23 April 2023

SALAM LEBARAN :: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H / 2023




Assalamualaikum,
Posting raya kali ni kira yg pertama setelah sekian lama bersawang blog ni.. xsempat nak bukak blog untuk tulis2 dan edit gambar.. haha..
Di kesempatan Syawwal ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap. Semoga segala amalan kita diterima Allah.
Raya tahun ni jugak, ramai sgt yg nak jadi ahli falak.. pakat keluarkan fatwa masing2 berkaitan anak bulan syawwal.. haha.. katanya takut jd mcm tahun lepas.. raya kelam kabut..
Aku mcm biasa la.. tenang2 susah.. ahli falak dan geng2 pej mufti tahu la kerja diorg.. cukup masa diumumkan dlm tv.. setel.. 
Ginilah gayanya masa kita zaman 90an dlu.. ternanti2 depan tv.. raya esok atau lusa hadap ja.. haha..

Raya tahun ni aku xdpt balik raya di kampung sebab turn aku bertugas. So tahun ni kita raya kat KL je la..  Raya pertama sempat la pergi raya sebuah rumah ja, tu pun dekat2 sini ja.. yg lain semua pakat balik kg. Hari raya berikutnya menempek ja la di rumah sambil perabihkan kuih2 raya dan layan Netflix.

Anak2 aku ok ja.. raya kat mana pun diorg ikut ja.. haha.. 
So raya ke 7 baru kita balik Kedah dan Perak..
Selamat Hari Raya......


Bertugas hari raya Pertama
kanak2 dapat Duit raya dari Surau dan ada yang dpt duit raya dari Dato' Pahlawan Komandan
hari raya mestilah bersalam-salaman mohon ampun dan maaf.. pastu kena bagi duit raya. itu la yang ditunggu2 pun oleh anak2.. yang puasa penuh kita bg lebih, yg tak penuh dapat kurang sikit..apa2 pun..utk 'mem' besar mestilah sentiasa lebih..haha


rumah pertama pi raya sebelum balik rumah makan kuih raya sambil layan netflix..huhu..nak beraya rumah jiran pun masing2 dah balik kampung..








08 June 2022

Nasik Lemak Royale :: repeat + lapaq

 Assalamualaikum.. Alkisahnya..semalam aku tak sempat makan tghri..wife pun sama jugak..katanya dia sibuk sampai xsempat nak makan..pastu decide lepas balik kerja nak makan..tapi nak makan berat.katanya nak makan nasik arab..aku pun mula2 mcm dah ok..tapi tetiba rasa nak repeat makan dekat nasik lemak royale..hehe..so secara automatiknya terus sampai kat nasik Lemak Royale ampang ni ha..tak la jauh mana dengan cheras tu..walapun sedikit jem.. lapaq punya pasal..on ja...

tudia bak hang...merechikkk
kenyang sampai ke subuh...haha
ni sebenarnya tak cukup..kitorang tambah sepinggan lagi nasik kosong..hehe..
adik farha kecik lagi.. kitorang gaul2 dengan kuah skit2 ja..bagi rasa lite2 gitu..klu kuah banjir risau sakit perut plak dia nanti..




Tiba-tiba raya :: HARI RAYA AIDILFITRI 1443h TAHUN 2022

 

Assalamualaikum..alhamdulillah, baru ada kesempatan nak post gambar2 raya haritu.. almaklumla..setelah 2 tahun raya tak boleh balik kg..dia punya raya tu haa...jem jalan luar biasa..haha..kerajaan pun support beb dengan bagi tol free..free ada makna okey..dah nak PRU ni.. depa bagi kita sebat.. Satu lagi hal raya tiba2..haha..

Rasanya dlu masa aku sekolah rendah..pernah berlaku dan pastinya kita waktu tu budak2 la yang paling seronok..tunggu depan tv..pakat teka la esok atau lusa raya..sekali dengar pengumuman esok raya..mmg melompat la..esokkk rayaaaa.. padahal masa tu mak ayah kita la yang kalut apa smua..budak2 main mercun je la..esoknya rasa..

Setelah beberapa tahun, anak bulan syawal kerap sgt susah kelihatan, maka kita menggunakapakai kaedah rukyah dan hisab (hitungan falak) dengan merujuk kepada syarat kenampakan anak bulan yang disebut sebagai kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan). Itulah kaedah yang kita gunakan dalam menyusun takwim bulan Islam di Malaysia.

So dalam setiap tahun tu kita dah boleh agak dengan mengikut kalendar yang telah disusun. Akan tetapi tahun ni Alhamdulillah, nampak anak bulan syawwal. Maknanya esok tu dah masuk Syawwal..maka kelamkabut la orang2 dalam rumah.. lari plan ooo. Yang kesiannya mereka yg duduk di kawasan kg. mana taknya..pukul 8 kedai dah tutup. Mana nak cari ayam, barang dapur bagai..klu di KL ni jgn risau..Pasar 24 jam pun ada..haha,..tapi berebut la jawabnya..nak raya kan..

Selamat Hari Raya
Sekejap ja anak2 dah besar..

Yang Kembar ni pun punya la payah nak ambik gambar berdua..

Alhamdulillah raya tahun ni tak bertugas, dapat la balik KG.

Santai..

layan budak bandar masuk kg.

hilux pun peghak depa ni..pakat la naik ramai2..pak menakan pun layan la.. 

haha..seronok la tu boleh naik..

Alhamdulillah, cucu tokya..

habis raya di KG balik raya di sekolah plak..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...