08 May 2013

Photobook aku yg pertama


Alhmdlh.smpai jgak brg baik yg aku order ni.haha.ni smua gara2 rakan blog aku la.sheila.dia g update pasal photobook.past g share plak link yg ada promotion..memg aku xtgu lama la.hehe.murah gila..tp apa2 pun tq pada sheila.hehe.nant ada bnda best2 lg share2 la ye..

Td aku nk klua g lunch.tgk2 ada lori skynet.kbtln aku tgh pnaskn enjin keta.yg best nya dia tnya alamat pej aku.past dgn pntas aku smbung "brg utk muhammad firdaus zakaria.ye.?"trsenyum dia....hehe..mudah dia xpyh msuk dlm pej dah.hehe.
bungkusan dari Skynet..hehe
Photobook siap balut dalam kotak lagi
cover front page
cover back page
antara isi muka dalam photobook ni..tgk..isi ikut template ja..klu ikutkan nak penuhkan gambar satu page pun blh..hehe..tp xsempat..rugi la ruang tu penuh dengan background pinky yg ada love tu..hehe
Dlm hati dh trdetik photobook la tu.hehe.memg cntik photobook tu.xrugi beli.kemas.cuma aku ja la.susun ikut dan ja.ingtkn nk buat cntik2 tp msa xbyk.nk kna upload plak pastu.sheila bgtau lmbt.huhu.lastday kot.msa aku tau tu dh ptg.kelam kbut aku..tp murah punya pasl.memg xksh.jnji siap.aku guna tmplate yg sdia ada.hehe.cntik jgak la..xpa.photobook yg kedua.aku nk buat cntik2 punya.hehe.aku xsuka saiz potret.aku lbh suka landskap.hehe.
photobook saiz 8x12 Landscape
Cntik kan? Harganya RM15 shja...hehe..
apa2 pun tq ye sheila... :-)

07 May 2013

FAKTA MENGENAI KEPIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ - TGNA





1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urus tadbir kewangan Islamik. 

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja. 


4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya. 


5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.


6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi. 


7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham. 


8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).


9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.


Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. 

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah...10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat....


23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia.....

06 May 2013

Kamera digital kompak yang menarik kategori fotografi di dalam air (^___^)


Kamera digital kompak untuk fotografi di dalam air atau penyelam
Fujifilm bakal melancarkan model kamera kompak terbarunya XP 200. Rekaannya amat menarik mata memandang dengan warna yang  amat cerah!
Spesifikasi: Fujifilm XP200 dikatakan waterproof sehingga jarak 15 meter di bawah air. Pastinya sesuatu yang menarik untuk pengemar sukan  ’scuba diving’. Rekaannya yang agak ‘rugged’ memberikan fungsi kamera kompak ini tahan hentakan sehingga 2 meter. Selain daripada itu, XP 200 ini juga boleh bertahan pada paras beku sehingga -10°C, kalis habuk dan pasir. Model ini dilengkapi dengan 16MP CMOS sensor dan lensa 28-140mm. Ia juga didatangkan dengan WIFI bagi pengguna ‘Fujifilm Camera Application’ app untuk iOS dan Android.

Pastinya kamera ini menarik minat kepada ‘scuba diver’ untuk fotografi di dasar laut. XP 200 ini dijangka berada di pasaran pada bulan Mei 2013. Tag harga yang diberitahu dalam linkungan USD299. macam nak kena beli ja..hehehehehe

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...