20 February 2019

ILMU 'PARENTING' - Ajar Solat mengikut Umur Anak-anak

Alhamdulillah.. 
Sedikit perkongsian daripada aku tentang mengajarkan anak2 untuk Solat 5 waktu mengikut umur.
Sememangnya mendidik anak biarlah daripada awal supaya tidak terlewat..bila dah besar nnti agak sukar bagi kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak2. Bak pepatah melayu, melentur buluh biarla daripada rebungnya.

1-4 Tahun - Dedahkan kepada anak2 dengan Solat kita untuk mereka ini meniru balik. Maknanya kita kena solat di tempat terbuka, biar anak2 lihat kita solat, bacaan, wirid, doa  supaya mereka sedikit2 boleh tiru. Anak2 ni macam2 span, mudah meresap apa jua yang mak ayah diorg lakukan. Contoh seorang ibu asyik bermekap di sebelah anak2.. dan kita akan lihat telatah mereka bila bermain dengan barang2 mainan dia cuba utk tiru gaya kita mekap, letak bedak kat muka, sikat rambut, pakai lipstick dan sebagainya..padahal kita tak ajar dia pun..tp sebenarnya dia telah meniru setiap perbuatan kita.


5 tahun - betulkan perbuatan2 solat mereka mengikut tertib dan ajarkan sedikit bacaan.
Masa ni bila anak2 tiru kita solat..kita perbetulkan perbuatan solat dia. kita nampak dia sujud dulu pastu bangun, pastu duduk tahiyat..maknanya tak ikut tertib..kita pelan2 bagitau dia , (sambil tunjukkan contoh pada anak2) perbuatan solat mengikut tertib yang betul..bacaan nantii dlu..bagi anak2 ikut betul2 perbuatan solat tu. Sebab nanti bila nak suruh anak2 solat kita dah senang..diorg akan solat dengan cara yang betul, turutan yang betul walaupun belum sempurna.

6 tahun - perkemaskan bacaan dalam Solat mereka.
Masa ni anak2 dah mula pergi tadika, taska dan sebagainya. Disitu cikgu2 akan sedikit sebanyak mengajar tentang solat. Pastikan taska, tadika yang kita hantar itu ada silibus tentang solat. Macam mana nak tahu? senang ja.. nanti bila jemput anak balik sekolah, depa dok baca sikit-sikit bacaan dalam solat..haaa..tu ye la tu..belajar kat tadika la tu..haha..jgn dengar ja..kita bantu la dia betulkan bacaan. Sebab anak2 ni, apa yang dia belajar di sekolah tiap2 hari. Dia akan cuba nak bgtau kita, baca depan kita, walaupun kadang tu tak betul pun, silap, tak ingat..tapi dia tetap akan bagitau kita.. kita pun hargailah sikit. mcm mana nak hargai?? luangkan masa untuk layan depa.. bagi perhatian sikit..

7 tahun - Pastikan mereka tidak meninggalkan Solat 5 waktu.
Masa ni suruh anak solat tanpa gagal..pastikan cukup 5 waktu. Solat bersama kita, atau kita tgk dia solat depan kita..untuk pastikan mereka solat. InsyaAllah cukup 44hari mereka akan mula istiqomah.. masa tu kita tinggal tanya ja.. dah solat belum?

Semoga kita sebagai ibubapa dapat mendidik anak2 dengan didikan agama yang sempurna.
Sebenarnya byk lagi kaedah. Dan ini adalah kaedah saya sendiri. terpulang kepada anda..lain orang lain kaedah. tapi matlamatnya sama.
Apa2 pun ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak2. Jangan mengharapkan cikgu2 disekolah untuk mendidik anak2 kita..mereka cuma ada beberapa jam je disekolah untuk mendidik. Dan pendidikan agama amatlah terhad.


Fateh dgn Fatehah skrg tgh belajar bacaan dalam solat. Mereka baru 5 Tahun, bangun nak pergi sekolah ja kami dah suruh Solat Subuh. 

Amin 4 Tahun, masih lagi tak betul turutan solat dia.. dia dok tiru abg dengan kakak dia solat. Tu yang dia solat sebelah abg dia utk dia betulkan tertib solat. Tapi kadang2 sambil solat, sambil dia main, sambil kacau abg dengan kakak dia. Biasala dengan umurnya yang begitu. Cuma kita nasihat la dia elok2.

Dan Luqman 10 bulan dok perati sambil kacau abg2 dia dan cuba menyerap apa yang dilihatnya.. 

19 February 2019

PAKEJ UMRAH SAFWAH & ROTANA 2019 :: AZZUHA GROUP TRAVEL & TOURS

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Tahun ni Azzuha telah keluarkan satu lagi pakej baru yang menarik iaitu Pakej Rotana. Tuan/Puan boleh hubungi team Azzuha atau saya sendiri untuk maklumat lanjut..
Sememangnya kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan para jemaah dalam beribadah di tanah suci Mekah.
Jadikan pengalaman anda menunaikan ibadah Umrah satu pengalaman yang sangat manis bersama Azzuha Travel. 
Jadi, hubungi segera.. Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan Ibadah Umrah bersama Azzuha Travel.. 


"Menyantuni dengan Hati"
PUAZ Firdaus Zakaria 2019


01 February 2019

Perlawanan Bowling - peringkat MPDRM

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari Rabu lepas kitorang ada game bowling..piala komandan maktab PDRMKL..
ada 4 kategori.. VVIP, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis & Pegawai Awam Polis & PERKEP..
Yang masuk ni pun suka2 ja..first nak release tension..hari2 terperap kat pejabat..yang kedua ikatan ukhuwwah..riuh rendah tempat bowling ni..  
Group Bosskurr Bowling
Ampang SuperBowl Berjaya Times Square
Ampang SuperBowl Berjaya Times Square

wajah sebelum beraksi..haha

dari sini sampai hujung geng2 maktab ja..hehe..

baju kitorang paling hepi go lucky..

Team Bosskurr

dapat saguhati utk individu..jadila..dapat milo 1kg..haha..



Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...