17 September 2018

Crush Gate KLIA :: view kapal terbang atas kepala

Assalamualaikum..
Dah lama sebenarnya tak ke KLIA ni.. semalam kebetulan mak mertua dr perak dengan adik ipar nak ke Miri..dapat la hantar depa ke KLIA.. depa nak duduk sana terus..sebab husband adik ipar kena bertugas di sana..

Selalunya hntar org..aku jarang tunggu..lepas hantar je ke terminal perlepasan..terus balik..tp kalini kitorg parking dlu..sebab samai awal..so blh lepak2 dlm tu dlu..pekena kfc view kapal terbang.. 
cuaca kat luar mendung awan kelabu..
gaya luqman..sentiasa mengigit jari sambil meleleh air liur bila nampak makanan..sebab luqman dah 5 bulan..tunggu 6 bulan ye nak..baru boleh makan2..
3 beradik dengan karektor yang berbeza..
perkara biasa di airport..punggah2 barang bagi tak melebihi berat.. klu lebih kena bayar kot..mahal jugak la.. berbanding masa korang tambah jumlah berat waktu nak beli ticket..

Lepas diorg dh check in pa smua.. salam2..terus gerak keluar.. cuaca kat luar hujan.. tp dh berhenti cuma gerimis2 mcm tu..

So aku decide nak bwk anak2 pergi blkg airport.. kawasan tu mmg bukan kawasan lalu lalang.. klu ada kereta pun, tu kereta diorg nak tgk kapal terbang lalu atas kepala.. so jalan xsibuk la dekat situ.. parking tepi..tunggu kapal terbang lalu..pastu posing la..ambik gambar.. kapal terbang akan nampak jelas sebab dia akan terbang rendah utk landing dekat airport.. dan bunyi yg agak kuat jugak la..

Kawasan ni betul2 belakang airport..aku pun xingat jalan dia..tp korang blh waze 'jalan pekeliling 14 KLIA'..lepas waze dh bawak korang kat situ..pandai2 la cari port..ada yg tempat landing..ada yg tempat nak terbang.. ada kawasan pandangan depan.. ada kawasan pandangan tepi.. dan buat kaki mancing pun sesuai jugak kat situ..katanya ada lombong tepi tu..pastu kawasan berpaya.. masa aku pegi tu ada la jugak nampak group2 mancing ni..
okey..ni view kapal terbang berlepas ke udara..
yang ni plak view dari tepi sebelum kapal terbang nak berlepas..korang boleh lumba..masa dia tgh nak pecut tu..korang dah blh bawak laju..sebab kawasan ni lurus ja.. tapi lepas dia dah tekan minyak..mmg kena tapau la..
ni view kapal terbang nak landing..
wife aku dengan luqman duduk dalam kereta ja..lagipun luqman tido.. dan bunyi yg agak bising tak sesuai dengan umur dia yang baru 5 bulan..

Klu kena nasib.. ada kapal terbang besar..untung la.. Boeing 747 ka.. haha.. klu mcm air asia ni biasa ja saiz dia..tp besar jugak la sebab view dia dekat.. korang blh lepak2 situ hujung minggu.. berkelah ka apa ka.. tp ikut cuaca la..klu panas...mmg hangit la.. hehe.. 
masa ni baru nak tgk kapal terbang landing..macam tau2 ja bunyi dia bising..siap tutup telinga lagi..
kakak la yang paling takut..bunyi kuat2 ni..
masa first kapal terbang dia tak nak tgk..takut..
kapal terbang lalu atas kepala ja..


tapi bila dah 4 ke 5 buah kapal terbang lalu..dia dah boleh accept..tak la teruk sgt bunyi dia..haha..
dah blh tgk dah..tapi tgn masih tutup telinga..
hero sorg ni rilek ja sambil posing..
next time kita lepak sini lagi...sambil makan2..hilangkan stres..

