03 March 2022

Selesai sesi Persekolahan 2021 dan pendaftaran Sesi 2022

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selesai sesi persekolahan anak2.. Fateh dengan Fatehah dah selesai hantar buku teks tahun 1 yg lepas. Alhamdulillah tak dak yg hilang..cuma pembalut buku ada yg terkoyak..xpa..nanti dpt pada murid seterusnya kena balut balik la.. Amin plak dah selesai pembelajaran tadika 6 tahun. Siap dapat sijil dan hadiah beg sekolah. Alhamdulillah..

Terima kasih aku ucapakan pada cikgu2 mereka yang bersemangat memberi didikan yg sepenuhnya walaupun ketika dunia sedang melanda wabak penyakit covid-19..Sekejap hadir ke sekolah, sekejap online pastu hadir ke sekolah balik, pastu cuti kuarantin dan sebegainya..tetapi pembelajaran tetap diteruskan. Walaupun anak2 tak sepenuhnya faham, tapi sekurang2nya mereka tidak tercicir dalam sukatan pelajaran mereka.. Ibubapa pun kena ambik tanggungjawab untk menjadi tenaga pengajar juga. untuk beri kelas intensif pada subjek2 yang mereka tak faham. Masa tu baru tahu betapa payahnya nak mengajar. nak fahamkan anak2..satu cabaran jugak la kepada mak ayah.

Dan Alhamdulillah juga, telah selesai urusan kemasukan untuk tahun seterusnya, selesai bayar yuran, selesai ambik buku teks. Aku pergi seorang ja masa sesi pengambilan buku teks KSSR dan KSRA. Sekali berat da, mau taknya..3 orang punya buku, mmg byk la.

Masa tu sekolah benarkan seorang waris bawak seorang murid utk urusan pendaftaran dan penyerahan buku. Tapi aku tak bawak pun. byk faktor jugak la. Cikgu ada jugak tanya pasal diorg. Kebanyakan cikgu tak tau pun fateh dengan fatehah ni adik beradik kembar. Ye la..sebab depa ni tak seiras dan berlainan jantina. Kelas pulak asing2..mmg tak kenal la cikgu. masa aku ambik buku untuk tahun 2 baru ada sorang cikgu tu perasan depa ni kembar. Cikgu kelas Fatehah untuk Tahun 2.

Buku teks KSRA untuk Amin Uqasyah plak aku tak payah beli sebab guna buku abangnya, fateh. Buku kakak, aku wakafkan pada cikgu untuk kegunaan pada murid yg kurang berkemampuan (asnaf).

Alhamdulillah selesai semuanya. Tunggu bulan  Mac nanti untuk sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2022. Harapannya adalah supaya kes covid menurun. Dapat murid2 untuk belajar secara fizikal.

Allahumma Ameen..

06 January 2022

Recap 2021 :: rentas negeri selepas tamat PPN Fasa 3

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saja nak post aktiviti kami selepas tamatnya PKP yang membolehkan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman dan jugak keluar bercuti.

ni antara Aktiviti yg sempat kami lakukan selepas dapat balik ke Kedah tahun lepas.. 

1. Tanjung Dawai

masa ni tak plan pun..petang tu buat keputusan nak pi pantai merdeka..tapi tetiba aku terbagi idea plak..naik bot ja pi sana..naik bot daripada jeti tanjung dawai..turun di pantai merdeka..
trip kali ni ramai cucu2 tok dengan wan..
beratur nak naik bot..masa ni tekong bot deal dengan aku untuk trip makan angin pusing2 ja..tak pyh berenti di pantai merdeka pasal dah lewat petang..dalam 6.30petang dah.. better dok dlm bot ja pusing2..tawar menawar dpt la rm80 untuk pusing2 kawasan situ..lalu jugak dekat pantai merdeka tapi tak turun la.. bagi aku berbaloi la.. dpt tgk keindahan ciptaan tuhan..

masa ni tak terpikir pun nak pakai life jacket..huhu..bila tgk gambar ni balik..rasa risau jugak klu jadi apa2.. tekong tu pun tak ingatkan kami utk pakai life jacket.padahal ada ja life jacket..dan kalau ikut undang2 pun mmg kena pakai..
hepi kakak dapat naik bot
yang ni bab bergaya bagi kat dia
tekong bagi peluang aku utk bawak bot..hehe..
bgus tekong bot ni..setiap tempat yg kami lalu dia perlahankan kelajuan sambil dia terangkan berkaitan tempat2 tu.. klu kami dtg awal mmg sesuai la turun di pantai merdeka sambil lepak2 main pasir kat situ..oleh kerana dah lewat..tak jadi la..


2. Siti D'Gurun Homestay

Kitorang plan untuk stay dekat homestay Siti D Gurun ni utk bbq sambil anak2 mandi kolam. Alhamdulillah harga yg berpatutan.. Sampai2 ja makan dulu..baru terjun kolam..

tu dia.kita mandi dlu.. Alhamdulillah kolam luas..cuma yg bahagian kanak2 tu skit ja.. selebihnya dalam..so kena guna pelampung.. dan pemantauan dari ibubapa...


sejuk.. terpaksa dikeluarkan awal daripada kolam..menggigil dah budak kecik ni sorang..

malam kita barbeque
tempat bbq disediakan termasuk kerusi dan meja...
bangun2 pagi terus cari kolam..gerak bangun pagi pun senang ja.. sebut mandi kolam terus bangun dari tempat tido..haha..
sejuk2 pun mandi tetap mandi..hehe


3. Dataran Alor Setar

Kalau dah dtg alor setar malam2 blh mai lepak kat sini. Dataran Alor Setar, sebelah Masjid Zahir.
Jadi tumpuan sebab byk mainan budak2. Cumanya kena pandai pilih. Pastikan pilih mainan yg baru di cas sepenuhnya. pusing2 dulu tanya harga sebab ada yg mahal, ada yg murah. Sambil tu korang perhatikan la mainan yang laju, tak semput, lampu liplap2 sebab budak suka, lepas tu tengok kedai dia yg mana. Sebab masa mula2 kitorg pergi ada satu kedai tu, mainan okey dah, menarik, nampak baru tapi bila 5 minit main dah xlaju, mula semput.

adik pun teringin nak naik juga..

motor yg mcm ni ok la sebab tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan. Sedap la bebudak nak main.

last posing di negeri jelapang padi sebelum balik ke KL



4. Kuala Kurau









5. Zoo Taiping














04 January 2022

Selamat Tinggal 2021 dan Selamat Datang 2022

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tahun 2021 meninggalkan kami dengan penuh coretan. dan 2021 jugak menyaksikan aku, isteri dan anak2 berbulan2 tak balik kampung di kedah akibat pkp.. Skrg pun masih lagi ada varian2 yg baru.. yang terbaru ni hadir pulak varian Omicron.

 Harapannya varian2 covid-19 ni tak menggangu aktiviti seperti sediakala. Untuk yang sekarang ni ibadah Umrah sudahpun ditangguh/disekat akibat varian Omicron. Sesi persekolah masih belum ada update lagi dari pihak kerajaan.

Semoga tahun baru 2022 ini memberi lebih sinar kepada kami sekeluarga. Anak2 semakin membesar. Fateh & Fatehah dah masuk darjah 2, Amin plak dah masuk darjah 1. Cepat sungguh masa berlalu. Dan bagi mereka yang terkena musibah banjir baru2 ni semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian.


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...