30 July 2012

Berbuka Puasa Di Restoran Arab

Semalam first time aku berbuka puasa bersama sepupu aku yg sorg tu.. Solehah a.k.a. Cik ah.. Anak Pakteh aku di langkawi.. Anak dia sorg ni yg agak jauh belajar dan kerja di kl.. Aku dh lama nak blnja dia nasik arab.. Katanya dia tringin nak mkn tak tau nak pi kat mana..

Kebetulan bulan puasa ni, aku plan nak berbuka dgn Cik Ah.. Nak blnja dia nasik arab, harap2 dia suka la nasik arab.. Sebab dia nampak beriya-iya sgt.. Hmm.. Aku ok ja..

Perjalanan aku agak jauh, kerana nak jemput Cik Ah di Sri Gombak.. Perjalanan lebih kurang 60 kilometer dan ambik masa sejam gitu la.. Makan nasik arabnya di kajang.. Ok la tu.. Kena kluar awal la dr Bangi.. Takut jem ke gombak.Inggatkan sampai2 rumah Cik Ah blh gerak terus ja,rupanya nak kna menunggu anak2 dara tu mandi plak.. Hmm.. Sabo je la..

Dari gombak patah balik ke kajang,Sampai di kajang masih awal lg, aku bwk Cik ah pusing kajang, bukan ada apa pun, saja nk habiskan masa.

Sampai ja di restoran Arab tu, Cik ah kata xdak org pun.. Hm.. Mgkin dlm hati dia ckp xsedap kot tu yg xramai ni, aku ckp kat dia mmg la xramai sebab kita dtg awal.. Hmm. Masuk ja dalam restoran tu baru dia tau, kbykan meja2 disitu dah ditempah awal, nasib baik ada kosong lagi.


Kami mula buat pesanan.. Chicken Magloba, Lamb Magloba, Chicken hanith dan Lamb Kebab.. Air plak watermelon, manggo shake 2.. Selesai.. Nampak ringkas je menu.. Xpa.. Tp skali dtg, berkerut dahi Cik ah ngn Aina.. Hmm..


Kami masih menunggu azan berkumandang, makanan pun dah sampai, termasuk kurma free... Kata cik Ah manggo shake xckup, nak g tambah dgn air free la, air rozel.. Cik ah dah mula cacing kepanasan, asyik tgk jam ja, bila la nak berbuka, mana taknya, atas meja dah penuh dgn makanan.. Aku hanya mampu tersenyum.. Alhmdlh.. Harap2 dia suka makanan arab ni..


Sebelum berbuka sempat lagi Cik ah buat 3g dengan family pak teh di Langkawi.. Dgn mak teh nya sibuk meramas nasik kerabu, sempat jugak layan 3g.. Cik ah tunjuk kan aku kat pak teh ngn mak teh
Dan kakak2 dia tu.. Tp xblh bercakap sebab xclear sgt.. Aku hnya snyum je la.. Alhmdlh.. Kali ni pak teh ngn mak teh tgk aku, aku dah dalam keadaan sihat.. Alhmdlh..



Sebelum azan, aku sempat pesan ngn Cik Ah, kalau berbuka nanti, jgn minum byk tau, nanti xlarat nak perabis nasik.. Hmm.. Azan ja aku terus baca doa.. Tgk Cik ah dah mula sedut air dlu.. Hmm..
Aku lepas mkn kurma ja trus start makan nasik. Cik Ah pelik tgk aku sebab cepat ja makan.. Tau2 dah nak habis dah.. Cik Ah mula2 semngat la makan.. Tp tgk tak luak pun nasik dia.. Dia dah mula buat tengkok lembik dah.. Hmm.. Aina ok ja dia.. Maintain ja.. Last2 aku la kna habiskan 'stgh' nasik Cik Ah.. Tp bg aku, nasik arab aku mmg berselera sgt.. Kawan2 serumah aku pun tau, klu pi mkn nasik arab je, aku la tukang perabih nasik org.. Hmm.. Dulu masa tgh mkn kat rumah, mak kata 'aik, bela jin ka, byk nya mkn' .. Tp tula.. Tgk badan aku yg skping ni, mcm xblh habis ja.. Skali makan tgk.. Blh tambah lg.. Lepas ja aku mkn nasik, nak kna habiskan lamb kebab plak.. Aku ok ja.. Yg pastinya, air aku masih belum minum, ayah selalu pesan kat aku, bila makan nasik jgn berUlam kan air, nanti kita cepat semput, nafas pendek.. Sampai skrg aku ingt n amal pesan ayah tu..


