Assalamualaikum...
Alhamdulillah..sekarang kita telah memasuki Bulan yang penuh kemuliaan yakni Bulan Ramadhan.. Kesempatan ni aku nak ucapkan kepada Seluruh Umat Islam dengan Ucapan Selamat Berpuasa dan Beribadah kepada Allah.. jangan sia-siakan Ramadhan yang telah datang ini kerana Ramadhan hanya akan berada selama sebulan sahaja dan akan berlalu pergi..Beruntunglah mereka yang memanfaatkannya dan rugilah mereka yang mensia-siakan Ramadhan..
Tips Bulan Ramadhan..
1. Berbuka
Nasihat aku berbukalah dengan kadar yang minima..lepas tu korang Solat Maghrib..dan sambung makan..jgn terlampau sgt..just nice orang kata..duduk ikut sunnah baru perut tu terkepit sedikit..nnti bila bangun adalah ruang skit..jgn sampai perut padat penuh dengan makanan..sebabnya nnti bila korang Solat Terawih akan memberi kesan..iaitu mengantuk, lesu, malas, dan akhirnya tertewas yakni tertido di rumah.. Sebab aku pun pernah terbabas, dulu masa belajar di kolej dlu..bila dapat berbuka menu sedap2 ja..,haa ambik kau..melantak..last2 lepas solat maghrib baring kat sofa..lepas tu tertido..
2. Khatam Al-Quran
Untuk memudahkan khatam Al-Quran korang boleh target per hari.. Al-Quran 30 Juzuk = Sebulan.
Sehari 1 juzuk. Satu Juzuk 10 helai Mukasurat (bahagi dengan 5 waktu solat fardhu) hanya memerlukan 2helai (4muka) 5 (solat Fardhu) x 2helai = 10helai = 1juzuk..
So bermakna utk korang dapatkan satu juzuk sehari, selepas ja solat fardhu try ambik masa utk baca sekurang2nya 2helai.. dan nak mudah korang boleh mula dengan juzuk 30 dulu..
3. Sedekah
Yang ni jgn skip..pastikan istiqamah dalam memberi sedekah walaupun jumlahnya skit..untung2 kena malam lailatul qadar..dapat bonus gandaan..1000 bulan..congak la sendiri..klu seringgit pun dah berapa..kalau 50ringgit..
No comments:
Post a Comment