Alhamdulillah..
Masa Hari Sukan Negara haritu.. Tempat kerja aku mcm biasa la.. mesti ambik port punya.. dan yang bestnya kali ni tema dia pakaian tradisional..boleh tgk mcm2 ragam diorg.. tapi aku pakai yang simple ja..baju melayu seluar track..hahaha..malas nak beragam ragam sangat..sebab nak bersukan..bukan nak melaram..haha..
KOMANDAN MAKTAB PDRM KL, DATO' SHAMSIAH BINTI MOHD SHARIFF - dengan gaya dan pakaian yang tersendiri. Yang tiga orang berbaju merah ni adalah pelajar praktikal di MAKTAB PDRM KL, pelajar yang lain2 yang ramai2 tu datang utk membantu menjayakan program ni..terima kasih sangat2..
sebahagian staf dan peserta kursus..
Group aku nama JALAK LENTENG..klasik gila nama..haha..
Bermula dengan aktiviti paling aku xsuka..aerobik..haha..susah nak ikut step dia..kang coach yang depan buat lain aku yg kat bawah buat aksi lain..huhu..ingatkan aku sorg ja rupanya ramai lagi yang mcm aku..huhu..tapi bagi yang selalu ikut aerobik xdak masalah la sgt..
aerobik skit.. yang pastinya lagu2 aerobik best2..
kan menarik aerobik dengan cara nak gi sawah bendang..dgn baju kurung kedahnya..hahaha
aksi pelajar praktikal - mereka2 yang disebalik menjayakan Hari Sukan Negara MPDRM KL
Yang terlibat ada 5 Team mewakili 4 group dari Jabatan 1 group Peserta2 Kursus..
ingatkan masa zaman budak-budak dulu ja main pastu nak gaduh..dah besar pun sama ja..boleh bawak gaduh tau..haha..sebenarnya sukan ni utk seronok2..tapi bila dah ada yang main mcm serius gilerrr..ganas..mmg blh bawak gaduh..hehe..nasib ada juri yang tenangkan keadaan..hahaha.. sebab sukan tradisional ni peraturan dia mcm kita boleh ngelat2 gitu..standard la..haha..
Prgoram Hari Sukan Negara kali ni adalah sukan tradisional.. yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar praktikal UiTM (Sains Sukan).. diorg yang organize dan diorg la yg jadi juri..
Antara sukan2nya ialah:
1) Bola Beracun
bola beracun ni sepatutnya bola dia kena kecik lagi skit..hehe..baru sedap.. cara main bola letak di tgh2..kemudian pemain dari kedua2 team kena rebut bola..sapa dapat dlu dia punya..lpas dah dapat bola..cangak lagi..baling la dekat musuh..oleh kerana bola tu agak besar..lontaran xberapa nak kemas..sebab nak baling sebelah tgn agak sukar bagi org yang genggaman dia kecik..huhu
kalau salah sorg pihak lawan baling..team satu lagi dapat sambut bola dia..yang baling tadi automatik kena keluar..dikira mati..haha..bagi org yang menyambut bola pula..dia dapat mengembalikan seorg yang mati dari kalangan team diorg..haha..tak faham?? buat2 faham ja..
2) Sepak Raga Bulat
sesi panaskan badan..lepas ja panaskan terus main..xsempat puas nak sepak2..nak serasi satu team..huhu..set pertama kitorg hancus beb..byk kesilapan.. mula dah stress tapi bila habis ja 1 set tgk2 belakang yg group lain pun sama ja..habis awai jugak..hahaha..okey2..ada can nak menang..repeat set kedua..
demo timbang bola raga oleh ACP Halim Bin Bulat..hhe
masa ni cuaca tgh sedap..hehe..tak berapa nak panas..
ni group belakang kitorg..haha..blh tahan gak..
semua ada empat team.. jadi dalam satu2 team tak semuanya hebat utk menimbang bola..sebab tu dia bagi maksima 3 kali timbang ja..pastu passing..klu lebih tetap dikira 3 jugak..dengan 3 kali jatuhan.. utk 2 set permainan..
ni la team juara..haha..masa last minit ni menjadi plak timbangan bola..terbaik la..sampai tempoh masa yang diberi habis la tapi kitorg dpt timbang tak jatuh2 lagi.haha..terus juara..
sukan yang aku join sepak raga bulat (5 orang) dan jugak Baling Tin (10 orang)..alhamdulillah dua2 juara..hehe.. hadiah biasa ja..hamper..main seronok2..
