18 March 2019

ANNIVERSARY ke 6 :: Firdaus & Atikah



Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. genap 6 tahun usia perkahwinan kami suami isteri dengan dikurniakan seramai 4 orang cahaya mata, 3 lelaki 1 perempuan. Satu nikmat yang tidak terhingga. Alhamdulillah..
Dan seperti biasala, dalam alam pernikahan, 5 tahun fasa pertama perkahwinan, agak2 mencabar dan statistik menunjukkan usia perkahwinan 5 tahun awal berakhir dengan penceraian adalah yang tertinggi.

Memang benar, dalam berumah tangga ni, byk sgt cabarannya, cuma kita sebagai kapten kapal perlu bijak mengatur langkah supaya tidak karam atau tersasar. Banyakkan bersabar, gaduh-gaduh manja tu biasa la..asam garam.

Dan yang pasti, jagalah hubungan dengan Allah, dan Allah akan jaga hubungan kita dan pasangan serta anak-anak.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Isteri tercinta dan juga anak2. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita.. Ameen..

2013 - 2019
Muhammad Firdaus
Noor Atikah
Nurul Fatehah Humaira
Muhammad El Fateh Uwais
Muhammad Amin Uqasyah
Muhammad Luqman El Hakim

07 March 2019

Kabsah Hashi :: Nasi Daging UNTA :: PAKEJ UMRAH SAFWAH

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..baru berkesempatan nak kongsi pengalaman ketika berada di tanah suci mekah.
Post kali ni nak share tentang nasi arab. Kabsah Hashi atau dalam bahasa melayunya nasi unta. Kabsah Hashi ni adalah nasi daging anak unta.

Malam berada di Mekah, kami geng2 mutawwif pi berjalan2 cari makan. Tup2 depa habaq nak pi makan nasik unta. Sebenarnya byk kedai yang ada jual.. cuma yang aku pi ni berdekatan dengan Jabal Nur. Untuk kesana daripada Hotel Safwah @ Masjidil Haram lebih kurang 25riyal untuk satu teksi. kami pi dua teksi.

Bila orang tanya sedap ka? aku jawab boleh lah..tak sesedap daging kambing. Ada mereka yang suka dan ada yang tak suka. Makan plak dengan bawang dgn cili hijau..fuhh..terangkat beb..haha.

Daging unta ni sebenarnya agak panas. Jadi disarankan minum bersama 'laban' bagi menyejukkan badan. Sebab malam tu bila sampai hotel, selalunya aku tidur bungkus selimut di badan..sebab sejuk. Tapi balik dari makan daging unta, tidur tak pakai selimut pun..haha..sebab terasa kehangatan badan.

Untuk yang nak pergi ke situ korang boleh ckp kat pemandu teksi tu nak pergi kabsah hashi di jabal nur..tau la dia nak bawak..dan pastikan korang nego dulu harga tambang. Dan di sana boleh juga klu nak guna Uber kalau tak nak naik teksi.

butiran teksi dan pemandu teksi

jgn pelik jalan raya diorg tak dak line..haha.. kedai Kabsah Hashi tu yang ada signboard.. kecik tapi sedap..haha..nampak mcm terpencil skit..

melintas kat sini kena hati2 sebab depa bawak loqlaq skit..

menunggu kawan2 yang lain sebab naik 2 teksi.. berasingan

mai sini mau kena perut lapaq betui baru sedap nak makan..

sesi membuat pesanan makanan.. 

biaq depa order..kita makan ja..satgi nak bayaq pakat kolek duit..

setalam makan utk 2 org..

di sni makan mesti guna saprah plastik jernih tu..xdak nya nak pinggan2..

makan wajib guna tangan..baru ada feel..dan mmg tidak ada kuah..kering ja..tp sedap ja makan..boh daging skit..letak bawang, cili hijau, sambal mesin pastu tuang laban skit..tudia..menjilat jari oo..

yang dalam botol putih tu laban atau susu masam atau yogurt.

berselera betul bila dapat makan cara macam ni, bersila bagai, guna tangan plak, pastu ramai2 mkn secara berjemaah..

selesai makan kena tunggu di luar..mencari teksi untuk balik ke hotel safwah @ masjidil haram. Utk makluman, disini agak sukar nak dpt teksi..so kena bersabar la skit menunggu..
dibelakang kami tu yg di dalam kedai makan adalah jemaah dari turki, mai satu bas, makan nasi unta..

dan bila naik teksi, nego murah punya murah..dapat la dia hantar betul2 penjuru masjidil haram..kena la jalan skit 300 ke 400 meter utk sampai ke hotel.. bagi aku ok la..bakar lemak..hehe

lokasi masjidil haram / hotel safwah  dan juga kedai kabsah hashi..klu tgk bulatan merah yang paling atas sekali, itu adalah Jabal Nur yang mana terdapatnya Gua Hira'..Tempat mula2 baginda Nabi S.A.W menerima wahyu..sapa berkelapangan boleh la naik.. agak tinggi jugak..dan di atas itu juga akan dapat menikmati permandangan yang cantik.
Kebanyakan pakej travel tidak memasukkan aktivti ke Jabal Nur ke dalam tentatif mereka..kerana tidak semua yang mampu utk mendaki naik ke atas sana.

sekiranya nak naik jugak..boleh plan sapa yang nak pergi..cari teksi..dan klu ramai boleh sewa coaster/mini bus utk ke sana..selalunya orang2 muda ja pergi. tapi ada jugak org yang berumur dgn semangat dan kesihatan yang baik naik ke atas sana.

