09 March 2018

Pusat Penghayatan Alam, TAMAN WETLAND :: Putrajaya

Assalamualaikum..
Sebenarnya tujuan asal kami adalah memenuhi jemputan kenduri kawin di Bora Ombak Marina, Putrajaya.. Sebelum pergi ke Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya..haha..kiranya sambil2 dah ke putrajaya ni..jenjalan la kat mana yg patut..

ceria nak makan kenduri..perut lapar..

bergambar dulu satu family..

mem selfie tu..kasi can..

malas nak jadi pakcik bawang..huhu..tapi nak habaq pelamin tu tak berapa nak kena..pasal dok tgh2.. tapi tu pendapat aku la..org lain tak tau la..lain orang lain cara..

sesi bagi anak2 makan dulu.. hero2 ni kena serve dlu..klu tak nanti tak senang nak makan..

menu dia sedap ooo..

blkg tu ex bos..Dato' Zulyadaen..

tu dia..YB kawasan nak makan..penuh gaya, mutu, keunggulan..

di jemput utk menyampaikan selawat Nabi..Alhamdulillah mic mahal.. smooth ja.. tarik pun sedap..klu mic murah sakit anak tekak weiii...

Dan lepas makan kenduri tu maka kami singgahlah di Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya dengan bantuan Pakcik WAZE.. pakcik waze byk membantu tau.. haha

Tempat ni tutup hanya hari Isnin..hari lain bukak macam biasa daripada 9.00 pagi sampai 5.30 ptg..luch our rehat tau..pukul 1-2..tutup sat..

Bayaran percuma.. mai la satu bas sekalipun.. cuma masa di kaunter pendaftaran tu, sorang wakil atau ketua pi tulis nama, ic dan no hp serta jumlah rombongan utk tujuan rekod diorg..

Dan keadaan dalam pusat ni dia agak gelap skit..tak la gelap sampai tak nampak..tapi klu ambik gmbar mcm xberapa nak cantik sgt la..klu pakai flash nnti nampak cerah semacam ja..xpakai flash nnti noise..so klu DSLR yg mahal ok la..hehe..

ada cafe kat dalam ni..ada toilet..ada surau..

lepas ja daftar, ni la tempat tarikan pertama..haha.. ada la ikan2 berenang dalam kolam tu.. nampak tenang ja..dan sejuk ja..sejuk ekon..haha

ikan 3d..bila di pijak air tu akan bergelombang..ikut tapak kaki yg pijak..budak2 seronok la..tapi klu mak bapak tu, tgk tak dak org blh ja nak melompat2 jugak..haha

aquarium kaca..

cantik ja view dia..mcm jln dlm hutan..haha

bergambar dulu 3 beradik..tu pun puaih pujuk sruh duduk sekali..klu tak dok berlari berlompat ja..

yang ni pun 3d jugak..ada ikan bergerak2 yg mcm td tu..cuma yg ni luas skit..

lukisan 3d..ha..kakak dduduk tgh2 kolam tu..haha..
yg ni tingkat atas..dia ada 3 level..first kita masuk akan berada di Level G..pastu korang blh turun ke Level LG..lepas dah puas blh naik ke Level 1.. jgn risau..ada lift..lift dia bapak besar.. first aku tgk lift sebesar tu..haha..xdan nak ambik gmbar lift tu..haha..teruja punya pasal.

kawasan level atas ada libray..byk kerusi..blh rilek2..santai2..rehat2..

di bahagian luar bangunan..

komen aku pasal pusat penghayatan alam ni, kawasan dia tak la besar mana..tak la bosan sgt..ok la..cuma pihak diorg kena letak benda yg boleh anak2 ni sentuh atau pegang.. belah atas tu mcm sepi skit..mgkin kena perbanyakkan aktiviti atau apa2 yg boleh menceriakan keadaan...utk elakkan sunyi..klu korang nak datang..pergi lah hari minggu..klu pergi hari bekerja lagi la sunyi.. 

Untuk mereka yang mencari ketenangan boleh la datang sini..rilek2..tenangkan fikiran..

singgah solat di Masjid Putra, Putrajaya..