Alhmdlh.. Hajat aku nak blnja Cik ah nasik arab dah tercapai.Dan hajat dia nak makan nasik arab pun tertunai.. Semoga Cik ah xserik makan nasik arab wlupun masa kat restoran arab tu dia dah mcm ular sawa kekenyangan..


24 July 2012

Kembalinya Seorang Hamba KeRahmatullah..

Hari jumaat lalu. 20 hb 7.. aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..menyatakan bahawa Ust Taib Masron meninggal dunia, bibirku lantas menyebut Innalillah hiwainna ilai hirojiun...aku masih belum tahu punca kematian beliau, yg pasti beliau kemalangan motosikal, kejadian berlaku berhampiran dengan ILIM (lebuhraya plus menuju ke kl). Aku mengelamun sebentar mengenangkan arwah sewaktu bersama seketika dahulu.. Beliau seorang Ustaz yg dikagumi dan tempat bertugas terkini beliau adalah di PULAPOL KL. Kejadian berikut telah dirakamkan dan dikeluarkan oleh artikel tersebut http://ondscene.my/kemalangan/ustaz-maut-motosikal-terbabas.. 


 Laporan Penuh : klik sini

20 July 2012

Panduan Solat Sunat Terawih :: JAKIM

Sempena bulan Ramadhan ni..aku nak kongsi Buku yg dikeluarkan oleh JAKIM, Panduan Sembahyang Sunat Terawih, semoga ianya menjadi manfaat kepada kita semua.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Dan Solat Terawih


 Download <>

Jadual Waktu Iftar Dan Imsak :: Kuala Lumpur Dan Putrajaya 1433H/2012

Assalamualaikum...
Berikut pijut nak kongsikan Jadual Waktu Imsak dan Iftar Ramadhan 1433H/2012 Bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta muat turun percuma Jadual Waktu Imsak dan Iftar Ramadhan Seluruh Malaysia 1433H/2012 dari laman web Jakim.

 Jadual Waktu Imsak dan Iftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 1433H/2012


   Muat Turun Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1433H/2012 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia
BILNEGERIZON
1MELAKAMELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12PERLISPERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15PULAU PINANGPULAU PINANG


Sumber :: Jakim

Selipar Jepun ku dicuri !!!


Hari ini seperti biasa aku menunaikan Solat Jumaat Di Masjid..kisahnya selalu pi masjid selipar yg aku pakai xhilang..tp hari ni di takdirkan hilang..huhu..balik kaki ayam la jawabnya..nasib baik la teman sepejabat aku bawak kasut lebih..hmm..nampak kelakar ja baju melayu dan kain pelikat jln kaki ayam..hmm..tp klu balik dr masjid itu sesuatu yg xpelik..sebab org pun dah tau..tak lain x bukan mesti selipar hilang la tu..hmm



Mungkin ada org tersilap pakai selipar aku kot..bersangka baik lah..hmm.. Harap minggu depan pi masjid ada la kasut tu..mana la pi tau..hehehe

Lepas ni nak buat cam ni la..hehe..bawak kunci.. :p

10 July 2012

Nilai Sebuah Pengorbanan bukan berharga RM50

Begitulah tajuknya, Nilai sebuah pengorbanan bukan lah berharga RM50. Aku ada terbaca di page FB Rejimen Gerak Khas..bagi aku kisah ni sgt menarik dan aku teringin nak kongsi apa yg berlaku pada seorg anggota komando kita...Bacalah sampai habis dan nilai sendiri..

Kisah ini adalah cerita benar dan baru sahaja berlaku (kelmarin) yang melibatkan seorang anggota Gerakkhas dari 21 komando yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke ke iskandar (kalau tak salah).

Peristiwa ini berlaku pada sekitar jam 6 petang di perhentian Jeti Mersing. Abg komando kita ini baru sahaja sampai di kawasan sekitar itu setelah turun dari bas. Sambil beliau sedang duduk menantikan kenderaan yang dijanjikan oleh salah seorang koperalnya? beliau terdengar satu jeritan orang ramai yang meminta tolong dari Jeti tersebut.

Tanpa berlengah lagi abg komando kita ini terus berlari kearah suara orang ramai yang meminta pertolongan tad, Sesampai sahaja dia di jeti tersebut? beliau terlihat ada seorang budak yang sedang tengelam timbul dipermukaan laut dan seperti sedang kelemasan. Beliau melihat diantara orang2 yang mula berkerumun itu tak ada siapa pun nampak nya ingin membantu selain dari hanya melihat anak kecil itu mati kelemasan dihadapan mereka.

