07 December 2017

Tutorial cara membuat PHOTOBOOK (^____^) ~ Murah & Cantik

Assalamualaikum..

Okey..seperti yang dijanjikan saya akan bagitau tutorial nak buat photobook. sebab sekarang tak mcm dulu dah..dulu guna album gambar print kat kedai gambar size 4r pastu masukkan dalam buku album..sekarang ni terus buat photobook..siap boleh ada design cantik2 dan boleh letak caption, nama, tarikh tempat dan mcm2 lagi..

Okey, untuk photobook ni aku ada 2 website yang boleh buat.. 
1. www.pixajoy.com.my
2. www.photobook.com.my

dua2 ni lebih kurang sama ja..kaedah yg sama..cuma masing2 ada kekurangan dan kelebihan. Dan aku lebih mesra dengan pixajoy.

1. Create Akaun Pixajoy


Sign up dulu..percuma ja..xdak apa2 bayaran..lengkapkan details yang diperlukan. Sekejap ja dah dapat akaun pixajoy..lepas tu korang boleh lah log in masuk.
pastikan ingat korang punya username dan password yg dibuat masa sign up akaun tadi.

2. Pilih Produk (Photobook)

korang boleh pilih produk apa yang korang nak dalam website ni. ada photobook, kalendar, canvas photo, name card, Stamps dan pelbagai lagi la..pixajoy ni kira mcm kedai printing online la..haha.. dan post ni khas aku buat hanya utk pembelian photobook..so pilih photobook.. lepas tu pilih tema apa yang korang nak. tema family ka, baby ka, wedding ka..so tema tu nanti akan membantu la.contoh korang letak gambar percutian.. tiba2 pilih tema wedding..tak berapa nak kena la..haha..so pilih la tema travel.. baru la kena. klu korang pandai bab editing pilih la blank..kosong ja..korang edit ja dekat photoshop dulu pastu masukkan dalam pixajoy..haha..

lepas dah pilih tema dia akan keluar mcm ni..pilih saiz.. so yang aku ajar tutorial ni yang murah dan cantik..so saiz dia adalah 6" x 6" Square..tak besar mana pun..tapi boleh la.. bagi aku agak menarik.. tadi aku pilih babykids theme..so dia akan keluar tema pasal baby je la..haha.. klu korang rasa tak tau nak pilih tema apa..click je dekat all theme..so dia akan keluar semua sekali. lepas dah pilih..clik pada 'make a book'.

dia akan keluar paparan harga dan details..ok..harga dia RM40.23..Utk makluman ini adalah harga pada laman web asal.. so kita pergi la pada laman web yang jual voucher murah banyak..haha..

3. Beli Voucher

Okey, utk pembelian voucher..ada 2 pilihan boleh beli di lazada.com.my atau di myfave.com.my dan taip pixajoy photobook 6" x 6" di ruangan search.

ini adalah hasil daripada carian di lazada.. RM1.60..murah byk tu.. pastikan tgk details dia..berapa pages..dan tempoh sah laku.. selalu harga RM1.60 ni ada 36 pages..byk jugak la.. dan tempoh laku voucher dia selama 6 bulan selepas pembelian..lama jugak tu..

dan yang ni hasil carian di myfave atau dulu dikenali sebagai groupon..
harga dia berbeza dengan lazada. Lazada RM1.60 tapi di Myfave RM2..beza 40sen..utk 36 pages..tp utk 48 pages RM4.90..

Buat pilihan samada nak beli kat lazada atau myfave..kemudian beli macam biasa korang beli barang online la..mudah ja kan..dan korang jgn tunggu abg posmen hantar barang plak tau..korang cuma beli voucher..so code voucher tu diorg akan hantar melalui emel ja..lepas dah beli boleh check emel.. penghantaran code voucher ke emel mgkin makan 1 ke 2 hari..paling lama pun 3 hari.. 

