12 August 2016

Misi Mencari Lembu Korban

"   Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..." - Surah Al-Kauthar :: 2

Assalamualaikum...
Alhamdulillah tahun ni ada peserta korban dan InsyaAllah 2 ekor lembu akan dikorbankan.. tapi kadang2 last minit ada jugak lembu2 sumbangan.. semoga tahun ni ada la..

So mcm biasa la..selalu klu nak beli lembu kitorg akan ke Kg, Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan..atas skit drpd broga..tempat yang selalu org pi naik bukit tu la.. Alhamdulillah lembu2 kat situ dijaga dengan baik dan sihat2 belaka.. tp mcm tahun2 sebelum ni la..selalu order last minit..jadi xbyk pilihan..pergi haritu pun semua yang org punya dah..ada la berbaki dalam 6 ke 7 ekor lagi..

tp yang pastinya harga lembu naik...huhu..dlu rasanya sebahagian baru RM550..sekrg nak tak nak RM650.. klu RM600 tu puas nego la tu..mahal sekor lembu.. Yang aku tgk haritu sekor dalam RM4,000 ke RM6,000.. Mahal lagi pun ada..sekor berbelas ribu..tapi mmg yang ahli bina badan la lembu tu..berotot-otot..hehe..baka apa ntah la...bwh RM4,000 ada..tp saiz agak kecik la..tu pun RM3,800.. tak di nafikan..sekarang semua barang naik..depa yg jaga lembu ni pun nak kena guna byk duit jugak.. kos makanan la..kos air.. kos minyak..kos ubatan dan mcm2 lagi la.. dah serba serbi naik.. mmg terkesan la harga lembu.. tp kata Pak Menteri dgn adanya GST ni harga barang AKAN TURUN..hmmmm..

Wait for next election...



04 August 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H / 2016 Peringkat Maktab PDRM Kuala Lumpur


Assalamualaikum.. Jamuan Sambutan hari raya Aidilfitri Peringkat Maktab PDRM KL telah diadakan pada 29 Julai 2016 lepas..Alhamdulillah..berjalan dengan lancar..


Ketibaan Komandan Maktab PDRM KL - DCP Dato' Shamsiah


aku ingatkan tahun ni tak meriah dah sebab tak dak kambing golek..tup2 last minit ada org sponsor kambing golek 3 ekor..tp rasa mcm setengah ekor ja..cepat ja habis..antara yang paling laku..hehe.. tiap2 tahun tumpuan aku sememangnya kambing golek..hehe..

Ayam Golek - Menu oleh Unit Latihan Luar

 Untuk gerai Bahagian aku, menu yg diberi adalah buah-buahan tempatan..antara yang laris jugak.. dan tema tahun ni kitorg buat style nelayan..yg perempuan pakai kain batik untuk tudung, dan yang lelaki pakai kain pelikat dibuat selempang.. pastu gerai kitorg hias buat bentuk sampan, siap bubuh jala apa bagai..sebelah tu plak letak congkak sambil ada org main congkak..haha..meriah kot..kembalikan nostalgia..

tema nelayan kau..haha..
main congkak ni masa juri nak dtg melawat..dpt markah lebih ni..hehehe


Juara..hehe..


Sebenarnya tak sangka Bahagian Kami menjadi Juara..hehehe.. kata juri gerai kitorg ni unik sikit..kreatif..hehe.. terima kasih komandan Baru Maktab PDRM KL, DCP Dato' Shamsiah Binti Mohd Shariff kerana menjadi juri..

Dato' Shamsiah sedang menilai gerai2 yang ada...
Dato' menilai.. dan Tuan Tan di belakang juga juri..


Sebenarnya bagi aku Jamuan raya ni lebih kepada mengeratkan silaturahim sesama staf..maklumla..ramai staf yang baru masuk.. tahun depan tak tahu lagi nak buat tema apa.haha..


Dato' menyampaikan cenderahati dan sijil kepada anggota/peg/kta yang menyertai tadarus Al-Quran masa bulan Ramadhan lepas.... 






Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...