Setelah 2 minggu bercuti raya, hari ni baru nak masuk pej..best cuti lama2..tp nak masuk kerja balik rasa berat ja..masuk pej ja, dah ada jamuan raya plak..kali ni kena buat Koktel..ala..yg susu ada buah2an dalam dia tu.. Rupanya xdak la susah mana pun..ingatkan susah la sangat..
Berbekalkan staf yg tak berapa ramai ni..Alhmdlh..boleh jugak sediakan pelbagai jenis juadah.. Semua diundang..walaupun ada yg tak datang..puasa 6 katanya.Alhamdulillah...turut hadir Dato' Shahbuddin Bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM KL, Dato' Dr Chai Kin Chung, Timb Komandan Maktab PDRM KL, semua ketua2 pusat.
Meriah jugak la, ada background lagu raya, lampu kelip2 raya, banner raya, ramu2 raya.. Yang menariknya Tuan Rumah kena pakai satu suit Baju Melayu...