07 August 2012

Masjid Putra + Masjid Besi :: Putrajaya

Alhamdulillah.. Hari ni dpt berbuka puasa di Masjid Putra, Putrajaya dan dgr Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zahazan di Masjid Besi, Putrajaya.. Dapat brsama2 dengan kawan2 utk mendengar sedikit ilmu yg disampaikan oleh ustz Zahazan.



Seperti biasa, kalau berbuka di Masjid Putra, jemaah diberi kurma dan sejenis kuih utk juadah berbuka, sementara menikmati juadah utama selepas dati solat Maghrib berjamaah.. Alhmdlh.. Ramai jemaah yg hadir berbuka di Masjid Putra. Selepas Solat maghrib berjemaah, kami menikmati nasik berlaukkan ayam dan sotong..


Sementara aku beratur menunggu giliran utk mengambil nasi.. Aku terdengar perbualan 4 org kanak2 yg mukanya seakan2 bgsa arab.. Mgkin ayah atau emak mereka arab, dan salah sorg kawin dengan org Melayu.. Seorg budak tu cakap, dalam Islam haram tau makan sotong... Dgn nada tegas seolah2 melarang kawan2 nya makan.. Tetapi salah sorg dr mereka membantah dgn nada bersahaja .. 'mana ada, boleh ja makan sotong, Islam benarkan'.. Sambil mereka terus menikmati makanan yg berada dalam pinggan mereka.. Lucu jugak aku melihat telatah mereka..ingatkan aku sorg je dengar, rupanya pakcik depan aku pun tersenyum kecil meliht telatah anak2 itu.. Dan berkata, klu tak boleh makan sotong tu syiah la tu.. :-)


Selesai makan, kami pun beredar menuju Masjid Besi pula, lokasinya tidak la jauh, bersebelahan ja.. Tp klu jalan kaki jauh jugak la..

Kami awal tiba disana, kemudian menunaikan Solat Isya' berjemaah disusuli dengan solat Terawih 8rakaat..

8rakaat kerana memberi laluan utk Tazkirah yg akan disampaikan oleh ustaz Zahazan.. Alhmdlh, byk kupasan ilmu dr ust.. Cuma tinggal kita nak amal atau pun tidak..

Jadi, berbakikan Ramadhan yg hnya tinggal xlebih dr 15 hari lagi ni, manfaatkanlah sebelum Syawal menjelma.. Kata Ustaz Zahazan.. Nabi s.a.w ketika akhir Ramadhan, baginda bersama2 dengan Malaikat Jibrail a.s bertadarus Al-Quran.. Dan apakah yg kita lakukan pada malam terakhir Ramadhan? .. "Ketika itulah iman berbicara..."

p/s : semoga dpt khatam AlQuran di bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...