01 September 2021
23 August 2021
Suratan Takdir :: AL-FATIHAH
1924-2021
Innalilla hiwainna ilaihirojiun..
Kembalinya tok aku kerahmatullah disaaat dunia melanda wabak penyakit covid-19.
Aku dengan wife yang di KL ni mmg tak dpt la nak balik. Tak boleh rentas negeri. Niat aku mmg nak pecut balik ja..tapi tu la..urusan dokumentasi dgn balai polis lagi..lepas tu masa yg di ambil utk sampai ke kedah..mmg tak sempat..diorg kebumi cepat..dapat tahu kematian tghri pastu petang dah nak kebumi sebab arwah tok meninggal sakit tua. so tak perlu post mortem apa smua tu..
Dan keluarga aku juga tak dapat pergi menziarahi dan menguruskan kematian arwah tok sebab depa satu family (1 rumah) habis kena kuarantin dan ada yg positif.. so klu aku balik kedah pun nak bermalam kat mana..tak blh singgah rumah pun.. nak tido rumah adik beradik tak berani..takut aku menjadi punya diorg kena positif covid ka..baik cegah sebelum kena..
apa2 pun Alhamdulillah..tahun lepas masa raya haji aku sempat balik kedah dan ziarah arwah tok..masa tu tok ok lagi..dalam keadaan sihat..boleh dok sembang lagi.. tapi lepas beberapa bulan aku balik KL, arwah tok sakit, dan tak lama lepas tu meninggal.. arwah tok duduk dengan pak njang (adik ayah)..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
18 August 2021
Warna-Warni rakyat Malaysia ambik vaksin di PPV
Mereka ni hadir ke pusat vaksin dengan pelbagai kostum.. mana taknya.. dah lama terperap dalam rumah.. bila sesekali dpt keluar.. tu yg mereka nak hiburkan diri dan masyarakat.. jgn stres2.. haha.. selagi mana tidak melanggar syariat..
iron man
mengilai kau bila dpt vaksin pfizer.. haha
Bumblebee.. jenuh jugak tu..
bukan saja netizen terhibur.. frontliners pun terhibur jgak setelah penat melayan org ramai..
Ultraman pun vaksin jgak..
duck ni tak pasti jantan ka betina.. haha
topeng dali
kostum dalam la casa de papel (money heist)
gadis melayu berkain batik
dinasour ni viral kot.. comel ja.. haha
yg ni dahsyat.. haha
kostum valak.. dalam filem The Conjuring
Batman dan Joker ada jugak weiii..
lelaki melayu terakhir berbusana melayu
spiderman..
tu dia dino.. besar
seram doktor tu nak suntik vaksin
The Predator
lepas ni aku nak tgk kostum apa lagi netizen nak pakai masa ambik vaksin.. haha.. nnti kita update lagi
p/s : update
Subscribe to:
Posts (Atom)

























