Kebetulan bulan puasa ni, aku plan nak berbuka dgn Cik Ah.. Nak blnja dia nasik arab, harap2 dia suka la nasik arab.. Sebab dia nampak beriya-iya sgt.. Hmm.. Aku ok ja..
Perjalanan aku agak jauh, kerana nak jemput Cik Ah di Sri Gombak.. Perjalanan lebih kurang 60 kilometer dan ambik masa sejam gitu la.. Makan nasik arabnya di kajang.. Ok la tu.. Kena kluar awal la dr Bangi.. Takut jem ke gombak.Inggatkan sampai2 rumah Cik Ah blh gerak terus ja,rupanya nak kna menunggu anak2 dara tu mandi plak.. Hmm.. Sabo je la..
Dari gombak patah balik ke kajang,Sampai di kajang masih awal lg, aku bwk Cik ah pusing kajang, bukan ada apa pun, saja nk habiskan masa.
Sampai ja di restoran Arab tu, Cik ah kata xdak org pun.. Hm.. Mgkin dlm hati dia ckp xsedap kot tu yg xramai ni, aku ckp kat dia mmg la xramai sebab kita dtg awal.. Hmm. Masuk ja dalam restoran tu baru dia tau, kbykan meja2 disitu dah ditempah awal, nasib baik ada kosong lagi.
Kami mula buat pesanan.. Chicken Magloba, Lamb Magloba, Chicken hanith dan Lamb Kebab.. Air plak watermelon, manggo shake 2.. Selesai.. Nampak ringkas je menu.. Xpa.. Tp skali dtg, berkerut dahi Cik ah ngn Aina.. Hmm..
Kami masih menunggu azan berkumandang, makanan pun dah sampai, termasuk kurma free... Kata cik Ah manggo shake xckup, nak g tambah dgn air free la, air rozel.. Cik ah dah mula cacing kepanasan, asyik tgk jam ja, bila la nak berbuka, mana taknya, atas meja dah penuh dgn makanan.. Aku hanya mampu tersenyum.. Alhmdlh.. Harap2 dia suka makanan arab ni..
Sebelum berbuka sempat lagi Cik ah buat 3g dengan family pak teh di Langkawi.. Dgn mak teh nya sibuk meramas nasik kerabu, sempat jugak layan 3g.. Cik ah tunjuk kan aku kat pak teh ngn mak teh
Dan kakak2 dia tu.. Tp xblh bercakap sebab xclear sgt.. Aku hnya snyum je la.. Alhmdlh.. Kali ni pak teh ngn mak teh tgk aku, aku dah dalam keadaan sihat.. Alhmdlh..
Sebelum azan, aku sempat pesan ngn Cik Ah, kalau berbuka nanti, jgn minum byk tau, nanti xlarat nak perabis nasik.. Hmm.. Azan ja aku terus baca doa.. Tgk Cik ah dah mula sedut air dlu.. Hmm..
Aku lepas mkn kurma ja trus start makan nasik. Cik Ah pelik tgk aku sebab cepat ja makan.. Tau2 dah nak habis dah.. Cik Ah mula2 semngat la makan.. Tp tgk tak luak pun nasik dia.. Dia dah mula buat tengkok lembik dah.. Hmm.. Aina ok ja dia.. Maintain ja.. Last2 aku la kna habiskan 'stgh' nasik Cik Ah.. Tp bg aku, nasik arab aku mmg berselera sgt.. Kawan2 serumah aku pun tau, klu pi mkn nasik arab je, aku la tukang perabih nasik org.. Hmm.. Dulu masa tgh mkn kat rumah, mak kata 'aik, bela jin ka, byk nya mkn' .. Tp tula.. Tgk badan aku yg skping ni, mcm xblh habis ja.. Skali makan tgk.. Blh tambah lg.. Lepas ja aku mkn nasik, nak kna habiskan lamb kebab plak.. Aku ok ja.. Yg pastinya, air aku masih belum minum, ayah selalu pesan kat aku, bila makan nasik jgn berUlam kan air, nanti kita cepat semput, nafas pendek.. Sampai skrg aku ingt n amal pesan ayah tu..
Alhmdlh.. Hajat aku nak blnja Cik ah nasik arab dah tercapai.Dan hajat dia nak makan nasik arab pun tertunai.. Semoga Cik ah xserik makan nasik arab wlupun masa kat restoran arab tu dia dah mcm ular sawa kekenyangan..
No comments:
Post a Comment