4. Buat Photobook Online

sambung yang tadi.. pergi kepada 'make a book' online method. maknanya kita akan buat secara atas talian..online.. sebab klu guna offline method korang kena download dulu software dia..pastu nak kena install bagai.. rumit skit..

ini adalah paparan awal.. penerangan serba sedikit..okey..tools yang kotak2 kat atas tu.. 
Layout - utk pilihan layout yang lain daripada theme..
bakground - Pilihan backgriund mengikut kaler dan corak kita nak
Scrapbook - tu macam sticker la..utk nampak lebih ceria lagi..
Mask - ada pelbagai bentuk guna sebagai kotak atau frame
add picture box - utk masukkan gambar sekiranya terlalu byk frame.
add text box - utk buat tulisan
autofill - dia akan masukkan gambar dan susun secara automatik..(tapi lepas tu korang kena semak balik dan betulkan kedudukan gambar)
Snap - xpasti fungsi dia apa
Insert page - utk tambahan page
delete page - utk buang pages

Untuk masukkan gambar pergi dekat kotak biru yang ada bentuk + tu..
dan akan keluar mcm ni..maknanya korang boleh upload gambar daripada pc/laptop atau daripada existing projets (projek yang sebelum2 ni yang pernah korang buat dan save), facebook atau instagram. mudahkan.. tapi pastikan gambar korang tu saiz dia besar..jgn terlalu kecik dan terlalu besar..

dah masukkan gambar (sebelah kiri) check pages bawah sekali..dan korang kena pastikan voucher yg dibeli tadi utk berapa pages 36 atau 48 pages..klu 36..so kena delete beberapa pages sehingga jadi 36 pages..

ini adalah cara nak masukkan gambar kedalam ruang yang sedia ada pada tema template ni..tapi yang ni secara automatik tau.. korang tekan ja autofill..so kotak2 gambar yang kosong tu akan dipenuhi secara automatik.. korang just adjust ja..
utk sebelah kiri adalah gambar yang korang upload tadi..dan yang paling bawah sekali adalah jumlah gambar yang diupload..

yang ni cara satu lagi utk masukkan gambar kedalam kotak yang tersedia.just pilih gambar..kemudian drag (tarik tanpa melepaskan cliks pada mouse) je sampai ke kotak kosong.. klu nak besarkan gambar buat ja sendiri..klu rasa kotak dia perlu ke kiri skit..korang adjust la..time ni korang adalah designer..buat album sendiri..haha..tunjukkan kreativiti korang.. 

klu autofill lepas tu korang boleh tgk dekat sebelah kiri..gambar2 tu semua naik nombor 1..menandakan gambar tersebut sudah digunakan sekali..dengan cara ni korang dapa tahu gambar tersebut dah dimasukkan atau belum dimasukkan..

autofill dia cuma masukkan gambar ja..kita yg akan adjust bagi nampak kepala kaki muka dan sebgainya..pergi dekat gambar tersebut.. double clik..dan korang boleh adjust ikut kehendak masing2. dan save...boleh sambung sekiranya belum siap..

sekiranya ada gambar dengan tanda sebegini..jgn risau..ia cuma peringatan bahawa gambar tu resolution dia low..so korang boleh tukar gambar lain atau kecikkan petak gambar tersebut..tapi klu korang tak kisah..print ja..boleh...klu di page ni kita tgk masih elok..tak pecah2..ok la..jgn sampai kat page pun pecah..apatah lagi nnti masa print..huhu..lepas dah setle apa semua..korang semak dengan pergi ke ruangan preview..clik kat situ..dia akan paparkan secara keseluruhan photobook..klu tak okey..perbetulkan balik..klu dah ok..clik pada kotak hijau yang tulis ORDER tu..

sekiranya bermasalah..dia akan keluar yang ni.. dia akan bagitau gambar low quality..petak gambar kosong.. tapi jgn risau..korang semak balik dekat page yang dia papar tu..lepas tu betulkan..dan clik confirm.. klu masih tak jumpa jugak kat mana salah tu..confirm ja..teruskan sebab tadi masa preview nampak tak dak masalah pun kan..kadang2 ada kotak yang tertindih..so kita tak nampak kotak kosong tersebut yang tak diisi..


