Posting raya kali ni kira yg pertama setelah sekian lama bersawang blog ni.. xsempat nak bukak blog untuk tulis2 dan edit gambar.. haha..
Di kesempatan Syawwal ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap. Semoga segala amalan kita diterima Allah.
Raya tahun ni jugak, ramai sgt yg nak jadi ahli falak.. pakat keluarkan fatwa masing2 berkaitan anak bulan syawwal.. haha.. katanya takut jd mcm tahun lepas.. raya kelam kabut..
Aku mcm biasa la.. tenang2 susah.. ahli falak dan geng2 pej mufti tahu la kerja diorg.. cukup masa diumumkan dlm tv.. setel..
Ginilah gayanya masa kita zaman 90an dlu.. ternanti2 depan tv.. raya esok atau lusa hadap ja.. haha..
Raya tahun ni aku xdpt balik raya di kampung sebab turn aku bertugas. So tahun ni kita raya kat KL je la.. Raya pertama sempat la pergi raya sebuah rumah ja, tu pun dekat2 sini ja.. yg lain semua pakat balik kg. Hari raya berikutnya menempek ja la di rumah sambil perabihkan kuih2 raya dan layan Netflix.
Anak2 aku ok ja.. raya kat mana pun diorg ikut ja.. haha..
So raya ke 7 baru kita balik Kedah dan Perak..
Selamat Hari Raya......
Bertugas hari raya Pertama
kanak2 dapat Duit raya dari Surau dan ada yang dpt duit raya dari Dato' Pahlawan Komandan
hari raya mestilah bersalam-salaman mohon ampun dan maaf.. pastu kena bagi duit raya. itu la yang ditunggu2 pun oleh anak2.. yang puasa penuh kita bg lebih, yg tak penuh dapat kurang sikit..apa2 pun..utk 'mem' besar mestilah sentiasa lebih..haha
rumah pertama pi raya sebelum balik rumah makan kuih raya sambil layan netflix..huhu..nak beraya rumah jiran pun masing2 dah balik kampung..