05 March 2016

Tengok Bola (kelantan vs kedah)

Assalamualaikum..
Semalam adalah perlawanan penentuan utk kelayakan suku akhir Piala FA..jadi tgk la bola kedah vs kelantan..katanya diorg dh mandi bunga bagai.. nak tambahkan kecergasan. Apa pun tahniah kedah dapat mengisi tempat utk ke suku akhir wlupun aku berebut jugak channel dgn wife..maklum la..hari jumaat kan maharajalawak mega..jadi selang seli la.. bila time iklan baru dpt tgk bola..

Yg debarnya perlawanan berakhir dgn penalti..huhu..nasib baik menang..  anak2 pun tido lambat skit..terjebak tgk bola sambil menghalang pandangan..sebab diorg main betul2 depan tv..atas rak tv tu ha..
Apa2pun kalah dan menang adat perlawanan..majulah sukan utk negara...

02 March 2016

Aiskrim VIRAL!!!

Assalamualaikum..
sekarang zaman viral memviral.. apa2 skit yg mendapat perhatian di fb atau media2 massa yg lain pastinya akan menjadi viral.. skrg ni tgh viral aiskrim sumi dan jugak aiskrim choki-choki..hehe..
xpasti sapa pencetusnya.. tp yg pastinya rasa terliur jugak la memandangkan cuaca skrg yg agak panas.... dan kos nak buat dia tak la mahal sgt.. beli dan buat sendiri..blh makan anak beranak ramai2..

Memandangkan dah viral..aku cuma search di google ja..kluar la mcm2 blog yang tulis pasal resipi aiskrim ni..so aku ceduk je la..



Aiskrim Sumi
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 Tin Air
2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
Sedikit Garam
Plastik aiskrim

Cara-cara

Sumi dipotong 4 atau lebih
Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
Sejukkan
Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
Setelah beku boleh la makan

sumber : http://www.nurfuzie.com/


Aiskrim Choki-Choki

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

kacau semua then didihkan manja2 api kecik..tepung jagung untuk bg lembut..garam selain membangkitkan lemak dia boleh cegah kembung..air saya guna air tapis yang dimasak tau..
choki2 tu potong 2..masuk dlm plastik eskem then picit2..dah picit ratakan elok2..

Sumber : http://melangkaugarisan.blogspot.my/

01 March 2016

Semak Hadis Sebelum Sebar

Assalamualaikum..
Hari ni keluar dalam fb tentang laman sesawang yang membolehkan seseorang drpd kita menyemak hadis secara online dalam bahasa melayu. Aku kira ni lah satu2nya website yang boleh diakses dalam bahasa melayu dengan menaip matan hadis. Sama2 kita doakan orang2 yang dibalik pembikinan website ni semoga usaha mereka mendapat ganjaran.. Lepas ni yg mana dpt whtsp tentang hadis, tak kira la hadis tu sahih bukhori sekalipun..kadang2 tulis ja sahih bukhori tapi kandungan hadis palsu.. jadi korang boleh la semak dlu sebelum sebar...
tapi website masih dalam pembinaan..mereka masih memasukkan data2 hadis..


http://www.semakhadis.com



Semoga sama2 mendapat manfaat.


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...