13 October 2021

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian :: Tahun 1

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..hari ni baru ada masa nak post anak2 gi check gigi minggu lepas.. sebelum ni adik depa, Amin Uqasyah yg 6 tahun tu..kali ni giliran depa berdua plak.. hari tu kemain takut2 adik depa..last2 depa plak yg berdebar nak jumpa doktor gigi..

Oleh kerana minggu sebelum ni pergi bawak amin check gigi di tempat yg sama iaitu di Klinik Kesihatan Cheras tak ramai orang..mmg lengang ja..so minggu ni aku mcm tak kalut2 sgt la..rilek2 ja..kluar pun tak awal sgt.. tapi rupanya2 tanggapan aku salah.. sekali sampai..nah..ambik kau..

haha..paling belakang skali..tapi bila aku sampai dengan anak2.. ada lagi yg kat blkg..maknanya ramai lagi yg dtg lambat..haha..lama jugak la kami berdiri.. seingat aku stgh jam lebih la beratur.. klu tgk dlm gambar tu..ini sebelah sisi bangunan..lepas dari tu kena beratur sebelah depan plak..
yang ni gambar beratur bahagian depan..pintu masuk klinik tu bertentangan dengan kereta putih yg korang nampak dlm gambar tu.. nasib la matahari awal pagi..klu kul 11 tu mau berpeluh..
oleh kerana bajet nak sarapan selepas check gigi..sebab jangkaan aku sekejap je la.. sekali dah sampai.. nah...kena beratur lama.. sarapan pun ntah kemana..so gambar dalam ni kami belum sarapan..nasib la anak2 mcm aku..lewat sarapan pun still ok..haha.. 
lepas dah dapat masuk klinik..akan ada ruang menunggu..di luar bilik klinik gigi... yg ni sekejap ja..
done..dah masuk dalam klinik gigi..submit borang dekat kaunter..dan tunggu nama anak2 dipanggil oleh doktor..ada 4 bilik doktor..alhamdulillah..cepat jgak la..kat sini bila aku tgk wasap.. rupanya dalam group wasap kata..pihak klinik pun tak jangka sambutan sekolah SIRAJ SUBA sampai mcm ni.. kiranya majoriti bg komitmen yg baik.. 

Alhamdulillah..selepas nama fateh dipanggil aku mintak nama kakak disekalikan jugak..sebab dtg sekali..dah alang2.. doktor tu pun bagus..terus gi cari buku fatehah..sebab diorg kelas lain..rupanya buku kakak ada dekat bilik doktor yg lain.. rasanya aku dah request dekat kaunter daftar kat depan supaya borang diorg disekalikan sebab kembar.. mgkin dia xperasan kot sebab ramai..
Pastu doktor tanya sapa nak check gigi dulu..kakak awal2 lagi tunjuk fateh..sebab dia mmg takut skit dgn doktor gigi.. fateh ok ja.. 
Alhamdulillah..gigi fateh ok..cuma doktor kata kena kerap skit gosok gigi..

kakak plak baru duduk doktor dah nampak problem gigi dia..haha..gigi berlapis.. dulu gigi kakak berlapis atas bawah..serabut beb aku tgk gigi dia..rasanya mcm byk sgt..sebab berlapis.. lepas tu yg atas longgar dan aku dah cabut..2 batang..so gigi depan atas dah ok..tak berlapis..cuma gigi bawah masih berlapis..dan dah mula2 bergoyang..doktor tnya fatehah nak doktor cabut ka..atau ayah yg cabutkan..so dia cepat2 ckp taknak doktor cabut.. pastu dia ckp dia sendiri nak cabut..haha..ok la..doktor pesan selalu tekan gigi yg goyang tu supaya tercabut..klu tak nanti..kekal gigi berlapis..tak cantik.dan makanan mudah lekat disitu..  Pesan doktor lagi klu nak doktor cabut dtg ambik tarikh temujanji..haha.. xpa..aku dah berpengalaman cabut gigi anak2..setakat ni semua dipermudahkan..haha..

Terima kasih doktor2 yg melayan kami dan kerenah anak2. Dan terima kasih jugak atas usaha pihak KKM dan Guru2 utk mengadakan pemeriksaan kesihataan pergigian ni walaupun masih dalam pandemik Covid-19..













 

Keputusan UK1S SIRAJ SUBA :: Tahun 1

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur.. setelah sebulan menunggu..semalam keputusan temuduga utk sekolah SIRAJ dah keluar. Jadinya dah boleh semak dlm email ibubapa masing2.. 

Berdebar jgak la masa nak tgk keputusan tu.. mengharap sgt lulus temuduga masuk darjah 1 utk amin tu.. sebab abg dgn kakak dia dah bersekolah di situ.. besar harapan la klu dia dpt bersekolah di situ jgak.. senang nak uruskan persekolahan anak2.. 

Utk tahun ni saja, sesi temuduga ni dh byk kali tangguh akibat pandemik covid-19. Dan akhirnya pihak JAWI berkehendak temuduga kemasukan tahun 1 kali ni diadakan secara online.. memandangkan anak2 di temuduga secara maya..sudah tentu persiapan yg agak byk perlu dilakukan bg guru2 dan barisan urusetia temuduga.. byk jugak la format2 baharu yg perlu ibubapa patuh dan ikut.. . 

