13 December 2019

Kedai Makan PAKISTAN

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. minggu lepas ada pegawai polis belanja kami makan.. sebab sebelum ni kami ada sedikit bantu mengecat dinding surau dan touch up skit dinding yg berlubang dan sebagainya.. mgkin dari tu dia nak belanja kami makan.. kami ok ja klu org nak belanja..

Tapi kali ni tak macam sebelum2 ni..selalu belanja kedai mamak, kedai thailand, kedai arab..tapi kali ni.. special..kedai pakistan..haha

Sebenarnya aku perasan kewujudan kedai ni.. selalu gak nampak geng2 pakistan dok makan, berkumpul dekat sana.. xtau plak kata tu kedai pakistan..ingat kedai2 biasa ja..

Sekali dah sampai kedai dia.. sah..mmg kedai ni org pakistan punya.. tukang masak, tukang bancuh air, ambik order semua bangsa dia.. cuma customer tu ada ada bangsa dia, ada org kita..

Dan kitorang xtau nak order apa.. sebab tak tau menu apa ada..hehe.. tp tuan yg nak belanja tu uruskan semua.. yg specialnya adalah roti nan dia.. xmcm roti nan mamak.. guri dia masak roti nan tu pun mcm lain skit jenis dia.. dan di makan dengan kebab daging yg fresh..digoreng, juicy..letak telur skit atas dia.. perah limau.. terangkat beb..pastu ada la kuah2 yg lain.. sedap juga..
dan air minuman dia lain skit dari biasa.. lassi nama dia.. aku xtau apa sebenarnya lassi ni.. tapi bila google.. minuman tradisi org india/pakistan. Yang ni memg korang akan rasa lain skit.. 2 3 kali minum ok la..
Harga jgn tanya sebab tak pasti.. org belanja kan..hehe..

02 December 2019

Kem SMART Solat 3.0 :: Masjid Cina Ipoh

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..anak2 ada aktiviti time cuti sekolah. Ajk Masjid Muhammadiah @ Masjid Cina Ipoh telah menganjurkan satu Kem SMART Solat 3.0. Situasi Sebenarnya aku tak balik Ipoh pun, dok ada di KL..kerja..wife plak tengah dok berpantang.
Mak mertua aku ni ha yg bawak si kembar ni join Kem SMART Solat tu. sebab dia tak dak tetapkan umur berapa..so anak2 yang sedang cuti sekolah, yg rasa nak join boleh join..
First time si kembar ni join kem2 ni..
Mulanya mak mertua aku bawak si kembar tu dengan amin..last2 amin menangis nak balik..sebab dia tak biasa benda2 mcm ni..sebab dia blom pernah pergi tadika..
Macam si kembar ni, diorg dah biasa di PASTI..so okay la skit..walaupun fateh mcm agak sedih disitu sebab katanya dia tak nampak mak tok dia..takut kena tinggal..hehe.. ye la..sebab program ni buat dekat tempat yang agak asing bagi dia.
wah..agak ramai jugak peserta Kem Smart Solat ni..nampak tak fateh..dok sebelah kiri budak baju biru tu..duduk belakang2 ja..hehe..xpe la.. janji sertai jugak sampai habis..sebab diorg buat separuh hari ja pun.
dari sudut tepi ruang solat utama masjid cina ipoh

kakak bersama kawan2.. dia seorang yang cepat mesra dengan orang..peramah.. kadang2 siap gelarkan diri sebagai kakak lagi dekat kawan2 dia..padahal orang kenalkan diri guna nama..tapi yg peliknya..kawan2 dia kat kawasan kejiranan ni semua panggil dia kakak..haha..cuma di PASTI ja depa panggil dengan panggilan nama..mgkin sebab ada cikgu yang betulkan.
pandai dia cari kawan yang sebaya dan sesize dengan dia..haha
fateh mcm biasa..susah nak mesra..lone ranger..mcm abi dia ni ha..haha

Semoga apa yang dibelajar dimanfaatkan kelak.. dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..terima kasih kepada semua ajk Masjid Cina Ipoh yang terlibat bagi menjayakan Kem SMART Solat 3.0 tahun ini.

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...