07 December 2020

Pengalaman SWAB Test & Kuarantin Contact Rapat Covid-19 :: 14Hari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..harini KL/Selangor masih lagi dalam PKPB, tapi dah diberi kelonggaran yakni boleh merentas negeri..bercadangnya nak balik kampung la..tapi masih mencari tarikh yang sesuai nak balik..semestinya minggu pertama ni ramai yang nak balik..mau tak nya.. masing2 dah berbulan2 tak dapat balik akibat drpd PKP yang dilaksanakan..rasa aku, last balik kg haritu masa raya haji, bulan 7..lepas daripada tu dah boleh rentas negeri..so ramai la yang merindui kg halaman..

Kesempatan kali ni nak cerita sedikit tentang pengalaman aku kena kuarantin..sebenarnya benda ni la kita paling takut..dpt jangkitan virus yang kita tak pasti pembawanya.. ceritanya bermula dengan satu seminar di dalam dewan tertutup, dan macam biasa la.. semua yang berada di situ wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan.. jarak fizikal, jarak tempat duduk, pakai mask, cuma tu terkadang ada yang leka bukak mask kemudian pakai balik..

Aku terlibat selama 2 hari..hari Rehearsal, dan hari seminar tersebut. dan selepas selang beberapa hari selesai seminar, kami dikhabarkan ada seorang pegawai yang berada di dewan tersebut telah disahkan positif covid-19... dan bila diberitahu nama pegawai tersebut, rupa2nya pegawai tersebut berada/duduk berhampiran dengan aku..

Pihak KKM telah mengarahkan semua yang terlibat di dalam dewan tersebut hadir ke Klinik Kesihatan Daerah untuk menjalani swab test 
masa ni pakat berkumpul utk buat swab test..

dan seterusnya kena kuarantin selama 14 hari serta memakai gelang putih..Gelang tersebut tertera nama kita dan no ic serta tarikh kuarantin.. cukup tempoh baru boleh buka..dan yang kena buka nanti tu bukan kita sendiri tetapi staf kkm di klinik kesihatan yang aka potong gelang tersebut. 
bawah khemah penuh, so berteduh di kawasan berdekatan sebab ramai sgt..

So bermula la kami yang hampir 20 orang yang terlibat hadir utk swab test..selalu dengar ja kan..ni ha dah kena pada diri sendiri.. bagi aku tak la sakit mana pun bila di swab test tu..cuma aku punya hidung ni sensitif (resdung)..dia masukkan kapas ja dalam hidung, hidung automatik beri tindak balas yang tak ok..huhu.. dan staf kkm cabut ja kapas swab test tu. aku terus bersin, berair mata hidung, ada la terasa skit di hujung2 tu sebab dia masukkan kapas tu agak dalam..
anggota kkm yang seharian di sini ambik swab test.. letih tu satu hal..tapi tgk la pakaian diorg..full ppe.. bila aku duduk dekat dengan diorg (masa ambik swab test) aku sempat jeling muka diorg..baru perasan peluh bercerau kelihatan dekat muka..tu baru muka..di badan mcm mana la..smoga mereka diberikan ganjaran atas pengorbanan yg diberi.

kemudia dipakaikan gelang, katanya, balik nanti terus ke rumah, jangan singgah mana2 tempat dah.. perkara ni ada dalam larangan yang dijelaskan dalam borang swab test dan kuarantin. dan ianya tertaklut di bawah akta..so klu kita tak patuhi boleh dikenakan tindakan dan hukuman.
setiap sorang akan ditanya disoal dengan soalan2 yang berkait covid-19.. termasuk la simptom2..
so duduk la aku di rumah menjalani kuarantin. sampai barang dapur habis..dok di KL ni byk kemudahan, siapkan duit ja..hehe.. aku guna khidmat lalamove..
budak2 ni kena jauhkan skit la dari mereka..ikut nasihat kkm kena kuarantin dalam bilik sorg2.. tapi ada kalannya kluar la nak makan apa smua.. 
dapat rasa udara segar dari tingkap pun jadi la..rasa sedikit stress la tak dapat kluar rumah..
hari last kuarantin..besday plak..wife siap buat surprise lagi.. kita sambut dekat rumah ja..makan kek.

kek harijadi tema kuarantin.. tgk coklat dia..berbentuk kepungan..haha.tulisan harijadi ada dalam kepungan tersebut..haha.