dulu masa tahun 2016.. kawasan ni dibanjiri oleh penduduk setempat untuk menyaksikan kapal terbang terbesar di dunia datang landing dekat airport KLIA untuk isi minyak..
kapal terbang paling besar kat dunia kot..sapa tak nak terlepas peluang yang jarang2 dapat ni..tapi aku tak pi pun masa tu..huhu

besar kot kapal terbang ni.. namanya Antonov An-225 Mriya
sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/05/14/pesawat-kargo-terbesar-klia/

ni lah keadaan masa pesawat Antonov An-225 Mriya mendarat di KLIA..ramai betul orang..meriah..tapi hari2 biasa tak macam tu tau..lengang ja..
punyala besar.. korang tgk tayar dia sudah la.. tapi ni pesawat kargo.. bawak muatan besar2..
bertan-tan dia punya muatan

dan untuk pengalaman yang lebih dahsyat lagi..korang boleh cuba pergi ke Princess Juliana Airport di Maho Beach.. pasti lebih advanced..bukan takat kapal terbang atas kepala..korang boleh jugak rasa angin daripada enjin pesawat yang boleh melayangkan manusia..haha..
dia punya airport sebelah pantai ja..ni baru betul2 atas kepala punya..haha..
siap ada amaran lagi..korang try search dalam youtube..best jugak bergayut dekat pagar sambil badan melayang kena angin daripada enjin pesawat..haha 

11 September 2018

Selamat Tahun Baru Islam 1440 HIJRAH :: Awal Muharram


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..sedar tak sedar dh masuk tahun baru dh.. 1440H.. umur aku pun dh semakin meningkat..mcm xpecaya dh masuk 30an..haha.. rasa muda lagi..
Bg benda yg aku nak achieve tp belum kesampaian lagi.. 
Semoga tahun baru ni lebih baik drpd tahun2 yg sebelumnya.. 
sama2 kita doakan semoga Islam terus subur di Bumi Malaysia tercinta ni..
ameen...

06 September 2018

KEBUN tOK nEK :: Pokok Tai

Assalamualaikum..
balik kampung dah hujung musim buah rambutan dan manggis.. tapi mak tetap sruh pi kebun jugak..ambik buah rambutan buat balik KL nnti.. aku mcm biasa la..dari dlu lagi..klu nak balik ke KL ja..xnak bawak apa2..klu blh nak lenggang ja..tapi mak tetap bekal itu la..ini la.. ada ja yg nak di bagi untuk bawak balik KL..

buah rambutan ni tinggal yg dekat hujung2 dahan ja..tinggi2 plak tu..yg bawah2 ni adik beradik yg lain dah ambik dh..yg tinggal ni pasal susah nak ambik..haha..

ambik punya ambik..byk jgak la dapat..seingat aku..mak bubuh dalam bonet kereta..byk dia bersamaan 2 guni baja.. nak makan sendiri mmg tak la..bahagi2 skit kat jiran2 sebelah rumah.. buah chempedak lagi..kelapa muda (yang ni mmg aku nak pun..teringin nak minum, pastu perah lemon..) setandan pisang mak bagi..haha..mau penuh bonet keta dengan buah2.. manggis sebab dah habis langsung..klu tidak..dengan manggis2 dok dalam bonet keta..

mula2 pakai baju cantik masuk dalam kebun..last2 tinggal tshirt dalam ja..berpeluh weiii..anak2 ikut sekejap ja..lepas tu..habis kena gigit nyamuk..tak tahan..balik duduk dalam kereta..haha



ni rumah tok aku..tok nek kepada budak2 ni.. rumah ni tak duduk dah..dah rosak teruk.. bumbung berlubang habis..dah usang.. kayu pun habis anai2 dah makan..masuk dalam pun pakai kasut ja..sebab kotor teruk.. kami singgah ambik buah ja.. api dgn air pun dah potong.. sekarang tok duduk rumah anak2 dia..gilir2 jaga..
ni la orang kuat makan buah rambutan..haha..sekali hadap..berpuluh biji dia sorang ja..

santai2 makan buah sebelum balik KL
yang ni pun sama..amin mmg kuat makan buah.. sama naik dengan abg dia..fateh.. kakak sori..dia makan buah import ja..epal merah..haha..
jambu cicah garam belacan..
buah ni mintak dekat rumah paklong masa balik daripada kenduri.. buah elok.. tapi tak berapa nak manis sgt..masam manis kelat gitu..

beginilah klu balik kampung..maklumla..kami balik kampung pun sesekali dalam beberapa bulan..sekali balik mmg mak ngn ayah bagi macam2 buat bekal balik KL..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...