17 August 2021

Terima Kasih ABAH :: PM MALAYSIA ke 8




Assalamualaikum..

Sedih rasanya dihati di atas kepimpinan  Tan Sri Muhyiddin Yasin yang telah sampai ke penghujungnya.. apa pun aku sgt berterima kasih di atas usaha yang dilakukan..bagi aku pemerintahannya sgt2 la mencabar ketika mana wujudnya wabak penyakit Covid-19 yang belum pernah wujud ketika ini, keseluruh dunia terkena wabak penyakit ni..mana2 negara pun mmg belum ada pengalaman. bagi aku, abah dah usaha sebaik mgkin..

Cumanya wujudnya beberapa menteri yang kurang peka dengan keadaan negara.. atau mereka mmg sahaja buat2 tak faham.. seolah2 sengaja nak mencalarkan kepimpinan abah.. 

Dan sebelum abah memerintah, kerajaan terdahulu bgtau kerajaan hutang sana hutang sini.. kira macam payah la nak bagi bantuan..sebab byk hutang.. last2 dpt pada abah mudahnya nak dpt bantuan..Alhamdulillah..

Diawal pimpinannya dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan sendiri... dan diakhir perkhidmatannya pun dia sendiri yang membacakan doa untuk rakyatnya...

Terima kasih PM ke 8 dan jemaah menteri yang berusaha sebaik mungkin untuk menerajui Malaysia walaupun selama lebih kurang 17 bulan...

Semoga Allah kurniakan pimpinan seterusnya dgn peminpin yang dapat memartabatkan Islam, menyatukan kesatuan ummah khususnya menyatukan bangsa melayu dan menjaga kebajikan rakyat..


اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا


"Ya Allah, lantiklah untuk urusan kami (dalam pemerintahan) orang-orang yang terbaik daripada kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk daripada kami"

Allahumma Amin..

Terima Kasih juga pada Datuk Dr. Zulkifli.. 

30 July 2021

Complete Second Dose :: Vaksin Pfizer


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ni adalah hari temujanji aku untuk ambik second dose vaksin. 2 ke 3 hari sebelum tarikh temujanji, pihak KKM akan kol korang..operator call.. bagitau suruh hadir..ingatkan..sampai 2 kali kol.. dan disusuli dengan mesej.. kalau korang tak hadir lagi tak tau la..haha..bersungguh diorang nak jayakan pemberian vaksin ni..

Alhamdulillah wife aku pun selesai vaksin utk dos kedua.awal2 pagi dia dah pergi..lepas siapkan sarapan, iron baju..terus tinggal kami anak beranak kat rumah.. Alhamdulillah aku tak perlu nak hntar..dia naik grab dengan kawan.

Semalam 29hb 7..mak dengan ayah aku selesai vaksin dos kedua..Alhamdulillah..

Mulanya vaksin aku petang..tapi kami dpt info anggota wakil yang bertugas di sana..diorang yg mana temujanji petang blh datang pagi..apa lagi.. lepas ja program bacaan kahfi online..sarapan..terus gi pusat vaksin.. dan keadaan yang sgt lengang..xramai mcm first dose hari tu..mgkin sebab utk dos kedua ni..xperlu isi borang bagai.. just bawak kad vaksin dengan ic ja..masa menunggu pun sekejap ja.. 

tapi tak ramai yang dpt info ni.. so diorang yang xdpt info ni akan dtg sebelah ptg.. bagus jugak utk diorg ..tak la ramai org sebab ramai yg dah dtg sebelah pagi..

20 July 2021

Raya Aidil Adha Mood PKPD :: 1442H /2021

 


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat sahabat2 semua.. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah.. Tahun ni raya haji tak sama mcm tahun lepas.. sebab tahun lepas masa raya haji rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri sebab kes harian covid-19 tersgtla rendah.. tapi tahun ni.. ujian sgt.. raya dalam keadaan PKPD.. 

Tahun ni aku tak bertugas surau, so ingat nak solat dan baca khutbah dgn wife dan anak2 je la.. tp ada nama plak terselit utk kehadiran solat hari raya AidilAdha di surau.. Aku ke Surau je la.. 

Raya Haji tahun ni jgak tak daknya buat2 kuih raya atau biskut raya.. just beli ketupat palas, rebus nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, bihun sup utara.. dah setel.. makan anak beranak.. lepas makan tido.. lepas bangun tido makan lagi.. 






Baju raya pun pakai yg raya puasa haritu.. muat je lagi.. bukan nak keluar beraya kat mana2 pun.. 

Seharian dalam rumah ja.. habiskan makanan.. lepastu petang skit jiran depan kluarkan kolam.. pakat2 berendam la dalam tu..

Rindunya suasana raya kat kampung, suasana jem kat highway, suasana perjalanan balik kg.. raya rumah adik beradik.. 

Harap lepas dah ramai rakyat Malaysia dpt vaksin dan lengkapkan dos kedua, dapatla kerajaan benarkan utk rentas negeri dan benarkan semua sektor beroperasi.. 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...