21 May 2015

Memanah itu Sunnah ::: DIY target memanah

Assalamualaikum..

Sengaja aku DIY sendiri target tu..klu yg standard selalunya yg bulat.. tp bila buat mcm ni baru mengancam skit..

Tipsnya mudah..
1- dapat size sebenar dlm inchi
2- cari mana2 gmbar (kancil ka, kijang ka, atau apa2 je la) kemudian di fix kan kpd size sebenar td dlm inchi.
3- masa nak print crop gmbar ikut size sebenar A4.. contoh utk size gmbar yg aku DIY ni bersamaan dgn 12 keping kertas A4.
4- lepas dh print korang cuma tampalkan je ikut susunan..dan tempek pada foam atau kotak atau butt target..
5- nak mudah order ja print canvas kat kedai printing..

20 May 2015

Memanah Itu Sunnah ::: Set permulaan busur pvc (beginner)



Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. aku cuba utk menjinakkan diri dalam dunia memanah..

Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:


وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي




“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” 
(HR. Muslim no. 1917)

Yang aku sempat belajar sedikit di antara kategori busur memanah ni antaranya adalah.



1. Recurve bow - 


2. Compound Bow - 



3. Long Bow / Busur Tradisi - 





Banyak lagi nak kna belajar dan praktis..semoga terus istiqomah dalam memanah sunnah ni..skrg ni dok berlatih dalam rumah ja..sebab beginner ni kena praktis jarak dekat dulu..hehe

yang ni busur PVC aku.. blh la untuk permulaan..




busur Nabi Muhammad S.A.W.



13 May 2015

ADILNYA ALLAH terhadap hambanya (^_____^)

Assalamualaikum..
Lama dah rasanya tak hupdate blog aku ni..bukan apa...tak berkesempatan.. tugas di pejabat, kemudian tugas seorg suami dan seorg bapa kemudian mgajar pulak..tp Alhamdulillah..rasa hidup ni ada makna dan terasa pengisiannya..sesetgh org mengeluh rasa hidup ni kosong la, sunyi la..dan mcm2 lagi..tp sekiranya kita hidup berpaksikan Islam sebagai cara hidup insyaAllah kita akan rasa kemanisannya..

Sekarang ni wife selalu tak sihat..jadi mcm biasa la..aku akan ambil alih sedikit sebanyak tugas utk menjaga anak2..hehe.. paling mencabar time makan..skrg ni fateh & fatehah dah xmao org suapkan dia..depa nak suap sendiri..so mcm biasa la..pinggan sorg satu..dan xblh duduk dekat..kompom kang ada yg terambil pinggan org sebelah..haha.. nasik tok sah cerita la..sampai ke kepala, dlm baju pun ada nasi..haha.. aku mcm biasa la..biar ja..satgi dah setle makan baru kemas bagai.. tera anak2 nak besaq..

Adilnya Allah disini, bila wife sakit Allah akan bagi aku sihat walafiat..nak ikutkan penat jugak tu..so mudah aku nak menguruskan anak..bila time aku sakit plak wife diberi sihat walafiat..syukur Alhamdulillah..setakat ni belum pernah kami berdua sakit demam serentak.. klu sakit sorg mesti salah sorg sihat..
Adilkan Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

Manusia pula tidak akan dapat memuaskan hati semua org..kadang2 nak jaga hati semua org sampai hati sendiri tak terjaga.. sebenarnya disinilah konsep Adil tu sgt berguna.. bila berhadapan dgn 2 situasi yang kedua2nya tidak baik..maka carilah keadilan disitu.

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...