04 January 2022

Selamat Tinggal 2021 dan Selamat Datang 2022

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tahun 2021 meninggalkan kami dengan penuh coretan. dan 2021 jugak menyaksikan aku, isteri dan anak2 berbulan2 tak balik kampung di kedah akibat pkp.. Skrg pun masih lagi ada varian2 yg baru.. yang terbaru ni hadir pulak varian Omicron.

 Harapannya varian2 covid-19 ni tak menggangu aktiviti seperti sediakala. Untuk yang sekarang ni ibadah Umrah sudahpun ditangguh/disekat akibat varian Omicron. Sesi persekolah masih belum ada update lagi dari pihak kerajaan.

Semoga tahun baru 2022 ini memberi lebih sinar kepada kami sekeluarga. Anak2 semakin membesar. Fateh & Fatehah dah masuk darjah 2, Amin plak dah masuk darjah 1. Cepat sungguh masa berlalu. Dan bagi mereka yang terkena musibah banjir baru2 ni semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian.


01 November 2021

Kembali ke Pantai Purnama Port Dickson

 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..setelah hampir 2 tahun PKP..  dapat bawak anak2 kembali ke pantai.. bagi aku yg duduk di Cheras Selangor ni..kalau nak mandi pantai mmg ke PD la jawabnya, ataupun ke Melaka. sebab pantai Morib tu air mcm kotor skit..lagipun jarak nak ke morib dah hampir sama nak ke PD.so lebih baik pergi PD..beza lebih dlm 20km ja..takpe la..puas hati skit mandi di PD..

Kalau pergi PD ada beberapa pantai dekat situ.. aku lebih suka yang tersorok dan tak ramai orang.. so senang..leh santai2 dengan anak2.. tak mcm teluk kemang..crowded..

Macam kami, cadangnya nak gerak lepas solat Subuh ke PD, balik hari..tapi main dengan anak2 ni..pukul 7pagi  baru dapat keluar rumah. Sampai sana dalam kul 8 lebih.. sampai awal pagi tak ramai lagi orang. Mudah utk parking.. masuk pukul 9 ke 10 dah mula ramai orang..masa tu tgh mandi dengan anak2..tahu2 ja dah ramai orang..

sunrise di tgh2 highway.. klu lepas solat subuh terus keluar mgkin blh tgk sunrise kat pantai..

Pantai Purnama ni mmg tersorok, korang klu nak cuba pergi blh waze je Pantai Purnama.. disitu ada kemudahan tandas, cafe, campsite, sewa pelampung, Banana Boat dan Donut Boat. Bagi yang nak berkhemah pun ada disediakan tapak perkhemahan..satu lagi tempat parking dia mcm terhad skit..

Sebelum mandi pastikan diorg sarapan dulu..baru ada tenaga.. baru la seronok diorg mandi manda..

cantik awan..jernih air.. dan bestnya pantai ni jenis landai.. tak risau sgt anak2 dok mandi..

cuma kalini aku ke pantai purnama..aku ambik port belah hujung..dekat dgn batu2an..so ada batu2 kecik dekat pantai tersebut..hati2..boleh luka kaki klu tersepak..

batu ni besar..korang boleh duduk atas dia..

nampakkan..ni kira kawasan yg hujung la.. disebalik pokok2 tu..kira sebelah sana adalah pantai teluk kemang.. so klu banana boat atau jetski yg main di teluk kemang.. akan lajak sampai pantai sini..so korang akan nampak..

dpt tenangkan jiwa anak2..satu terapi jugak mandi laut ni..

dan klu pergi pantai tak sah klu tak main pasir..

bangunan di hujung pantai purnama ni adalah balai cerap teluk kemang..tempat tengok anak bulan..

sorang2 layan pelampung adik dia.. org lain dah naik atas main pasir.. terpaksa temankan jugak..masa ni matahari dah mula menegak..

farha seronok dpt mandi pantai..

muka selepas berjemur..kasi can berdua..

oleh kerana cuaca panas elok..aku hadkan sampai pukul 11 sahaja..klu lebih dari tu kompom sunburn..so tghri dah boleh siap2 balik Cheras.. 

last bergambar sebelum balik..kakak nak bukak mata pun dah tak boleh..matahari dah nak terpacak atas kepala..

Kemas2 apa semua.pastikan sampah semua dikutip dan dibuang ye..jaga alam sekitar.. jarak parking kereta dengan tempat berkelah tak sampai 100meter pun..tersangatla dekat.. so klu yg jenis malas nak berjalan jauh parking kereta..meh dtg pantai purnama..

