14 May 2018

FIRST time :: Kedai Gunting Rambut

Assalamualaikum..
Semalam teringin nak makan mee goreng mamak..maklum la..sejak wife berpantang ni..makan pun ala kadar ja..masak gitu-gitu ja.. orang kata campak2 ja..haha.. tapi alhamdulillah...anak2 mau makan..sedap la tu kiranya..

Sampai kedai mamak sebelah dia ada kedai gunting rambut.. memandangkan rambut Amin Uqasyah dah berjuntai2 panjang.. aku pun tanya la amin.. "nak potong rambut tak"..dia cakap "nak"..aku balas balik.."tak takut ka?"..sebab anak2 aku semua takut maybe seram nampak orang tu pegang mesin rambut..huhu..Amin cakap tak takut pun..
sebelum...hehe..rilek je kan amin.. tgk rambut amin..panjang..

Ok...kira dia setuju la tu nak potong rambut..bila masuk ja aku tgk semua seat penuh..tukang gunting masing2 sibuk buat kerja..aku lepak la dengan amin sambil pujuk dia.. best gunting rambut..nnti lepas gunting jadi hensem.. bagi aku amin tak menunjukkan tanda2 protes atau tidak setuju.. sampai satu ketika..tukang gunting panggil..next...haha..

elok ja aku nak angkat amin naik atas kerusi tu..dia boleh tukar fikiran..peluk erat aku dalam keadaan ketakutan.."taknak..amin taknak...jom balik..".. ha sudah..jenuh aku pujuk dia tetap tak mau.. last2 keluar macam tu ja..kebetulan sebelah tu ada kedai runcit..aku umpan la belikan dia lolipop..tapi mesti janji potong rambut...dia agguk tanda setuju  .. yes..umpan menjadi..

masuk balik dalam kedai gunting..kena tunggu sekali lagi sebab seat penuh..
kali kedua pun still ok..hehe..

tp bila time dipanggil.. amin dah peluk2 aku..tak nak..tak nak..huhu..last2 aku duduk sekali dengan dia atas kerusi tu..baru la dia mau..senang kerja.. sambil2 pujuk dengan video upin ipin..
amin ni mudah skit..tukang gunting kata tunduk..dia tunduk..tgk depan..dia tgk depan..mudah la..
mudah tukang gunting tu..
tutup mata dia bila guna mesin rambut.. hehe..berdengung ja bunyi kat telinga..
amacam..ada mcm k-pop tak?? ingat nak biar mcm ni ja..hipster skit..haha..

tada..akhirnya rambut amin dah pendek..baru la nampak hensem lebih skit..hahaha..
tada..rambut dah siap..baru leh beli mee goreng mamak.. favorite amin..

harap2 lepas ni tak takut dah nak pi gunting rambut di kedai.. selama 2 tahun 5 bulan ni..Ni la first time aku bawak amin pergi kedai gunting rambut..sebelum ni mmg aku yang akan potong.. yang bestnya rambut amin jenis yang lambat tumbuh.. kat rumah mesin dengan gunting dah tumpul.. jadi malas nak potong rambut anak..huhu..pastu tak duduk diam satu hal..tapi yang peliknya kat kedai tahu plak dia duduk diam..heehhe...

Next nak bawak fateh uwais plak pi kedai gunting rambut..tu pun sorang lagi, takut dengan kedai gunting rambut.

10 May 2018

SAH..!! TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7

Assalamualaikum..
Berlangsung majlis angkat sumpah bagi jawatan perdana menteri malaysia di Istana Negara pada Jam 9 30malam td.. dan Tun Dr Mahathir melafazkan dengan tenang.. secara sahnya Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang baru bg PRU 14 kali ni.. 
Syabas dan Tahniah.. ayuh bina semula negara..





10 MEI 2018 :: Kerajaan Baru Malaysia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagi ni bangun dengan sinar harapan baru.. Kerajaan malaysia yg baru akan dibentuk..setelah mendapat mandat daripada rakyat yg telah berani membuat perubahan..

Semalam lepas balik dr bertugas di pusat pengiraan undi utk part undi awal kawasan Maktab PDRM KL..kira2 penat jugak..haha..tapi xdak la byk mana..385 pengundi ja..tapi ambil masa 3jam jugak nak setel smua..

Balik tu dgn sabar menanti keputusan PRU 14..penuh debaran.. dan dgn sejarahnya Pakatan Harapan mendahului byk kerusi parlimen wlpn keputusan belum rasmi..dan selalunya sekitar jam 12 malam dah dpt keputusan dah.. SPR dah umum..tpi kali ni agak lewat.. tepat jam 4.46pagi baru setel spr umum keseluruhan kerusi dun dan parlimen.. 4.46 pagi kot.. sejarah dlm negara..huhu..





Ramai yg merungut.. tambah2 mereka yg bertugas di dalam PRU14 kali ni..mana taknya..diorg keluar bertugas seawal 4 ke 5 pagi pada 9hb 5 2018.. dan hampir pukul 5pagi pada 10hb 5 2018 baru selesai.. 24 jam bertugas non stop..tanpa rehat.. paling terkesan adalah anggota Polis yg bertugas bg menjaga keamanan..wlpn dlm keadaan mengantuk.. mereka ttp bertugas..




Dan pada hari ni..Pakatan Harapan dapat menawan Malaysia.. xsilap aku BN hanya dpt beberapa buah negeri shja..Perlis, Pahang, Sarawak. Bagi Pas pula dapat mengekalkan kelantan dan menambah negeri Terengganu utk kali ini..dan dalam sejarah negara, Johor yakni kubu kuat Umno BN telah jatuh ke tangan pakatan harapan..disertai negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan,.betul2 tsunami PRU pada kali ni..Bagi negeri Perak & Sabah masih belum diputuskan lagi kerana kerusi pakatan harapan dan BN sama banyak..

Pakatan Harapan bersetuju melantik Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri..tetapi masih belum dpt memasuki Istana negara bagi mengadap Yang Di Pertuan Agong bg mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. mengikut sumber katanya Dr Mahathir akan mengangkat sumpah pada hari ni jugak..sebelum jam 5 petang..
(update : Tun Dr. Mahathir akan mengadap Yang Di Pertuan Agong pukul 9.30mlm)

Semoga dengan kerajaan baru yg akan dibentuk ini menjadi lebih baik drpd yg sebelum ini.. Masa ni lah Pakatan Harapan nak membuktikan pada rakyat yg memberi mandat dengan menunaikan janji2 yg terdapat di dalam manifesto mereka.. dan mengurus tadbir Malaysia dengan sebaik yg mungkin..

Update : kerajaan negeri terkini


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...