Dan Alhamdulillah..setelah cukup tempoh kuarantin aku kena pergi sekali lagi ke klinik kesihatan utk ambik darah.. dan hasilnya Alhamdulillah..negatif..so lepas tu terus pergi tanggalkan gelang.. dan terasa la diri ni mcm burung yg terlepas dari sangkar.. dah boleh pergi kedai, makan nasik lemak, pergi kedai beli barang.boleh gi kerja.. utk korang yang golongan B40, klukena kuarantin covid-19 atau dimasukkan wad, layak untuk klaim insurans mysalam..Online sahaja..

Alhamdulillah, semoga kita terus diberi kesihatan yang baik dan terlindung dari wabak penyakit covid-19..ameen..

Tunggu masa nak balik kedah je ni...huhu



 

09 November 2020

Keputusan Rayuan SIRAJ SUBA :: Tahun 1

 Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. setelah beberapa minggu menanti..akhirnya harini keluar jgak keputusan rayuan.. berdebar2 jgak.. 

Dan keputusannya Alhamdulillah, BERJAYA.. so fateh dengan fatehah akan bersekolah sekali.. syukur.. dpt emel pagi td drpd JAWI.. sruh dtg ke sekolah ambil surat rasmi..

Terima kasih kepada semua yg mendoakan kami.. hepi anak2.. sebab depa mengharap sgt utk bersekolah di SIRAJ SUBA.. 


03 November 2020

Benjol dan LEBAM :: Luqman El Hakim

 Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. skrg di Selangor masih pkpb.. so segala aktiviti anak2 semua dirumah, xblh kluar kemana mana.. sekolah pun tutup, belajar dr rumah sahaja.. aku pun sekarang kerja dari rumah secara bergilir-gilir.. 

Almaklum la.. anak 5 ni macam2 ragam.. baru ni.. sekejap ja main kat luar.. tup2 dengar luqman meraung nangis.. sekali tgk.. nak.. benjol kat muka.. hijau ja.. tu sah2 la esok lebam kawasan pipi tu.. 



reaksi aku mcm biasa, xperlu panik2.. ambik ais, tuam ja sekitar 20 ka 30 minit, supaya reda skit.. dan tanya dia ada sakit tak kawasan kepala, atau lain2 tempat, ada rasa nak muntah ka.. sebab klu budak2 jatuh dengan impak yg kuat kena pantau jugak.. takut2 ada effect dikemudian hari.. kena tgk selepas jatuh tu dia jadi pasif atau aktif.. muntah2.. tak bermaya.. xselera nak makan.. 

kena tu petang.. elok2 la aku panggil semua yg main kat luar tu masuk..mandi.. jangkaan aku mesti luqman tertido punya sebab dah letih sakit menangis apa smua tadi.. bila balik ja surau tgk2 kemain berlari dengan abg dia.. maknanya keadaan dia ok la.. Alhamdulillah..

biasala kanak2.. time tu la nak berdarah, luka, benjol, terkapit jari, lutut berdarah, kaki tersepit basikal.. aku pun pernah lalui jgak masa zaman kanak2 dlu.. tp xdak la sampai patah patah.. Alhamdulillah..

Semoga luqman cepat sembuh.. 

07 October 2020

Aplikasi SEMAK MULE #semakdulu

 Assalamualaikum.


