rabun + silau..okey la..aku pun jadi la beli..pakai 2 3 hari rasa mcm sama ja..tp awal2 pakai tu rasa la selesa skit..haha..ntah la..

sekali lagi aku cek mata.. buat test kat mesin optometri..tp kedai ni bagus skit la..kedai orang ada2..haha..bila dia buat test dia ckp mesin ni tak boleh baca..dia sruh aku rujuk doktor.. risau aku.last2 ada masa lapang pergi klinik bt9 cheras..check..doktor refer pakar mata HUKM. Bila check dengan pakar mata HUKM..sah mata aku ada katarak..serius bila tgk secara kasar mata aku xnampak pun selaput tu..tp bila diorg teropong dalam anak mata aku..mmg ada.. dan doktor sarankan untuk aku buat pembedahan..

InsyaAllah 15hb 3 ni aku akan ke HUKM utk medical checkup, termasuk Xray dan ujian darah.. kemudian hantar ke Pakar Mata dan akan diberikan tarikh operation..fuhh..dengar ngeri kot bila nak operate mata..ngilu ja rasa.. harap2 tak sakit la.. dan kata doktor pakar opereation mgkin pada bulan 4 atau bulan 5. harap2 semuanya berjalan dengan lancar..

Pesanan aku, bila ada masalah berkaitan mata atau kesihatan tubuh badan..jgn teragak2 untuk pergi jumpa doktor..bukan apa..sekurang2 kita tahu apa masalah kesihatan kita..setengah orang takut nak gi jumpa doktor..huhu.. dan sesiapa yang terasa mata kabur2, tak berapa nampak, jumpa doktor terus..jgn terus pergi buat spek mata. jumpa doktor dan diorg akan bgtau masalah apa..klu rabun diorg akan keluarkan result..so blh terus pergi buat spek di kedai spek.. 



Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...