Assalamualaikum..
Alhamdulillah..baru berkesempatan nak kongsi pengalaman ketika berada di tanah suci mekah.
Post kali ni nak share tentang nasi arab. Kabsah Hashi atau dalam bahasa melayunya nasi unta. Kabsah Hashi ni adalah nasi daging anak unta.
Malam berada di Mekah, kami geng2 mutawwif pi berjalan2 cari makan. Tup2 depa habaq nak pi makan nasik unta. Sebenarnya byk kedai yang ada jual.. cuma yang aku pi ni berdekatan dengan Jabal Nur. Untuk kesana daripada Hotel Safwah @ Masjidil Haram lebih kurang 25riyal untuk satu teksi. kami pi dua teksi.
Bila orang tanya sedap ka? aku jawab boleh lah..tak sesedap daging kambing. Ada mereka yang suka dan ada yang tak suka. Makan plak dengan bawang dgn cili hijau..fuhh..terangkat beb..haha.
Daging unta ni sebenarnya agak panas. Jadi disarankan minum bersama 'laban' bagi menyejukkan badan. Sebab malam tu bila sampai hotel, selalunya aku tidur bungkus selimut di badan..sebab sejuk. Tapi balik dari makan daging unta, tidur tak pakai selimut pun..haha..sebab terasa kehangatan badan.
Untuk yang nak pergi ke situ korang boleh ckp kat pemandu teksi tu nak pergi kabsah hashi di jabal nur..tau la dia nak bawak..dan pastikan korang nego dulu harga tambang. Dan di sana boleh juga klu nak guna Uber kalau tak nak naik teksi.
butiran teksi dan pemandu teksi
jgn pelik jalan raya diorg tak dak line..haha.. kedai Kabsah Hashi tu yang ada signboard.. kecik tapi sedap..haha..nampak mcm terpencil skit..
melintas kat sini kena hati2 sebab depa bawak loqlaq skit..
menunggu kawan2 yang lain sebab naik 2 teksi.. berasingan
mai sini mau kena perut lapaq betui baru sedap nak makan..
sesi membuat pesanan makanan..
biaq depa order..kita makan ja..satgi nak bayaq pakat kolek duit..
setalam makan utk 2 org..
di sni makan mesti guna saprah plastik jernih tu..xdak nya nak pinggan2..
makan wajib guna tangan..baru ada feel..dan mmg tidak ada kuah..kering ja..tp sedap ja makan..boh daging skit..letak bawang, cili hijau, sambal mesin pastu tuang laban skit..tudia..menjilat jari oo..
yang dalam botol putih tu laban atau susu masam atau yogurt.
berselera betul bila dapat makan cara macam ni, bersila bagai, guna tangan plak, pastu ramai2 mkn secara berjemaah..
selesai makan kena tunggu di luar..mencari teksi untuk balik ke hotel safwah @ masjidil haram. Utk makluman, disini agak sukar nak dpt teksi..so kena bersabar la skit menunggu..
dibelakang kami tu yg di dalam kedai makan adalah jemaah dari turki, mai satu bas, makan nasi unta..
dan bila naik teksi, nego murah punya murah..dapat la dia hantar betul2 penjuru masjidil haram..kena la jalan skit 300 ke 400 meter utk sampai ke hotel.. bagi aku ok la..bakar lemak..hehe
lokasi masjidil haram / hotel safwah dan juga kedai kabsah hashi..klu tgk bulatan merah yang paling atas sekali, itu adalah Jabal Nur yang mana terdapatnya Gua Hira'..Tempat mula2 baginda Nabi S.A.W menerima wahyu..sapa berkelapangan boleh la naik.. agak tinggi jugak..dan di atas itu juga akan dapat menikmati permandangan yang cantik.
Kebanyakan pakej travel tidak memasukkan aktivti ke Jabal Nur ke dalam tentatif mereka..kerana tidak semua yang mampu utk mendaki naik ke atas sana.
sekiranya nak naik jugak..boleh plan sapa yang nak pergi..cari teksi..dan klu ramai boleh sewa coaster/mini bus utk ke sana..selalunya orang2 muda ja pergi. tapi ada jugak org yang berumur dgn semangat dan kesihatan yang baik naik ke atas sana.