07 June 2022

Cuti Sekolah & anak-anak

 Assalamualaikum, Alhamdulillah.. sekarang anak2 dah besar.. depa pun dah tak kisah klu berjauhan dengan mak ayah depa. Yang sulung pun dah 8 tahun, so dah boleh jaga adik2. Sekarang ni bila cuti sekolah ja depa akan duduk di kampung. Kedah atau Perak. Cuti sekolah kali ni, diorg berempat duduk di perak kecuali yang kecik sorg tu masih duduk dgn abi ummi. Tapi kitorang hantar ke pengasuh la sebab kami suami isteri bekerja. Bukan tak nak ambik cuti masa cuti sekolah ni tapi nak save cuti untuk hujung tahun..hehe.. so nak berjalan makan angin tunggu hujung tahun nanti kita bercuti.

Lagipun tempat2 percutian skrg semua penuh. tgk dalam fb semua tempat tarikan pelancong jem + crowded. Cameron Highland jgn ckp la..PD yg luas tu pun sesak orang dtg nak mandi-manda time cuti sekolah.

Haritu masa mula cuti sekolah. Plan nak balik Ipoh Hari Jumaat petang, lepas balik kerja. tp bila fikirkan balik mesti ramai sebab dah start cuti sekolah, lagipun nak balik Ipoh je pun. tak jauh. dalam 3 Jam sampai la. So nak dijadikan cerita kitorang gerak malam, dalam 11.30 camtu. Bagi kenderaan yang nak keluar KL tu reda skit. Masa kluar sampai Jln Duta mmg ok ja, lengang. Sekali kau, dah sampai rawang. Nahhh..bersusun kereta..mcm hari raya woiiii..stresss. sepanjang jalan jem, RNR beratur nak masuk, stesen minyak full. 

Pikir2 balik, patut la jem. Bukan takat cuti sekolah ja. Cuti Sabtu Ahad + Isnin (cuti Hari Keputeraan Agong).. Yeah..mmg hari raya la jawabnya. Nasib la aku balik Ipoh ja, kalau balik Kedah, maunya berakaq dalam kereta tu..


Kesimpulannya, dari KL ke Ipoh ambik masa 6 Jam..yeah..semangat..


Oleh kerana aku kurang rehat, tak tido sebelum nak bertolak ke Ipoh (dekat ja pun). Maka separuh perjalan dah mula berat mata. Dah tak boleh tahan, terpaksa masuk RNR walaupun beratur. Dah tu nak cari parking lagi. sudahnya dah susur nak keluar RNR baru ada parking, jauh menapak semata2 nak beli kopi punya pasal. aku relakan jugak demi keselamatan.
 

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...