Add caption


Alhamdulillah, harini berlangsungnya perasmian aplikasi SEMAK MULE oleh YDH DIG Dato Sri' Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani yang mana ianya telah dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jadi orang ramai boleh muat turun aplikasi tersebut di smartphone masing2. tapi hanya untuk pengguna android sahaja setakat hari ni. Pengguna IOS masih lagi belum ada. Bagi pengguna yang menggunakan laptop atau PC atau pengguna IOS/Apple korang boleh terus layari portal berikut https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Sebelum korang nak buat transaksi jual beli atas talian / online..pastikan korang semak dulu no akaun bank atau no telefon supaya dapat memastikan yang akaun jual beli tersebut bukanlah scammer. Harini menjadi2 scammer dok tipu duit orang.. so lepasni korang kena alert.. pastikan semak dulu..semak dulu..bagitau ahli keluarga kita, kawan2 kita..pastikan semak dulu. 

Semoga usaha PDRM membangunkan aplikasi ini memanfaatkan pengguna2 di luar sana supaya tidak mudah tertipu. 

22 September 2020

Keputusan Ujian Kelayakan Tahun 1 :: SIRAJ SUBA

 


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..harini keputusan ujian kelayakan Tahun 1 Siraj dah keluar..aku dapat info pun awal pagi masa nak pergi kerja..tgk dlm fb Siraj Suba. Dah bukak email line plak problem..xpa..pergi hantar anak sekolah dulu.dalam hati ni dup dap dup dap..berdoa berharap moga2 berjaya la kedua2 anak aku tu.. 

Sampai di pejabat baru blh bukak file PDF tu..Yes Surat dari sekolah Siraj Suba. First bukak yang kakak punya.. dia tulis Berjaya..Alhamdulillah..dan yang ke 2 fateh punya..yang ni mmg berdebar gila..huhu..last2 tgk TIDAK BERJAYA..




Apa2 pun aku tetap berbangga dengan anak2 aku..mereka berusaha utk yang terbaik..dan aku akan cuba buat rayuan pada pihak sekolah.. kata rayuan di buka bagi yang betul2 berminat pada tarikh 12 Oktober..lambat lagi.. tapi kena alert la..takut terlepas tarikh.

Dan aku sgt2 berharap utk fateh diterima masuk di sekolah Siraj Suba. Yang pertama ofkos la aku sebagai ayah tak nak mereka belajar dalam keadaan terpisah..sebab kembar..sebelum ni masa diorang tadika di PASTI dan Maiwp sgt2 serasi bila belajar bersama..balik ulangkaji bersama..hafal bersama.. klu sekolah tahun 1 berasingan rasa mcm lain plak..risau emosi fateh terganggu ja..

masa 5 Tahun - PASTI
Sukan PASTI
terkini 6 Tahun - Tadika Islam Maiwp

Masa ambil ujian kelayakan

Dan yg kedua sudah tentula dari segi pengurusan.. bayangkan korang ada anak kembar tahun 1 yang berasingan sekolah..beza antara sekolah siraj suba dan sekolah kebangsaan yang didaftarkan mmg jauh la..sebab rumah aku ditengah2..jarak rumah aku dengan siraj suba 5km ke utara..dengan sek kebangsaan plak 3 km ke arah selatan..bayangkan..huhu..mmg urusan penghantaran anak akan terganggu skit..pagi dengan jemnya..hmmm..

dan yang ke 3 pastinya keterlibatan ibu ayah dalam apa jua aktiviti sekolah agak terganggu.. sudah pastinya sambutan apa2 majlis disekolah tidak sama tarikh dan akan menyukarkan ibu bapa..

aku akan cuba utk buat rayuan..dan berdoa serta berharap fateh diberikan peluang utk bersekolah di siraj suba.. keadaan dia skrg ni mmg sgt2 nak bersekolah di situ. sedih plak rasa..selalu bercerita tntg sekolah tu..apatah lagi bila lalu dekat2 sekolah tu. seterusnya Bergantung kepada pihak sekolah dan Jawi utk memproses urusan rayuan nanti.. Semoga ada pelangi di balik hujan yang lebat.

15 September 2020

yEAY..YAK Yak Yeay.. Umi belanja Big Apple

 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semalam kluar pergi COD barang wife.. dia berniaga Charms.. lepas tu mcm biasa la.. anak2 mintak belanja.. 