07 March 2018

Aplikasi Smart Quran :: Lulus & Diiktiraf oleh KDN


Assalamualaikum... kali ni nak share pasal apps Al-Quran yang mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).. hasil kerjasama di antara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sebenarnya terlalu byk aplikasi Al-Quran di dalam pasaran apps store tu..mcm2 versi..ragu2 jugak.. tambah2 di bahagian terjemahan.. Kalau mengikut Kerajaan Malaysia ni..mana2 Al-Quran yang di keluarkan dan di pasarkan ke dalam Negara Malaysia.. Prosedurnya mesti melalui KDN - Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran..dan dibelakang muka surat Al-Quran tu akan ada tanda atau cop pengesahan daripada KDN.. ada sistem la kiranya..dikawal..utk memelihara Al-Quran..

Klu korang pergi mana2 kedai yang menjual Al-Quran dan tgk tiada cop KDN... boleh terus lapor kepada Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN..Pihak berkuasa akan rampas Al-Quran tersebut..kerana mereka membawa masuk Al-Quran tanpa melalui KDN atau lebih kepada seludup..

Bagi mana2 Syarikat yang nak menerbitkan dan mencetak Al-Quran perlu mendapat lesen dan tertakluk di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326)

Jadi sama2 kita share dan gunakan aplikasi ini utk kegunaan kita tanpa ada keraguan.. sama2 dapat manfaat

Antara Aplikasi Edit Gambar yang TERBAIK :: Snapseed

Assalamualaikum..
Kebiasaan seseorang bila dia ambil gambar tak semestinya semua dalam keadaan baik, sempurna, perfect..sebelum dipertontonkan, dipublishkan, di print dan dipamerkan mesti tgk dulu hasilnya macam mana.. tak kira la orang tu  profesional ka atau amatur ka..dalam setiap keping gambar yang diambil tak smua ok dalam keseluruhan gambar tu.. tambah2 dalam gambar moment2 yg sepintas lalu..kelam kabut nak snap.. 

lain la klu gambar permandangan..korang tenang, rilek, setting bagai nak rak dekat DSLR then shot..tak puas hati snap lagi..sampai lebam..haha.. begitu juga photographer perkahwinan atau apa2 event..diorg akan snap satu moment tu lebih dari 2 snap..utk nak selamat.. 

sebagai contoh wartawan la..klu korang pergi press conference atau mana2 event melibatkan vvip atau menteri dan sebagainya..boleh dengar shutter ditekan dengan seumpama dalam peperangan..bertalu2 beb bunyi dia..haha.. dan kemudian akan ada sorg setting kat macbook dia..crop apa yang patut, adjust2 skit baru publish..haha.. so mmg wujud banyaknya software2 dan aplikasi2 utk editing gambar korang utk jadi lebih baik.. 

Untuk edit gambar event atau perkahwinan diorg pakai Adobe Lightroom.. jenuh wei nak setting adjust satu2.. klu pakai lightroom cepat la skit..siap ada template lagi..mudah sgt.. 

dan sekarang ni ramai guna nset sebagai camera..tak mcm dlu..dok usung camera compact dan sebagainya..sebagai semua bergantung pada smartphone..haha.. 

So aku sarankan korang guna aplikasi yang superb ni SNAPSEED.. 
HAHA..Nak naik kan lagi seri gambar korang..boleh cuba..mudah ja..

Ni aku tunjukkan setting2 basic yang selalu aku pakai utk gambar2 aku..

Tool
Tune Image
Brightness = +10
Contrast = +30 (bergantung pada gambar korang, tak semestinya 30)
Saturation = +48
Ambiance = +48
Highlight = -28
Shadows = +28

Details
Structure = +20
Sharpening = +20

Vignette
Outer Brightness = -70

*smua setting di atas ni korang boleh adjust ikut kehendak korang dan gambar korang..ok..try n error..haha..

Ni kira yang basic punya..korang nak advanced godek2 la apps tu..byk lagi tools dia..korang boleh search dekat youtube tutorial ygn lebih menarik dan advanced.. 




sebelum
snap by : Nikon D90
location : Krabi
 selepas





 sebelum
snap by : Nikon D90
location : Krabi
 selepas





 sebelum
snap by : Canon EOS 60D
location : MPDRM KL
 selepas






 sebelum
snap by : Canon EOS 550D
location : Gunung Lang, Ipoh
 selepas






 sebelum
snap by : Iphone 5s
locaion : Kg Puteri Menangis, Johor
 selepas






 sebelum
snap by : Nikon D90
location : Krabi, Thailand
 selepas







 sebelum
snap by : Huawei Nova 2i
location : Bandar Tun Hussein Onn
 selepas







 sebelum
snap by : Huawei Nova 2i
location : MPDRM KL
 selepas

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...