Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke ke iskandar (kalau tak salah).
Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.
Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus berlari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tad, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut? beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.
Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.
Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkan seorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat.
Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa2 abg komando ini menyelamatkan nyawa.
Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah direnyuk dan dibaling kearah muka wanita yang memberinya tadi. Lalu berderai2 sumpah dan nasihat diberikan kepada pasangan tersebut ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)
Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut ...sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu....cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.
Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menalifon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

No comments:
Post a Comment