Utk jumlah calon yg memohon adalah seramai 345 orang.. dan jumlah murid utk tahun 1 di SIRAJ SUBA hanya terhad kepada 105 org bagi 3 kelas.. Jadi ibubapa sememangnya akan pastikan anak2 bersedia sepenuhnya.. huhu.. termasuk la aku dgn wife.. anak yg nak temuduga mak ayah yg lebih2 risaunya.. habis segala ilmu pembelajaran dicurahkan.. bersilat jugak la.. 

Amin masa ni masih belum boleh baca Al-Quran..baru Iqra 5 nak masuk 6.. tapi utk temuduga tu..aku praktiskan dia utk selalu baca surah2 lazim yg pendek2 tu.. walaupun ada yg lancar ada yg mengeja..takpa..pelan2..lama2 ok la..dan Alhamdulillah..masa temuduga dia dpt baca dengan baik walaupun ada sedikit sangkut..

yang ni plak latih tubi baca tulisan jawi.. Alhamdulillah jawi Amin lancar baca utk kalimah yg pendek2.. klu yang panjang2..yang rumit2 tu sangkut jgak dia..

ni ja gambar yg ok..yg lain tu ada yg buat perangai..buat2 hilang buku (padahal malas cari)..menangis..dan mcm2 la drama..

Dan syukur alhamdulillah.. keputusan utk temuduga buat Amin Uqasyah BERJAYA.. lega hati.. lepas tu amin dh mula tuntut hadiah.. sebab kitorg dah ckp klu berusaha belajar dan bg dpt masuk sekolah SIRAJ abi ummi nak bg hadiah.. tp belum pasti nak hadiahkan apa.. ada cadangan??? hmmmm

Bagi calon yg xberjaya jgn bersedih.. ada lagi peluang utk kemukakan rayuan.. 

p/s: bagi yang tanya bentuk soalan temuduga..InsyaAllah saya akan kongsikan secara umum.. soalan semua disoal secara 'share screen' dalam google meet.. dan bentuk soalan temuduga online ni jugak lebih kurang sama ketika mana temuduga secara bersemuka di sekolah. (anak2 kembar sya yg darjah 1 tahun lepas bgtau )

Bahasa Melayu : Kemahiran menyebut dan membaca perkataan dan petikan karangan ringkas (Sebutan / Kelancaran / Intonasi). Pastikan anak2 tahu membaca dan ada intonasi. Kiranya baca tu ada nada la..berhenti bila ada noktah. Boleh beli buku latihan membaca yg ada suku kata bewarna tu. dihujung buku tersebut ada petikan karangan..

Bahasa Inggeris : Kemahiran menyebut dan membaca perkataan dan petikan karangan ringkas (Sebutan / Kelancaran / Intonasi) lebih kurang mcm bahasa melayu jugak..jgn risau..soalan yang ditanya hanya yg basic2 ja.. yg selalu ada dalam kamus bergambar..

Asas Al-Quran : Kemahiran menyebut huruf dan kalimah serta membaca ayat Al-Quran terpilih (Sebutan Makhraj Betul / lancar / betul baris). Pastikan bacaan Al-Quran anak2 dlm keadaan yg baik.. utk yg belum masih boleh membaca Al-Quran..pastikan anak2 tahu baca ayat/kalimah yang pendek2 (contoh ayat/kalimah seperti dalam iqra 5 atau 6). Utk bacaan Al-Quran terpilih, ibubapa boleh latih anak2 membaca surah2 lazim yg pendek2..contohnya Surah An-Nas, Surah Al-falaq, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Masad, Surah Al-Kausar.

Jawi : Kemahiran menyebut asas huruf dan perkataan serta membaca petikan ringkas. (Sebutan / Lancar / Intonasi ). Pastikan anak2 kenal huruf hijaiyyah dengan sebutan huruf yg betul.. bukan yg ada baris..sebagai contoh huruf jim ج bukan huruf ja..sebab anak2 dah terbiasa dengan bacaan dalam buku iqra.. so pastikan bacaan Alif sampai Ya yang mengikut huruf yg betul tanpa ada baris. Latih tubi anak2 membaca petikan ringkas.. Contoh dalam bahasa Jawi - ( اين سكوله ساي . سكوله ساي جنتيق دان بسر )  Ini sekolah saya. Sekolah saya cantik dan besar. Pastikan bacaan anak2 ada intonasi ya.

Bahasa Arab : Kemahiran menyebut asas nombor dan kalimah dalam bahasa arab (Sebutan / Jawapan Betul). Pastikan anak2 kenal nombor dalam bahasa arab daripada satu sehingga 10. Dan beberapa kalimah bahasa arab yg basic.Yg ni selalunya benda2 bahasa arab yg ada di sekolah. Contoh meja, buku, kerusi, beg, sekolah dll.

Matematiik : Kemahiran asas mengira dan menyelesaikan masalah mudah. (Jawapan betul) Pastikan anak2 tahu utk mengira dalam operasi tambah dan juga tolak. Sekira masih tidak faham tidak mengapa utk ambilkan kayu aiskrim, lego atau sebagainya utk dijadikan objek utk mengira. Utk mereka faham.. Juga pihak sekolah benarkan utk conteng di kertas utk mengira. Samada soalan tambah atau tolak.

Semoga bermanfaat.

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...