01 February 2019

Perlawanan Bowling - peringkat MPDRM

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari Rabu lepas kitorang ada game bowling..piala komandan maktab PDRMKL..
ada 4 kategori.. VVIP, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis & Pegawai Awam Polis & PERKEP..
Yang masuk ni pun suka2 ja..first nak release tension..hari2 terperap kat pejabat..yang kedua ikatan ukhuwwah..riuh rendah tempat bowling ni..  
Group Bosskurr Bowling
Ampang SuperBowl Berjaya Times Square
Ampang SuperBowl Berjaya Times Square

wajah sebelum beraksi..haha

dari sini sampai hujung geng2 maktab ja..hehe..

baju kitorang paling hepi go lucky..

Team Bosskurr

dapat saguhati utk individu..jadila..dapat milo 1kg..haha..



29 January 2019

Twins dah mula tadika 2019 :: PASTI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..tahun ni twins dah masuk 5 tahun..so aku hantar diorg masuk PASTI.. sekejap je rasa anak2 membesar..tahun depan sorg lagi, amin plak.. sebenarnya lama dah anak2 tanya..bila nak sekolah..bila nak sekolah.. sebab jiran2 ada yang anak 4 tahun dah hantar tadika.. bagi aku 4 tahun awal sgt nak hantar pun..

Haritu masa daftar masuk sekolah tak pergi..minggu depannya baru pergi PASTI sebab aku baru balik Mekah.. nasib la anak2 okey.. mula2 hantar masuk ke PASTI tu masing2 excited..haha..fateh dengan fatehah..tapi bila time jemput anak2 balik PASTI tengok2 fateh dah menangis..haha.. biasa la tu..dia tak biasa kena tinggal dan berjauhan dengan abi ummi dia.. so cikgu terpaksa letakkan dia bersama dengan kakak.. sebab kat PASTI tu diorg asingkan lelaki dan perempuan.. bila dah menangis mcm tu terpaksa duduk sekali la...kembar kan...haha..

apa2 pun semoga anak2  ku membesar menjadi anak2 yang Soleh dan juga Solehah..

PASTI TETAP DIHATI

cuba teka sapa yang nangis kat sekolah??

sarapan dalam kereta ja.. 


lepas pakai baju sukan ni terus mintak abi ambik gambar..pastu ckp hensem tak fateh..hehe



sekarang pagi-pagi.. bukan fateh dengan fatehah je bangun.. keempat2 sekali bangun..termasuk la yang paling kecik tu..dia la yg paling sibuk.. tgk la tu..orang sarapan dia pun nak jugak..

pastu terus merangkak keluar rumah..nak ikut abi pi kerja..haha..

18 December 2018

Malaysia kehilangan Muhammad Adib :: AL-FATIHAH

Assalamualaikum..
Semalam masa dalam proses nak lelapkan mata..wife bagitau adib dah meninggal..eh..betulka? bukan kata haritu dah sihat skit ka..?? bila tgk yang post tu daripada laman sesawang berita utama dalam Malaysia..sah..itu adalah sahih..aku scroll tgk dalam fb pun ramai yang update tentang kita kehilangan Muhammad Adib yang bertarung nyawa akibat dibelasah oleh orang2 yang berhati 'haiwan'. tidak memikirkan Muhammad Adib hnyalah menjalankan tugas sebagai anggota bomba utk memadamkan kebakaran.. lalu sesampainya di tempat yang berlaku rusuhan tersebut Adib dgn tidak semena-mena di belasah oleh golongan2 pelampau yang mengganas di kuil tersebut..

Sebak hati tgk dia diperlakukan sebegitu..
terus dia tak sedarkan diri dengan keadaan yang begitu teruk..daripada ICU hospital dan beberapa hari selepas itu ditukarkan kepada IJN.. kemudian menunjukkan perkembangan yang positif.. tetapi akhirnya beliau mehembuskan nafas terakhir pada 17/12/2018 pada 9.41malam... Alfatihah buat Muhammad Adib.. Takziah buat keluarga Muhammad Adib..

Dan Muhammad Adib dijangka melangsungkan perkahwinannya pada 22/12/2018 ini.. Semoga Allahyarham Muhammad Adib tenang disana dan ditempatkan di dalam Syurga.. Kamu adalah wira buat rakyat Malaysia..


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...