Abg komando kita dengan hanya sempat mengeluarkan dompetnya dari seluar (mungkin takut dompetnya basah) terus terjun kedalam air untuk menyelamatkan anak itu walaupun terjunan itu sebenarnya berisiko kerana ia dibuat di kawasan yang terdapat pokok bakau mati. Dengan latihan dan kepantasan beliau berfikir dalam keadaan kecemasan anak itu akhirnya dapat diselamatkan dan dibawa naik kedarat.

Kejayaan abg komando kita ini menyelamatkan seorang kanak2 yang hampir mati lemas telah disambut dengan tepukan yang bergemuruh oleh orang2 sekitar yang sedang berkerumun menyaksikan adegan REAL DEMO dari anggota gerakhas kita. Seorang wanita telah berlari mendapat kan anak itu dan bersyukur kanak2 itu selamat. 

Tak tahu bagaimana hendak membalas budi abg komando kita ini wanita dan teman lelakinya telah menghulurkan RM50.00 diulangi RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA sebagai bayaran penghargaan jasa2 abg komando ini menyelamatkan nyawa.

Abg Komando kita merasa sangat terhina bukan kerana nilai 50 ringgit itu tapi dengan pemberian itu seolah2 jasa nya itu boleh dibayar dgn wang ringgit tak pun memang dia bekerja mencari upah menyelamatkan orang lemas di Jeti Mersing itu. Wang kertas itu telah direnyuk dan dibaling kearah muka wanita yang memberinya tadi. Lalu berderai2 sumpah dan nasihat diberikan kepada pasangan tersebut ( yang mana kanak2 itu adalah anak saudara pada wanita itu dan dia berada disitu untuk berjumpa dgn teman lelaki nya)

Kepada yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut ...sila lah membetulkan apa sahaja kesalahan fakta yang terdapat dalam cerita ini. Dan kepada wanita itu....cuba lah fikir masak2 bahawa tindakan awak memberi wang itu lebih kepada menghina anggota komando itu daripada menghargai jasa beliau.

Kalau lah admin jadi wanita...budak komando itu automatik jadi anak/saudara admin. kat situ juga admin akan mengaku dia adalah saudara admin dan ingin terus berhubung dengan beliau untuk terus mengeratkan tali persaudaraan yang baru sahaja terikat itu tadi. Admin sendiri akan menalifon ibunya dan memberitahu kepada ibunya bahawa anak kesayangan beliau telah melakukan satu jasa yang tak terbalas oleh admin. TERIMA KASIH KEPADA IBU2 YANG TELAH MELAHIRKAN PERWIRA NEGARA.

09 July 2012

Nikon D3100 Langkawi

Hari ni rakan sepejabat aku baru balik dari Shopping di Langkawi bersama2 PERKEP MAKTAB PDRM KL..RM200/org...kira murah la..dah la beli belah di Langkawi...singgah pulak Padang Besar...memg shopping sakan la depa ni..tp member aku ni lebih memilih utk beli kamera DSLR di Langkawi..bukan pinggan mangkuk , coklat ka apa ka..hmm..tp ok la..aku da partner la guna Kamera Nikon ni...


Ni gambar saja test2 dgn kamera baru..maklum la..kamera baru kena la try lama skit..haha...


Nikon D3100

08 July 2012

Burger Bakar Abang Burn

Hari ni kami sahabat berlima.. Aku, Najdi, Syahir, Zamir Dan Tarmizi lepak makan dikajang, tetiba nak mkn n rasa Burger Abang Burn.. Blh tahan la sedapnya.. Mmg mercik!!! Harga aku rasa berpatutan la jugak.. Sebab berbaloi dgn rasanya..

07 July 2012

Kenduri kak Hasmuna aka moon bulan

Tangkap burung / jerat burung

Balik rumah di Sg Petani pastinya menyoronokkan..maklum la..jarang dapat balik SP..hari ni ayah aku nak tgkap/jerat burung katanya..tapi aku agak pelik sebab alatnya adalah btg pisang,lidi, dan gam tikus..hmm..tak pernah aku tgk sebelum ni..
kemudian ayah mula ceritakan caranya, seperti di gambar berikut.. Melihat kepada subjek (burung yg sedang tidur di atas pokok) kemudian secara perlahan dekatkan gam tikus tadi terus kepada dada atau bulu hujung/blkg burung..lepas bulu dia terkena sedikit gam..automatik dia mengulupur dan jatuh ke tanah.pa lagi..tangkap la..pastu basuh dgn minyak tanah utk hilangkan gam tikus tadi.. tu la cara org dulu2 tangkap burung,,hmmm

Kem motivasi : kecemerlangan Solat

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...