08 June 2011

Seniman Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara


PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah supaya tidak membandingkan hasil karyanya dengan filem-filem lain sebaliknya harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, tindakan Gambit menghasilkan klip video lagu Marilah dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej Malaysia jika dipasarkan di luar negara.

"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Harun diminta mengulas berhubung penyebaran klip video Marilah nyanyian Prema Yin yang dilakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.

Alasan Gambit, aksi yang di arahkannya itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Harun berkata, sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara.

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.

"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi.

Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya.

Bukan sahaja Gambit kata Harun sebaliknya Prema Yin dan Shahz Jazle turut bertanggungjawab dalam kontroversi berkenaan. - mStar

Sedikit Koleksi Dari Nikon D90 aku...part 3..

Kursus Penyembelihan Ayam Kerjasama JAIS di Maktab PDRM Kuala Lumpur... Arnab 3 ekor..ayam 50 ekor..2 ekor ayam putus kepala..pisau tajam sgt..hehehe


Gambar ni masa persembahan teater Aladin di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..guna kit lens ja..besar stage dia..flash xblh guna..ni la hasilnya..huhu


Pernikahan Seorang Sahabat...Syakir & Liyana...pertutusan raja sehari..anak sorg dah...
Lokasi : Sg Buloh


Masjid terapung di Terengganu..lupa dah nama masjid ni..saja2 ja ambik masa ni..ikut bos outstation gi terengganu..


Gambar Datin Zawiyah..Pengerusi PERKEP Maktab Polis Diraja Malaysia sedang mendengar taklimat mcm mana nak tunggang kuda yg terlatih ni...
Lokasi : Unit Berkuda PSP Cheras...


Haa....yg ni budak2 yg terlebih ckp masa "kem Jati Diri" di Maktab PDRM KL...So kena gam la mulut depa ni..senang..byk sgt berckp..Tp muka masih lagi hepi...xphm aku...

Hatiku ceria pagi ni dengar lagu Cinta Muka Buku..

Hari ni dtg pej awal...6.30 pagi dah kluaq..pastu plak ambik selekoh di kuantan cheras hampir2 terbalik motor aku..laju satu hal..satu hal lagi kawasan tu ada tumpahan minyak..dlm hati pikir ni mesti kerja si longkai..nak cari mangsa..hmm..terus slow top speed..sampai pej plak kunci tertinggal..huhuhu..dah la ada perhimpunan bulanan pagi ni..tai, kasut smua tertinggal dlm pej..hmm..duduk luar la jawabnya..sampai kul 7 stgh baru staf sampai bukak pintu... tp hari ni mood naik balik sebab dgr lagu 'Cinta Muka Buku' yg diperkenalkan oleh Miss Nuratikah yg dipasang dekat blognya http://missnuratikahpunyacerita.blogspot.com/
.. pasang sampai ulang 5 6 7 kali..ceria ja.. :-) terima kasih atikah sebab letak lagu ni dlm blog..tak penah tau pun ada lagu ni...hahahaha..ktinggalan zaman...

sapa yg kurang mood, xdak mood, mood lari..meh la dtg ke blog >>>>Miss Nuratikah Eika<<<<<.. mesti ceria dgr lagu 'Cinta Muka Buku'



Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...