3) Anak Harimau
Permainan ni paling extreme..tgk la abam polis bergelut..mcm nak tangkap penjenayah..
game paling kontroversi.. staf lawan peserta kursus..haha..
lepas ni klu nak anjur lagi yang anak harimau ni dia punya rules dia kena jelas..mcm game ni siap bertukar tukar..ada yang keliru..ada yang tak puas hati..ada yang jatuh luka dilutut..ada yang terseliuh bahu..ada yang terkoyak baju melayu..dasyat betul..haha..
4) Lari Dalam Guni
sukan paling hot utk disertai..hehe..lari dalam guni..tapi sebenarnya bukan lari dalam guni..tapi lompat dalam guna..sebab kaedahnya smua melompat..sapa lompat jauh cepat la sampai garisan.
walaupun diorg berumur tapi layan..sampai tergolek2 tetap bangun balik..hehe..
permainan ni kena usaha jugak utk habiskan larian...sebab xnak kecewakan kawan2 sepasukan..hehe
5) Pijak Belon
permainan ni utk wanita sahaja..aku pun xpasti kenapa xdak utk lelaki..maybe takut leper kaki kena pijak..haha..lelaki ni ganas skit main..pakat pijak la belon tu..
6) Sukaneka kanak-kanak
ni sukan paling istimewa utk anak2..menang kalah tetap dapat hadiah..hehe..biasala budak2.. tapi diorg mmg semangat walaupun cuaca agak panas..anak2 polis la katakan..tahan lasak..
7) Galah Panjang
sumber : http://tradisionalsports.blogspot.my
gambar yang main game ni xdak..pelik aku..maybe jurugambar tak dan nak cover gambar diorg..sebab pertandingan ni jalan serentak.. apa2 pun permainan ni lebih kepada satu team menghalang satu team melepasi halangan..hehe..kena pantas dan fit..klu tak tercungap jugak..
8) Baling Tin
sumber : http://azlea87.blogspot.my
fight di antara 2 team..satu team jatuhkan tin dan susun semula tin utk dikira mata..dan satu team lagi dibekalkan bola tenis utk dibaling kepada pihak lawan..jika terkena badan dikira mati..setle satu game tukar plak..team yang menyerang tadi bertukar kepada team yang mempertahankan tin daripada disusun dan diperolehi mata.. konsep dia lebih kepada tuju selipar..hehe
rehat makan dah mcm orang dulu2 makan ubi rebus pulut ikan masin boh dalam sia (bekas bertingkat)
Peserta Kursus Jangka Masa Pnajang - berbaju kurung kasut sport..hehe..
group PA System..hehe..blh request nak lagu apa..jgn pelik2 sudah..
Staf MPDRM KL - Yang ni plak style tradisional betul macam nak gi sawah, gi mukat, gi kebun..hahaha..
sambil-sambil bersukan sambil dengar lagu LIVE BAND dari kumpulan D'MACH MPDRM KL. Sebenarnya diorg ni tgh praktis utk Festival Kesenian Piala Ketua Polis Negara.. sambil praktis sambil menghiburkan kami2 yang tgh ralit dok bermain sukan tradisional.
cederahati utk Dato' Shamsiah
hadiah utk pemenang2 diorg bagi hamper ja..tak dak medal2..hehehe..pakat makan sorang skit.
Peace Yooo.....!!!
Lega...time ni aku rasa panas membahang gila..tapi disebabkan ramai2 hepi2 ni kurang la panas tu..tapi tetap berpeluh.. apa2 pun majulah sukan utk negara.. 'Akal yang cerdas di dalam badan yang sihat'