Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Tahun 2021 ni kembar kami, fateh dan fatehah mula melangkah masuk ke Tahun 1, Alhamdulillah..sekejap je masa berlalu..tahu2 anak dah mula masuk tahun 1. Setelah melalui beberapa proses temuduga dan tapisan serta rayuan, akhirnya dapat jugak kembar berdua untuk bersekolah bersama2. cumanya kelas sahaja yang berlainan.
Tahun 2021 adalah tahun sejarah kerana sesi persekolahan bermula pada bulan Mac. KPM telah menetapkan tarikh permulaan persekolah bagi tahun 1 dan 2 adalah pada 1 Mac 2021. yang mana awal bulan Januari dan Februari murid2 hanya belajar secara PdPR di rumah. Bagi aku untuk tahun 1 mmg agak sukar belajar secara online..tapi apakan daya..Covid-19 masih berleluasa ketika itu..cumanya sekarang ni kes masih lagi tinggi, tetapi langkah dan sop lebih diperketatkan. di tambah pula dengan kehadiran vaksin di dalam negara kita.. Alhamdulillah..
Tahun 2021 jugak menyaksikan ibubapa tidak dibenarkan hantar anak sampai ke dalam kelas seperti tahun2 yang terdahulu yang mana ibubapa boleh hantar anak sampai ke dalam kelas, pastikan keadaan anak selesa dan sebagainya..tetapi kali ni hnya di luar pagar sekolah sahaja ibubapa dibenarkan berada ketika menghantar anak ke sekolah. selebihnya di bawah tanggungjawab pihak sekolah.
Alhamdulillah, fateh dengan fatehah ok, pagi2 bersemangat bangun nak pergi sekolah, nak jumpa cikgu dan kawan2. Oleh kerana Sekolah mereka sekolah Integrasi yang belajar subjek KSSR & KSRA, jadi beg agak beratlah untuk hari pertama, di tambah pulak dengan2 barang seperti sejadah, selipar, hand sanitiser, sudu, pelapik meja (utk makan di dalam kelas, tak bolh ke kantin), tisu basah, spray wuduk.. berat jugak la utk budak 7 tahun..terhuyung hayang.. tapi utk hari pertama sahaja.. sebab buku ksra boleh tinggal di sekolah, dan beberapa barang keperluan yg lain juga tinggal di sekolah.
Jadual sekolah dah tak mcm tadika dulu, sekarang ni mula sekolah jam 7.30pagi sampai 4.00ptg.. so tghri tak perlu dah nak pergi ambik utk balik kerumah bagai..diorg duduk di sekolah sambil solat zohor berjemaah. Mula2 risau jgak, blh ke fateh dengan fatehah ni sekolah sampai petang, tapi bila dah balik sekolah tu, masing2 pakat cerita best la sekolah sini, tgk bertenaga ja bila balik sekolah.. ceria..bercerita sampai ke rumah..harap2 begitulah sampai ke penghujung tahun persekolahan..
Semoga Wabak Covid 19 hilang dan terhapus dari muka bumi. Ameen Ya Rabb...
No comments:
Post a Comment