04 January 2021

Birthday Amin, Fatehah dan Fateh :: Tahun 2021

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Berkesempatan untuk berada di Tahun 2021.. Semoga umur panjang dan dimurahkan rezeki.. Tahun 2020 penuh dengan cabaran dan ujian..termasuk la wabak penyakit covid 19, tak boleh balik beraya di kampung, kena kuarantin di rumah..dan pelbagai lagi..semua itu adalah satu ujian daripada Allah dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur kepadaNya.


Besday amin dengan fateh fatehah dekat2 ja.. amin uqasyah 24hb 12.. so cuti krismas haritu kitorang dah sambut..kemudian fateh dengan fatehah 3hb 1..beza 10  hari ja..hehe.. mmg selalunya kita sekalikan je la..mudah.. bagi aku sambutan ni xdak apa2 pun..bg aku la... tapi anak2 diorg masih belum mengerti.. so kena la buat bagi menandakan kita ingat kat mereka.. klu tak jenuh dok sebut2 bila nak buat besday party..bila nak beli kek..


Dan Alhamdulillah..Tahun 2021 ni adalah tahun yang sejarah bagi aku dan isteri kerana fateh dan fatehah akan mula memasuki darjah 1..setelah beberapa proses temuduga.. semoga anak2 aku menjadi insan yang soleh dan solehah..


Untuk wabak penyakit covid masih belum berkesudahan..dan PKPP masih lagi bersambung utk jangka masa yg panjang sehingga bulan Mac 2021..


Untuk Ibadah Umrah dan Haji berkemungkinan lambat lagi utk dibolehkan..sekiranya jumlah pesakit masih lagi belum berkurang.. berkemungkinan haji tahun ini masih belum dibenarkan.. apatah lagi ibadah umrah.. 


Untuk mereka yang berkerja di sektor pelancongan, mmg sangat2 perit.. dan ada yang dah bungkus.. hampir satu tahun sektor pelancongan lumpuh..untuk yang dalam negara mgkin masih boleh bernafas..utk sektor pelancongan luar negara, umrah, haji..mmg amat2 tenat.. semoga wabak penyakit ini di angkat oleh Allah s.w.t..

Ameen

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...