06 April 2021

Suntikan Imunisasi Tahun 1 2021

 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ni dapat belajar di sekolah secara face to face antara murid dan guru..sebelum ni pdpr secara online..haru biru (suasana budak2 darjah 1 bila on mic). 

Bagi murid tahun 1, ada 2 suntikan imunisasi secara serentak. tak tahu pula kena cucuk dekat bahu kanan dan kiri..balik daripada cucuk tu anak2 bgtau kena kiri dan kanan..lepas tu ubat tersebut mula memberi kesan. tapi bukanlah kesan yang buruk..tetapi akibat daripada tindak balas di dalam badan.

Nama suntikan tu MR (Measles & Rubella) dan DT (Difteria & Tetanus).

Macam Fateh Uwais ni, lepas dari cucuk tu dia mula demam. MC satu hari. Fatehah pulak tangan dia membengkak, merah2.. dan dua2 lenguh tangan kanan dan kiri..dah nak bawak beg pun tak larat..haha..

Tapi mmg doktor dah bgtau pun..antara kesan2nya tu.. kecuali klu berlaku keadaan yang teruk boleh rujuk ke hospital..Alhamdulillah..lepas dari 2 hari mcm tu..diorg dah ok balik dah..

Sebenarnya sebelum di suntik ibubapa diminta utk beri maklum balas samada setuju atau tidak untuk menerima suntikan imunisasi.. sebab ada yang jenis anti-vaksin ni.. haha.. 

Kalau sembang dengan depa ni (anti-vaksin) mmg hujah pelik2 ja kluar.. tak berdasarkan kajian dan fakta pun..

So lepas ni suntikan ketika tingkatan 1 pulak. 13 Tahun










25 March 2021

Persiapan Baju Raya :: Versi PKP Covid-19

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baki beberapa hari lagi nak masuk Bulan Ramadhan. rasanya dalam 19hari lagi kot. Sekejap ja masa berlalu..dah setahun kita hidup dengan norma baharu..akibat daripada pandemik Covid-19. Ramadhan tahun lalu hnya masak di rumah. Bazar ramadhan tidak dibenarkan..ada sesetgh tempat dibenarkan bukak bazar tp dalam skala yg kecil dan kena ikut SOP. Solat Terawih pun buat di rumah.


Sebab daripada tu, aku bersama wife dan anak2 cari baju raya awai..tak la kalut sgt nanti.. yerla..aku bulan puasa nnti malam bertugas terawih. sibuk dengan program tadarus. mana nak sempat dah.. sabtu ahad pun bertugas.. pengalaman lepas2 klu cari baju nak dekat raya mmg kalut.. kena plak pi cari baju raya waktu siang.. dengan ramai orang, penat, lapar, panas, kerenah anak2..hmmm..malam mmg xsempat..










Kali ni beli kain, buat baju..simple.. tema colour tahun ni biru turqoise. harap2 la tahun ni dapat balik beraya di kampung..sebab haritu dalam paper bagitau rentas negeri mungki selepas raya..huhu.. sebab kes masih lagi tinggi.. dan vaksin pun masih lagi dalam proses fasa by fasa..awal2 ni untuk fronliners dlu.


Tahun lepas Rasa Aidilfitri di tempat masing2 sebab tak boleh rentas negeri..harap2 jangan la berulang kembali untuk tahun 2021 ni. Dan Solat Terawih telah pun diumumkan boleh dilaksana dan jemaah boleh hadir dgn jumlah yang telah ditetapkan. 

08 March 2021

Permulaan Persekolahan Tahun 1 2021 :: New Norm :: 1 Mac 2021

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Tahun 2021 ni kembar kami, fateh dan fatehah mula melangkah masuk ke Tahun 1, Alhamdulillah..sekejap je masa berlalu..tahu2 anak dah mula masuk tahun 1. Setelah melalui beberapa proses temuduga dan tapisan serta rayuan, akhirnya dapat jugak kembar berdua untuk bersekolah bersama2. cumanya kelas sahaja yang berlainan.

Tahun 2021 adalah tahun sejarah kerana sesi persekolahan bermula pada bulan Mac. KPM telah menetapkan tarikh permulaan persekolah bagi tahun 1 dan 2 adalah pada 1 Mac 2021. yang mana awal bulan Januari dan Februari murid2 hanya belajar secara PdPR di rumah. Bagi aku untuk tahun 1 mmg agak sukar belajar secara online..tapi apakan daya..Covid-19 masih berleluasa ketika itu..cumanya sekarang ni kes masih lagi tinggi, tetapi langkah dan sop lebih diperketatkan. di tambah pula dengan kehadiran vaksin di dalam negara kita.. Alhamdulillah..

Tahun 2021 jugak menyaksikan ibubapa tidak dibenarkan hantar anak sampai ke dalam kelas seperti tahun2 yang terdahulu yang mana ibubapa boleh hantar anak sampai ke dalam kelas, pastikan keadaan anak selesa dan sebagainya..tetapi kali ni hnya di luar pagar sekolah sahaja ibubapa dibenarkan berada ketika menghantar anak ke sekolah. selebihnya di bawah tanggungjawab pihak sekolah.

Alhamdulillah, fateh dengan fatehah ok, pagi2 bersemangat bangun nak pergi sekolah, nak jumpa cikgu dan kawan2. Oleh kerana Sekolah mereka sekolah Integrasi yang belajar subjek KSSR & KSRA, jadi beg agak beratlah untuk hari pertama, di tambah pulak dengan2 barang seperti sejadah, selipar, hand sanitiser, sudu, pelapik meja (utk makan di dalam kelas, tak bolh ke kantin), tisu basah, spray wuduk.. berat jugak la utk budak 7 tahun..terhuyung hayang.. tapi utk hari pertama sahaja.. sebab buku ksra boleh tinggal di sekolah, dan beberapa barang keperluan yg lain juga tinggal di sekolah.

Jadual sekolah dah tak mcm tadika dulu, sekarang ni mula sekolah jam 7.30pagi sampai 4.00ptg.. so tghri tak perlu dah nak pergi ambik utk balik kerumah bagai..diorg duduk di sekolah sambil solat zohor berjemaah. Mula2 risau jgak, blh ke fateh dengan fatehah ni sekolah sampai petang, tapi bila dah balik sekolah tu, masing2 pakat cerita best la sekolah sini, tgk bertenaga ja bila balik sekolah.. ceria..bercerita sampai ke rumah..harap2 begitulah sampai ke penghujung tahun persekolahan..

Semoga Wabak Covid 19 hilang dan terhapus dari muka bumi. Ameen Ya Rabb...
















Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...