25 May 2021

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri :: Mode PKP 2021

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih dapat menyambut syawal terindah bersama anak2 dan isteri..cuma tahun ni sekali lagi tak dapat nak balik beraya di kampung..huhu.. 2 tahun berturut2 Aidilfitri di rumah masing..PKP..masa Aidilfitri la kes nak meningkat pun.. Aku dah excited dah nak beraya di kampung..dah tempah baju melayu sedondon anak beranak..tapi apakan daya..tak boleh merentas daerah dan negeri.. bahkan nak raya rumah jiran pun kerajaan tak bagi.. 

Pakat anak beranak makan kuih raya sendiri je la..huhu..

sedondon bersama2 dengan hero2 abi..semoga menjadi anak2 yang soleh..

like mom like daughter

hapening time raya bila anak ramai ni..tp bikin pening jugak..

heroin umi..

tu dia.. payah nak ambik gambar berdua ni..si kecik yg sorang tu dok kalut kat benda lain..boleh la bergambar..klu tak mmg nak menempek ja..


Alhamdulillah jugak aku dan isteri dah habis puasa 6.. terasa ringan ja nak puasa tahun ni..sebab pkp kan..klu sebelum2 ni mmg cukup payah..sebab open house merata2.. bulan syawal ni kira jamuan makan sesaja..haha..dugaan..

Hari aku update blog ni, kes dah mencecah ke 6509 kes harian..kes kematian pun meningkat sampai 61 orang sehari.. Allah.. 



Ramadhan Al Karem :: PKP Mode 2021

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..tahun ni puasa masih lagi dalam suasana pkp. cuma bezanya dengan tahun lepas adalah kita boleh dtg terawih di masjid/surau. Sebab tahun lepas tutup. hanya imam, bilal dan bebrapa ajk sahaja. Dan tahun ini ada bazar Ramadhan, tahun lepas tiada bazar Ramadhan dibenarkan. Sedihnya ada beberapa kawasan tak dibenarkan untuk diadakan bazar Ramadhan akibat daripada meningkatnya kes Covid di kawasan tersebut. Kesian peniaga yang dah berhabis modal beli barang2 niaga, akhirnya tak dapat berniaga. Dan ada jugak beberapa bazar di arahkan tutup akibat daripada tidak mengikut SOP yang telah di tetapkan.



Fateh fatehah, Alhamdulillah, tahun ni depa mula berpuasa.tahun lepas masa 6 tahun puasa sekerat hari ja.. mgkin faktor persekolahan jgak..sebab kawan2 semua pakat puasa. Lepas tu kita bg kata2 semangat skit..alhamdulillah tahun ni berharap dapat puasa penuh..  


UPdate : Alhamdulillah..Fatehah berjaya puasa penuh Ramadhan 2021, Fateh pulak tertinggal sehari..hari pertama..mgkin baru nak biasakan diri berpuasa..dugaan depa berdua ni adalah daripada adik2 yg makan depan mereka..haha..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...