5. Pembayaran.

semak apa smua details..betul atau tak..yang dipaparkan adalah jumlah kos sebenar yang perlu dibayar..tapi jgn risau..korang dah beli voucher tadi kan..kat sini ada dua material..satu glossy (berkilat mcm print kat kedai gmbar tu) dan satu lagi matte (yang ni warna mati, tak berkilat) tapi gambar tetap jelas..jgn risau..ikut kehendak masing2.. harga sama ja..xberubah..
 
buat pilihan gloss atau matte..berkilat atau tak..

kemudian bahagian billing dan shipping..
pastikan alamat korang alamat yang betul utk pixajoy buat penghantaran barang bila siap nanti.. kos utk postage macam biasa la..RM8..harga standard..nak cepat boleh self pickup..tapi harga lain la.. terus dengan continue

ni bahagian payment..masa ni lah korang perlu gunakan voucher yang dibeli tadi..utk redeem..


voucher boleh didapati pada emel yang dihantar selepas pembelian..semak emel..ada fail pdf yang diberi..ambik code voucher..copy and paste pada website pixajoy di ruangan yang dalam gambar diatas tadi..


setelah selesai..harga pun jadi berubah..hehe..korang cuma bayar kos postage sahaja..
dan buat pilihan bayaran melalui bank korang..tiada cas tambahan..
confirm order..

semak..dan proceed...

terus ke bank yang dipilih..pastikan laman web bermula dengan https.. dan bewarna hijau..bermakna laman web berikut selamat digunakan..

request tac..dan masukkan no yang dihantar melalui sms..submit..

selesai..itu sahaja..mudahkan..ahahha...selamat mencuba..

dah habis..korang boleh semak dekat order tracking..utk tahu status terkini..

37 comments:

  1. Salam pijut. Tau x mcm mana nk buat klau kite nk tukar dr 8x6 kpd 11x8? Album dah siap susun tetiba nk tukar saiz🤦‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..sya dah pernah cuba haritu..sama kes jugak..tersilap size..blh nak tukar balik..tapi mcm byk benda yang lari..nak kena susun balik..gambar pun jadi distort la..kembang la..so lebih baik buat lain..sama jgk..

      Delete
  2. thanks.. sangat membantu

    ReplyDelete
  3. salam kakk. thanks a lot. sangat membantu. cuma nak tahu, dia post guna apa? poslaju ke atau cemna? baru tringat ni kt rumah tkde org. kalau poslaju lega lah nt bole amik situ. kalau selain tu, mcm mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep..pos laju..tapi ada courier dia datang hantar kat kita.. dia akan kol kita bila dah sampai atau tak jumpa cari..haha..pastu cik boleh check status dalam website dia..samada dah di hantar atau belum..

      Delete
  4. salam pijut.. nak tanya dia boleh save as pdf tak photobook yang kita dah susun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh..just boleh preview sahaja..tak silap klu nak ada yg pdf ni..kena buat style offline.. atau kena download software dia..dah siap nnti akan jadi bentuk pdf..dan on internet baru submit..tu cara offline la..

      Delete
  5. Salam. Nak tanya, kalau kita buat photobook guna pixajoy ni, kena beli code pixajoy jgk eh? kalau beli code biasa je yg rm1 tu tak dpt eh harga 1 album rm8.45?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kita beli code dekat lazada..rm1 @ berapa harga promosi ketika tu.. pastu lazada akan emel code voucher.. nnti masa kita buat photobook..masa nak submit harga akan dipapar mengikut harga standard..69 camtu..so kita masukkan la code tu..dia akan jadi RM kosong...so kita dah beli harga RM69 tu dgn harga promosi lazada RM1.. dan kita kena bayar duit pos rm 8..so totalnya kita perlu bayar RM1+RM8..tak sampai RM10..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam.. nak tny size photobook apa sesuai utk gambar dr handphone?
    ke tak ada masalah sbb dalam photobook bukan gambar penuh sbb gambar dalam kotak bagai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..xdak masalah..kebnyakan gambar sya pada photobook dr handphone..cuma pastikan gambar tersebut saiznya besar..bukan gambar dari size wasap..klu dari wasap gambar tu dah compress kecilkan saiz.. gambar yg di snap guna camerea hanset selalunya ok..boleh terus letak dalam photobook..6x6

      Delete
  8. Assalamualaikum.. Bc nk buat pening.. Pijut boleh buat.. Saya cuma bayar kos... Dan kos penat.. Semua sekali lah.. Saya x pandai sangat mcm ni

    ReplyDelete
  9. wkslm..boleh ja..haha.. nnti bagi la gambar..

