07 December 2020

Pengalaman SWAB Test & Kuarantin Contact Rapat Covid-19 :: 14Hari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..harini KL/Selangor masih lagi dalam PKPB, tapi dah diberi kelonggaran yakni boleh merentas negeri..bercadangnya nak balik kampung la..tapi masih mencari tarikh yang sesuai nak balik..semestinya minggu pertama ni ramai yang nak balik..mau tak nya.. masing2 dah berbulan2 tak dapat balik akibat drpd PKP yang dilaksanakan..rasa aku, last balik kg haritu masa raya haji, bulan 7..lepas daripada tu dah boleh rentas negeri..so ramai la yang merindui kg halaman..

Kesempatan kali ni nak cerita sedikit tentang pengalaman aku kena kuarantin..sebenarnya benda ni la kita paling takut..dpt jangkitan virus yang kita tak pasti pembawanya.. ceritanya bermula dengan satu seminar di dalam dewan tertutup, dan macam biasa la.. semua yang berada di situ wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan.. jarak fizikal, jarak tempat duduk, pakai mask, cuma tu terkadang ada yang leka bukak mask kemudian pakai balik..

Aku terlibat selama 2 hari..hari Rehearsal, dan hari seminar tersebut. dan selepas selang beberapa hari selesai seminar, kami dikhabarkan ada seorang pegawai yang berada di dewan tersebut telah disahkan positif covid-19... dan bila diberitahu nama pegawai tersebut, rupa2nya pegawai tersebut berada/duduk berhampiran dengan aku..

Pihak KKM telah mengarahkan semua yang terlibat di dalam dewan tersebut hadir ke Klinik Kesihatan Daerah untuk menjalani swab test 
masa ni pakat berkumpul utk buat swab test..

dan seterusnya kena kuarantin selama 14 hari serta memakai gelang putih..Gelang tersebut tertera nama kita dan no ic serta tarikh kuarantin.. cukup tempoh baru boleh buka..dan yang kena buka nanti tu bukan kita sendiri tetapi staf kkm di klinik kesihatan yang aka potong gelang tersebut. 
bawah khemah penuh, so berteduh di kawasan berdekatan sebab ramai sgt..

So bermula la kami yang hampir 20 orang yang terlibat hadir utk swab test..selalu dengar ja kan..ni ha dah kena pada diri sendiri.. bagi aku tak la sakit mana pun bila di swab test tu..cuma aku punya hidung ni sensitif (resdung)..dia masukkan kapas ja dalam hidung, hidung automatik beri tindak balas yang tak ok..huhu.. dan staf kkm cabut ja kapas swab test tu. aku terus bersin, berair mata hidung, ada la terasa skit di hujung2 tu sebab dia masukkan kapas tu agak dalam..
anggota kkm yang seharian di sini ambik swab test.. letih tu satu hal..tapi tgk la pakaian diorg..full ppe.. bila aku duduk dekat dengan diorg (masa ambik swab test) aku sempat jeling muka diorg..baru perasan peluh bercerau kelihatan dekat muka..tu baru muka..di badan mcm mana la..smoga mereka diberikan ganjaran atas pengorbanan yg diberi.

kemudia dipakaikan gelang, katanya, balik nanti terus ke rumah, jangan singgah mana2 tempat dah.. perkara ni ada dalam larangan yang dijelaskan dalam borang swab test dan kuarantin. dan ianya tertaklut di bawah akta..so klu kita tak patuhi boleh dikenakan tindakan dan hukuman.
setiap sorang akan ditanya disoal dengan soalan2 yang berkait covid-19.. termasuk la simptom2..
so duduk la aku di rumah menjalani kuarantin. sampai barang dapur habis..dok di KL ni byk kemudahan, siapkan duit ja..hehe.. aku guna khidmat lalamove..
budak2 ni kena jauhkan skit la dari mereka..ikut nasihat kkm kena kuarantin dalam bilik sorg2.. tapi ada kalannya kluar la nak makan apa smua.. 
dapat rasa udara segar dari tingkap pun jadi la..rasa sedikit stress la tak dapat kluar rumah..
hari last kuarantin..besday plak..wife siap buat surprise lagi.. kita sambut dekat rumah ja..makan kek.

kek harijadi tema kuarantin.. tgk coklat dia..berbentuk kepungan..haha.tulisan harijadi ada dalam kepungan tersebut..haha.


Dan Alhamdulillah..setelah cukup tempoh kuarantin aku kena pergi sekali lagi ke klinik kesihatan utk ambik darah.. dan hasilnya Alhamdulillah..negatif..so lepas tu terus pergi tanggalkan gelang.. dan terasa la diri ni mcm burung yg terlepas dari sangkar.. dah boleh pergi kedai, makan nasik lemak, pergi kedai beli barang.boleh gi kerja.. utk korang yang golongan B40, klukena kuarantin covid-19 atau dimasukkan wad, layak untuk klaim insurans mysalam..Online sahaja..

Alhamdulillah, semoga kita terus diberi kesihatan yang baik dan terlindung dari wabak penyakit covid-19..ameen..

Tunggu masa nak balik kedah je ni...huhu



 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...