07 June 2022

Cuti Sekolah & anak-anak

 Assalamualaikum, Alhamdulillah.. sekarang anak2 dah besar.. depa pun dah tak kisah klu berjauhan dengan mak ayah depa. Yang sulung pun dah 8 tahun, so dah boleh jaga adik2. Sekarang ni bila cuti sekolah ja depa akan duduk di kampung. Kedah atau Perak. Cuti sekolah kali ni, diorg berempat duduk di perak kecuali yang kecik sorg tu masih duduk dgn abi ummi. Tapi kitorang hantar ke pengasuh la sebab kami suami isteri bekerja. Bukan tak nak ambik cuti masa cuti sekolah ni tapi nak save cuti untuk hujung tahun..hehe.. so nak berjalan makan angin tunggu hujung tahun nanti kita bercuti.

Lagipun tempat2 percutian skrg semua penuh. tgk dalam fb semua tempat tarikan pelancong jem + crowded. Cameron Highland jgn ckp la..PD yg luas tu pun sesak orang dtg nak mandi-manda time cuti sekolah.

Haritu masa mula cuti sekolah. Plan nak balik Ipoh Hari Jumaat petang, lepas balik kerja. tp bila fikirkan balik mesti ramai sebab dah start cuti sekolah, lagipun nak balik Ipoh je pun. tak jauh. dalam 3 Jam sampai la. So nak dijadikan cerita kitorang gerak malam, dalam 11.30 camtu. Bagi kenderaan yang nak keluar KL tu reda skit. Masa kluar sampai Jln Duta mmg ok ja, lengang. Sekali kau, dah sampai rawang. Nahhh..bersusun kereta..mcm hari raya woiiii..stresss. sepanjang jalan jem, RNR beratur nak masuk, stesen minyak full. 

Pikir2 balik, patut la jem. Bukan takat cuti sekolah ja. Cuti Sabtu Ahad + Isnin (cuti Hari Keputeraan Agong).. Yeah..mmg hari raya la jawabnya. Nasib la aku balik Ipoh ja, kalau balik Kedah, maunya berakaq dalam kereta tu..


Kesimpulannya, dari KL ke Ipoh ambik masa 6 Jam..yeah..semangat..


Oleh kerana aku kurang rehat, tak tido sebelum nak bertolak ke Ipoh (dekat ja pun). Maka separuh perjalan dah mula berat mata. Dah tak boleh tahan, terpaksa masuk RNR walaupun beratur. Dah tu nak cari parking lagi. sudahnya dah susur nak keluar RNR baru ada parking, jauh menapak semata2 nak beli kopi punya pasal. aku relakan jugak demi keselamatan.
 

21 March 2022

Permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2022

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini 21 Mac 2022, Sekolah telah kembali dibuka untuk sesi 2022. Walaupun agak lewat, tapi alhamdulillah, dapat jugak anak2 untuk hadir ke sekolah setelah lama tidak dpt hadir ke sekolah. 

Masing2 dah excited sebab dah beli beg baru, kasut baru, baju sekolah baru, buku sekolah pun baru ja balut. semalam baru siap balut..kena bebel dengan anak2 pasal last minit baru nak balut..hhehe..kan dah kalut.

Oleh kerana sekolah integrasi (pagi hingga petang). So byk benda nak kena bawak ke sekolah dan tinggal di sana utk kegunaan harian.

Semoga anak-anak ku dipermudahkan urusan di dalam menuntut ilmu. Semoga Allah lapangkan dada mereka untuk menerima ilmu dari guru2.

Ameen..

Macam2 barang kena bawak utk kegunaan di sekolah.

Semangat pi sekolah sampai tak berpaling dah tgk abi depa kat belakang ni..


03 March 2022

Selesai sesi Persekolahan 2021 dan pendaftaran Sesi 2022

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selesai sesi persekolahan anak2.. Fateh dengan Fatehah dah selesai hantar buku teks tahun 1 yg lepas. Alhamdulillah tak dak yg hilang..cuma pembalut buku ada yg terkoyak..xpa..nanti dpt pada murid seterusnya kena balut balik la.. Amin plak dah selesai pembelajaran tadika 6 tahun. Siap dapat sijil dan hadiah beg sekolah. Alhamdulillah..

Terima kasih aku ucapakan pada cikgu2 mereka yang bersemangat memberi didikan yg sepenuhnya walaupun ketika dunia sedang melanda wabak penyakit covid-19..Sekejap hadir ke sekolah, sekejap online pastu hadir ke sekolah balik, pastu cuti kuarantin dan sebegainya..tetapi pembelajaran tetap diteruskan. Walaupun anak2 tak sepenuhnya faham, tapi sekurang2nya mereka tidak tercicir dalam sukatan pelajaran mereka.. Ibubapa pun kena ambik tanggungjawab untk menjadi tenaga pengajar juga. untuk beri kelas intensif pada subjek2 yang mereka tak faham. Masa tu baru tahu betapa payahnya nak mengajar. nak fahamkan anak2..satu cabaran jugak la kepada mak ayah.

Dan Alhamdulillah juga, telah selesai urusan kemasukan untuk tahun seterusnya, selesai bayar yuran, selesai ambik buku teks. Aku pergi seorang ja masa sesi pengambilan buku teks KSSR dan KSRA. Sekali berat da, mau taknya..3 orang punya buku, mmg byk la.

Masa tu sekolah benarkan seorang waris bawak seorang murid utk urusan pendaftaran dan penyerahan buku. Tapi aku tak bawak pun. byk faktor jugak la. Cikgu ada jugak tanya pasal diorg. Kebanyakan cikgu tak tau pun fateh dengan fatehah ni adik beradik kembar. Ye la..sebab depa ni tak seiras dan berlainan jantina. Kelas pulak asing2..mmg tak kenal la cikgu. masa aku ambik buku untuk tahun 2 baru ada sorang cikgu tu perasan depa ni kembar. Cikgu kelas Fatehah untuk Tahun 2.

Buku teks KSRA untuk Amin Uqasyah plak aku tak payah beli sebab guna buku abangnya, fateh. Buku kakak, aku wakafkan pada cikgu untuk kegunaan pada murid yg kurang berkemampuan (asnaf).

Alhamdulillah selesai semuanya. Tunggu bulan  Mac nanti untuk sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2022. Harapannya adalah supaya kes covid menurun. Dapat murid2 untuk belajar secara fizikal.

Allahumma Ameen..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...