    ReplyDelete
  10. maaf Tanya pijut, maksudnya kalu online ni kena siapkan terus masa tu jugak la kan? boleh tak nak save dulu then sambung upload gambar kemudian plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja..save then sambung bila free..sya pun byk yang save..bertangguh2 tak dan nak siapkan..hehe

      Delete
  11. Assalam sis.. Nk tnya.. Knpa bla kta click order kluar error sruh revise page.. Mcm na ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..cuba check connection internet..takut slow..sebab dia masa clik order tu dia akan upload file gambar kita.. jadi pastikan internet dalam keadaan ok.

      Delete
  12. pijot, kalau photobook tu kita nak order lebih dari satu, kita kena beli voucher tu sebanyak mana photobook yang kita mahu ea?

    ReplyDelete
  13. Aslm pijut, adakah photobook ni harus menggunakan format dari pixajoy sendiri? atau kita boleh custom sendiri untuk letak dekat mana gambar atau text yang kita mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..sebenarnya dia custom made.. pertama kita boleh guna template yang diberi. pastu adjust ikut kesukaan kita. nak letak tulisan ka, sticker ka.. apa2 lah ikut kreativiti kita.. keduanya kita mula dengan blank template. yang ni mmg kosong..kita masukkan gambar2 dan apa2 mengikut kehendak kita.. bagi saya guna template sedia ada..dan kita adjust ikut citarasa kita..

      Delete
  14. assalam..kalau kita dh ada design photobook yg kita buat sendiri dalam photoshop..macamana kita nk upload dalam photobook utk di cetak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslam..first kena save format jpg / png. kemudian bukak online punya macam cara yang saya terangkan di atas..kemudian boleh upload mcm gambar2 yang lain..klu tak tukar format photoshop mmg xblh.

      Delete
  15. asslam.. pijut.. kalau saiz dekat shoope photobook 8x12 dekat page photobook tak da saiz tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm... klu dekat page photobook ada.. size mereka 8"x11" Medium potret..klu dekat page pixajoy kena pilih dekat potrait atau landscape..jgn pilih square.. sama juga sizenya 8"x11" bagi potrait..klu landscape jadi ada dua 8.5"x12" atau 8.5"x11"

      Delete
  16. Salam,pijut...saya baru tahu pasal pixajoy ni..hmm saya dh terbeli photo print without upload any picture? Pijut tahu ke cane nk buat? Hmm saya buntu

    ReplyDelete
  17. Salam nak tanya kalau beli voucher bnyak kat shopee tuk buat bnyak album, tapi masa edit dan bayaq shipping tu asing asing stiap album atau skaligus jaaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..dia still kena bayar setiap 1 item sekali postage..2 item alamat sama pun 2 kali postage..tapi nanti barang sampai dalam 1 parcel..sebab alamat sama..pelik kan..haha..tapi gitulah keadaannya..

      Delete
  18. salam pijut..nak tanya app ape yg boleh buat fotobook yg lebih 100 keping gambr?

    ReplyDelete
  19. Salam,selain smartphone,laptop..boleh ka pkai tablet atau ipad untk buat photobook ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..pixajoy xdak apps..tapi photobook ada aplikasi..mudah skit nak digunakan..cara samajuga..kena beli voucher code di shoppe..

      Delete
  20. Replies
    1. yes..brunei pun ada branch dia jugak.. just taip https://www.pixajoy.com/intro kemudian pilih negara brunei..

      Delete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...