Dah alang2 sampai ke Negeri Sembilan.. aku ajak anak2 pergi tgk Masjid Sendayan yg besar tu..saja jalan2.. klu balik rumah terus bukan buat apa pun..

cantikkan..aku suka design bangunan yg ada jam tu.. nampak kelainan pada bangunan masjid yg ada dlm Malaysia..

So inilah coretan serba ringkas tentang Pantai Purnama, Port Dickson..  aku dari Cheras KL, Pergi ikut tol PLUS balik ikut tol LEKAS.. 

13 October 2021

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian :: Tahun 1

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..hari ni baru ada masa nak post anak2 gi check gigi minggu lepas.. sebelum ni adik depa, Amin Uqasyah yg 6 tahun tu..kali ni giliran depa berdua plak.. hari tu kemain takut2 adik depa..last2 depa plak yg berdebar nak jumpa doktor gigi..

Oleh kerana minggu sebelum ni pergi bawak amin check gigi di tempat yg sama iaitu di Klinik Kesihatan Cheras tak ramai orang..mmg lengang ja..so minggu ni aku mcm tak kalut2 sgt la..rilek2 ja..kluar pun tak awal sgt.. tapi rupanya2 tanggapan aku salah.. sekali sampai..nah..ambik kau..

haha..paling belakang skali..tapi bila aku sampai dengan anak2.. ada lagi yg kat blkg..maknanya ramai lagi yg dtg lambat..haha..lama jugak la kami berdiri.. seingat aku stgh jam lebih la beratur.. klu tgk dlm gambar tu..ini sebelah sisi bangunan..lepas dari tu kena beratur sebelah depan plak..
yang ni gambar beratur bahagian depan..pintu masuk klinik tu bertentangan dengan kereta putih yg korang nampak dlm gambar tu.. nasib la matahari awal pagi..klu kul 11 tu mau berpeluh..
oleh kerana bajet nak sarapan selepas check gigi..sebab jangkaan aku sekejap je la.. sekali dah sampai.. nah...kena beratur lama.. sarapan pun ntah kemana..so gambar dalam ni kami belum sarapan..nasib la anak2 mcm aku..lewat sarapan pun still ok..haha.. 
lepas dah dapat masuk klinik..akan ada ruang menunggu..di luar bilik klinik gigi... yg ni sekejap ja..
done..dah masuk dalam klinik gigi..submit borang dekat kaunter..dan tunggu nama anak2 dipanggil oleh doktor..ada 4 bilik doktor..alhamdulillah..cepat jgak la..kat sini bila aku tgk wasap.. rupanya dalam group wasap kata..pihak klinik pun tak jangka sambutan sekolah SIRAJ SUBA sampai mcm ni.. kiranya majoriti bg komitmen yg baik.. 

Alhamdulillah..selepas nama fateh dipanggil aku mintak nama kakak disekalikan jugak..sebab dtg sekali..dah alang2.. doktor tu pun bagus..terus gi cari buku fatehah..sebab diorg kelas lain..rupanya buku kakak ada dekat bilik doktor yg lain.. rasanya aku dah request dekat kaunter daftar kat depan supaya borang diorg disekalikan sebab kembar.. mgkin dia xperasan kot sebab ramai..
Pastu doktor tanya sapa nak check gigi dulu..kakak awal2 lagi tunjuk fateh..sebab dia mmg takut skit dgn doktor gigi.. fateh ok ja.. 
Alhamdulillah..gigi fateh ok..cuma doktor kata kena kerap skit gosok gigi..

kakak plak baru duduk doktor dah nampak problem gigi dia..haha..gigi berlapis.. dulu gigi kakak berlapis atas bawah..serabut beb aku tgk gigi dia..rasanya mcm byk sgt..sebab berlapis.. lepas tu yg atas longgar dan aku dah cabut..2 batang..so gigi depan atas dah ok..tak berlapis..cuma gigi bawah masih berlapis..dan dah mula2 bergoyang..doktor tnya fatehah nak doktor cabut ka..atau ayah yg cabutkan..so dia cepat2 ckp taknak doktor cabut.. pastu dia ckp dia sendiri nak cabut..haha..ok la..doktor pesan selalu tekan gigi yg goyang tu supaya tercabut..klu tak nanti..kekal gigi berlapis..tak cantik.dan makanan mudah lekat disitu..  Pesan doktor lagi klu nak doktor cabut dtg ambik tarikh temujanji..haha.. xpa..aku dah berpengalaman cabut gigi anak2..setakat ni semua dipermudahkan..haha..

Terima kasih doktor2 yg melayan kami dan kerenah anak2. Dan terima kasih jugak atas usaha pihak KKM dan Guru2 utk mengadakan pemeriksaan kesihataan pergigian ni walaupun masih dalam pandemik Covid-19..













 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...