14 June 2021

Buah Pelam Gajah PKP

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, mak dengan ayah kirim buah dekat kami di KL ni..teringat depa kat anak cucu depa..dalam keadaan covid skrg ni..pkp..mmg tak blh lagi la nak balik ke kampung..masuk ni dah 11 bulan tak balik kedah.. lagi sebulan genap setahun tak balik kampung..huhu.. 

bila org kurier hantar..depa la yg paling menyibuk..sentiasa dok tnya bila buah nak sampai..

si kecik dengan kertas dia..dok kalut mcm abg kak dia jgak..tak ketinggalan

Buah pelam tepi rumah, mak tanam sendiri..buah dia hambik..besar gedabak..2 biji dah dekat sekilo.. mmg aku panggil pelam gajah je..haha.. puaih makan.. Alhamdulillah..manis2 masam skit.. tapi yang masak ranum tu mmg manis..cuma yg kurang masak tu dia ada masam skit..tapi manis dia byk..haha.. mak aku ckp dlu buah ni manis gila..tapi semenjak dua menjak ni dia dah kurang manis..

tu dia buah dia.. dapat sorg sebiji pun puaih dah..

posing dulu..

adik aku tolong poskan..2 kali..first tu mmg byk giler..puaih hati makan.. tapi faham2 la..7 orang makan..sekejap ja habis.. tak sampai 2 hari..sehari setengah ja..haha.. lepas tu mak pos lagi buah.. kali ni sekali dengan kuah rojak, sambal tempe, kuih bahulu.. Alhamdulillah..selamat sampai..

Cumanya adik aku yang kat penang tu.. mak aku poskan jugak..tapi kotak diorg macam tak ok..bekas sambal tempe pecah..padahal dah wrap dengan air bubble yang besar tu.. buah yang masak ranum tu terus hancur..pastu bekas kuah rojak mcm kemek skit.. sah la diorg campak2 barang.. padahal kita dah mention masa nak pos tu dan dekat kotak tu company dah tampal sticker 'fragile'.. byk plak tu..tapi mai dekat pekerja punggah barang..habis di campaknya.. 

yang ni agak muda skit.. cicak kuah rojak mak beeeeee..

Selalu jgak la mak aku pos buah ni.. sebelum ni manggis dengan rambutan.. cuma kali ni mak bg buah pelam..semua pokok sendiri..puas hati. klu dekat KL ni nak makan buah mana ada dusun..kena pi beli di kedai la jawabnya..haha

dok video call dengan mak.. tanya pasal buah ok ke tak..

rindu woi nak balik kampunggggg........

budak kecik ni tak habis berangan nak naik motor..time pkp ni berkurung dalam rumah je la..

Aku sentiasa doakan supaya mak dengan ayah kat kampung sihat walafiat.. semoga wabak ni berkahir dan kita semua boleh balik ke kampung bertemu dengan keluarga tercinta..

25 May 2021

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri :: Mode PKP 2021

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih dapat menyambut syawal terindah bersama anak2 dan isteri..cuma tahun ni sekali lagi tak dapat nak balik beraya di kampung..huhu.. 2 tahun berturut2 Aidilfitri di rumah masing..PKP..masa Aidilfitri la kes nak meningkat pun.. Aku dah excited dah nak beraya di kampung..dah tempah baju melayu sedondon anak beranak..tapi apakan daya..tak boleh merentas daerah dan negeri.. bahkan nak raya rumah jiran pun kerajaan tak bagi.. 

Pakat anak beranak makan kuih raya sendiri je la..huhu..

sedondon bersama2 dengan hero2 abi..semoga menjadi anak2 yang soleh..

like mom like daughter

hapening time raya bila anak ramai ni..tp bikin pening jugak..

heroin umi..

tu dia.. payah nak ambik gambar berdua ni..si kecik yg sorang tu dok kalut kat benda lain..boleh la bergambar..klu tak mmg nak menempek ja..


Alhamdulillah jugak aku dan isteri dah habis puasa 6.. terasa ringan ja nak puasa tahun ni..sebab pkp kan..klu sebelum2 ni mmg cukup payah..sebab open house merata2.. bulan syawal ni kira jamuan makan sesaja..haha..dugaan..

Hari aku update blog ni, kes dah mencecah ke 6509 kes harian..kes kematian pun meningkat sampai 61 orang sehari.. Allah.. 



Ramadhan Al Karem :: PKP Mode 2021

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..tahun ni puasa masih lagi dalam suasana pkp. cuma bezanya dengan tahun lepas adalah kita boleh dtg terawih di masjid/surau. Sebab tahun lepas tutup. hanya imam, bilal dan bebrapa ajk sahaja. Dan tahun ini ada bazar Ramadhan, tahun lepas tiada bazar Ramadhan dibenarkan. Sedihnya ada beberapa kawasan tak dibenarkan untuk diadakan bazar Ramadhan akibat daripada meningkatnya kes Covid di kawasan tersebut. Kesian peniaga yang dah berhabis modal beli barang2 niaga, akhirnya tak dapat berniaga. Dan ada jugak beberapa bazar di arahkan tutup akibat daripada tidak mengikut SOP yang telah di tetapkan.



Fateh fatehah, Alhamdulillah, tahun ni depa mula berpuasa.tahun lepas masa 6 tahun puasa sekerat hari ja.. mgkin faktor persekolahan jgak..sebab kawan2 semua pakat puasa. Lepas tu kita bg kata2 semangat skit..alhamdulillah tahun ni berharap dapat puasa penuh..  


UPdate : Alhamdulillah..Fatehah berjaya puasa penuh Ramadhan 2021, Fateh pulak tertinggal sehari..hari pertama..mgkin baru nak biasakan diri berpuasa..dugaan depa berdua ni adalah daripada adik2 yg makan depan mereka..haha..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...