20 February 2019

ILMU 'PARENTING' - Ajar Solat mengikut Umur Anak-anak

Alhamdulillah.. 
Sedikit perkongsian daripada aku tentang mengajarkan anak2 untuk Solat 5 waktu mengikut umur.
Sememangnya mendidik anak biarlah daripada awal supaya tidak terlewat..bila dah besar nnti agak sukar bagi kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak2. Bak pepatah melayu, melentur buluh biarla daripada rebungnya.

1-4 Tahun - Dedahkan kepada anak2 dengan Solat kita untuk mereka ini meniru balik. Maknanya kita kena solat di tempat terbuka, biar anak2 lihat kita solat, bacaan, wirid, doa  supaya mereka sedikit2 boleh tiru. Anak2 ni macam2 span, mudah meresap apa jua yang mak ayah diorg lakukan. Contoh seorang ibu asyik bermekap di sebelah anak2.. dan kita akan lihat telatah mereka bila bermain dengan barang2 mainan dia cuba utk tiru gaya kita mekap, letak bedak kat muka, sikat rambut, pakai lipstick dan sebagainya..padahal kita tak ajar dia pun..tp sebenarnya dia telah meniru setiap perbuatan kita.


5 tahun - betulkan perbuatan2 solat mereka mengikut tertib dan ajarkan sedikit bacaan.
Masa ni bila anak2 tiru kita solat..kita perbetulkan perbuatan solat dia. kita nampak dia sujud dulu pastu bangun, pastu duduk tahiyat..maknanya tak ikut tertib..kita pelan2 bagitau dia , (sambil tunjukkan contoh pada anak2) perbuatan solat mengikut tertib yang betul..bacaan nantii dlu..bagi anak2 ikut betul2 perbuatan solat tu. Sebab nanti bila nak suruh anak2 solat kita dah senang..diorg akan solat dengan cara yang betul, turutan yang betul walaupun belum sempurna.

6 tahun - perkemaskan bacaan dalam Solat mereka.
Masa ni anak2 dah mula pergi tadika, taska dan sebagainya. Disitu cikgu2 akan sedikit sebanyak mengajar tentang solat. Pastikan taska, tadika yang kita hantar itu ada silibus tentang solat. Macam mana nak tahu? senang ja.. nanti bila jemput anak balik sekolah, depa dok baca sikit-sikit bacaan dalam solat..haaa..tu ye la tu..belajar kat tadika la tu..haha..jgn dengar ja..kita bantu la dia betulkan bacaan. Sebab anak2 ni, apa yang dia belajar di sekolah tiap2 hari. Dia akan cuba nak bgtau kita, baca depan kita, walaupun kadang tu tak betul pun, silap, tak ingat..tapi dia tetap akan bagitau kita.. kita pun hargailah sikit. mcm mana nak hargai?? luangkan masa untuk layan depa.. bagi perhatian sikit..

7 tahun - Pastikan mereka tidak meninggalkan Solat 5 waktu.
Masa ni suruh anak solat tanpa gagal..pastikan cukup 5 waktu. Solat bersama kita, atau kita tgk dia solat depan kita..untuk pastikan mereka solat. InsyaAllah cukup 44hari mereka akan mula istiqomah.. masa tu kita tinggal tanya ja.. dah solat belum?

Semoga kita sebagai ibubapa dapat mendidik anak2 dengan didikan agama yang sempurna.
Sebenarnya byk lagi kaedah. Dan ini adalah kaedah saya sendiri. terpulang kepada anda..lain orang lain kaedah. tapi matlamatnya sama.
Apa2 pun ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak2. Jangan mengharapkan cikgu2 disekolah untuk mendidik anak2 kita..mereka cuma ada beberapa jam je disekolah untuk mendidik. Dan pendidikan agama amatlah terhad.


Fateh dgn Fatehah skrg tgh belajar bacaan dalam solat. Mereka baru 5 Tahun, bangun nak pergi sekolah ja kami dah suruh Solat Subuh. 

Amin 4 Tahun, masih lagi tak betul turutan solat dia.. dia dok tiru abg dengan kakak dia solat. Tu yang dia solat sebelah abg dia utk dia betulkan tertib solat. Tapi kadang2 sambil solat, sambil dia main, sambil kacau abg dengan kakak dia. Biasala dengan umurnya yang begitu. Cuma kita nasihat la dia elok2.

Dan Luqman 10 bulan dok perati sambil kacau abg2 dia dan cuba menyerap apa yang dilihatnya.. 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...