10 May 2018

10 MEI 2018 :: Kerajaan Baru Malaysia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. pagi ni bangun dengan sinar harapan baru.. Kerajaan malaysia yg baru akan dibentuk..setelah mendapat mandat daripada rakyat yg telah berani membuat perubahan..

Semalam lepas balik dr bertugas di pusat pengiraan undi utk part undi awal kawasan Maktab PDRM KL..kira2 penat jugak..haha..tapi xdak la byk mana..385 pengundi ja..tapi ambil masa 3jam jugak nak setel smua..

Balik tu dgn sabar menanti keputusan PRU 14..penuh debaran.. dan dgn sejarahnya Pakatan Harapan mendahului byk kerusi parlimen wlpn keputusan belum rasmi..dan selalunya sekitar jam 12 malam dah dpt keputusan dah.. SPR dah umum..tpi kali ni agak lewat.. tepat jam 4.46pagi baru setel spr umum keseluruhan kerusi dun dan parlimen.. 4.46 pagi kot.. sejarah dlm negara..huhu..





Ramai yg merungut.. tambah2 mereka yg bertugas di dalam PRU14 kali ni..mana taknya..diorg keluar bertugas seawal 4 ke 5 pagi pada 9hb 5 2018.. dan hampir pukul 5pagi pada 10hb 5 2018 baru selesai.. 24 jam bertugas non stop..tanpa rehat.. paling terkesan adalah anggota Polis yg bertugas bg menjaga keamanan..wlpn dlm keadaan mengantuk.. mereka ttp bertugas..




Dan pada hari ni..Pakatan Harapan dapat menawan Malaysia.. xsilap aku BN hanya dpt beberapa buah negeri shja..Perlis, Pahang, Sarawak. Bagi Pas pula dapat mengekalkan kelantan dan menambah negeri Terengganu utk kali ini..dan dalam sejarah negara, Johor yakni kubu kuat Umno BN telah jatuh ke tangan pakatan harapan..disertai negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan,.betul2 tsunami PRU pada kali ni..Bagi negeri Perak & Sabah masih belum diputuskan lagi kerana kerusi pakatan harapan dan BN sama banyak..

Pakatan Harapan bersetuju melantik Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri..tetapi masih belum dpt memasuki Istana negara bagi mengadap Yang Di Pertuan Agong bg mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. mengikut sumber katanya Dr Mahathir akan mengangkat sumpah pada hari ni jugak..sebelum jam 5 petang..
(update : Tun Dr. Mahathir akan mengadap Yang Di Pertuan Agong pukul 9.30mlm)

Semoga dengan kerajaan baru yg akan dibentuk ini menjadi lebih baik drpd yg sebelum ini.. Masa ni lah Pakatan Harapan nak membuktikan pada rakyat yg memberi mandat dengan menunaikan janji2 yg terdapat di dalam manifesto mereka.. dan mengurus tadbir Malaysia dengan sebaik yg mungkin..

Update : kerajaan negeri terkini


No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...