Pakat la request macam2.. last2 dpt idea nak beli donut besar.. anak2 dok ingat donut yg biasa tu.. selali ckp nak beli Big Apple, mula la nak yg choc la, yg warna pink la.. awalnya nak beli  6.. tapi pikir2 mcm xberapa nak ckup ja.. last2 beli 12 terus.. ha.. puaih hati..

Semoga isteriku sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam berniaga..

05 September 2020

Ujian Kelayakan TAHUN 1 :: SIRAJ

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, harini dapat diadakan ujian kelayakan tahun 1 utk kemasukan ke Sekolah SIRAJ. Klu tak tarikh sebenarnya pada bulan Jun..tapi disebabkan PKP..dilanjutkan sehingga ke 5 September 2020 dengan 2 Sesi..Sesi pagi dan Sesi Petang..

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ yang aku mohon dekat anak2 adalah di BandarTun Razak..dan nak masuk ke Sekolah Rendah ni ada ujian kelayakan dulu.. seperti SRAI bawah Jais. Ujian tersebut merangkumi BM, Matematik, Jawi, Bahasa Arab, Mewarna, Membaca, Bahasa Inggeris dan Hafazan.

Memang kena prepare la.. Tadi masa hantar Fateh dengan Fatehah utk ujian tu..tgk ramai gilerr orang..hmm.. tapi mmg aku harap sgt la dapat sekolah di situ. Sekolah tu mula 7.30-4.00petang..so mudah la bg ibubapa yang bekerja..Silibus pun ok... ada hafazan.. tapi sebelum pilih sekolah ni..pastikan kita dah daftar tahun 1 dilaman web kementerian..

Oleh kerana PKP, ibubapa tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah..tunggu diluarpagar sahaja. 2jam stgh ujian dia.. mula pukul 9-11.30 pagi..Fateh dengan Fatehah dapat bilik berasingan..Fateh bilik 10 Fatehah Bilik 9.. tapi alhamdulillah..depa ok ja..cuma fateh dia tak sarapan awal pagi..katanya sakit perut.. ya..sebijik mcm abi dia..nervous..haha..aku klu nak exam ka, nak perform depan org ramai ka, pertandingan ka..mmg akan nervous..masa tu tak lalu dah nak makan..perut rasa tak sedap.. so aku dah faham sebab apa fateh xnak makan..so aku bekalkan dia roti..letak dalam beg..takut dia muntah ja.. sebab fateh klu tak makan mmg akan muntah..angin..

2jam setengah tu kitorang pergi pasar dlu beli ayam,ikan,,kemudian balik rehat dekat rumah..pukul 11 datang balik sekolah..ya..mak ayah yang lain2dah siap tunggu anak2 depa.. meriah..ramai orang.. dan akhirnya murid2 dibenarkan keluar mengikut bilik kelas masing2..jenuh plak nak menunggu sebab interview tu ada pembahagian 11 kelas..fateh dengan fatehah dapat kelas no 9 dan 10..pihak sekolah lepaskan anak2 mengikut no kelas.. so kami yang kelas no 9 dan 10 ni mmg lama la tunggu..

Alhamdulillah..kakak dengan fateh ckp depa boleh buat ujian tu..tak dak masalah..katanya la..dengan penuh yakin..betul ka tak aku pun tak tau..tapi dari keyakinan depa berdua..akupun rasa yakin..

Semoga anak2 kami fateh dan fatehah diterima masuk ke SIRAJ Bandar Tun Razak.. Ameen

01 September 2020

Cameron Valley Tea House 1 :: Cameron Highland #PKPP

Tiket Masuk

TRAM DEWASA = RM13

TRAM KANAK2 = RM7 (4 Tahun Ke Bawah FREE)

WALK ENTRANCE DEWASA = RM3 (12 tahun ke atas)

WALK ENTRANCE KANAK2 = FREE


 



Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...